Jadi kisahnya begini. Lagu M2M ini ialah saksi aku pernah cuba untuk fit in. Fit in dalam satu kelompok. Cuba nak join.

Sekitar tahun 2007, rumah aku banjir. Jadi, pakcik aku yang kaya jemput duduk di pejabat dia. (Pejabat pakcik aku = rumah kedua) Oleh yang demikian, fasilitinya cap jempol. Pejabat itu di satu rumah kedai tingkat atas berdepan je dengan kampung aku yang dah menjadi tasik. Tasik. Berita Harian tulis besar-besar kat headline dia masa tu yang tanah tempat aku bermain tu kawasan 'banjir termenung'. Pegun tak mahu surut. Baiklah bukan banjir yang aku cuba nak cerita.

Selang beberapa rumah kedai tu ada satu kedai makan. Warna Merah. Atas kedai makan tu ada pusat karaoke. Bajet punya. Jangan expect tinggi sangat tapi air-cond equipped dan ada servis makan-makan. Menjadi budak-budak yang baru nak up waktu tu (gadis baru break up berusia 14 tahun yang layak dilempang), aku pun mengikut cadangan sepupu yang tua setahun. "Eh jom karaoke!" Tanpa aku beritahu mak abah aku yang pergi kerja sedangkan aku tak ke sekolah dek cuti banjir, aku pun angguk.

Daripada petang asar kami karok sampai tak ingat maghrib (masyaAllah *lempang kiri kanan). Dalam bilik karok yang luasnya macam toilet hotel Vistana, lagu M2M ni lah yang kami dok nyanyi. 4 orang semua perempuan. Gila la waktu tu. Kalau mamat-mamat waiter kat restoran bawah tu nak kunci bilik karok dari luar pastu (aku tak sanggup nak tulis) buat benda apa-apaan kat kitorang, kang ada headline baru 'Ibu bapa termenung ketika Banjir Termenung di Pusat Karaoke' keluar esoknya. Memang Allah selamatkan kitorang lah malam tu.

Abah aku mengamuk sebab aku bukan jenis buat hal. Aku ni stok budak baik. Alim-alim kucing. Bekas pelajar terbaik UPSR kot. (aduh poyonya *tsk tsk tsk) Aku cuma kena peer pressure. Aku cuba nak masuk dalam geng sepupu aku yang nak cuba beradventure. Aku cuma nak pursue youth dream. Tapi apakan daya aku kena grounded lepastu. Makcik aku tak bagi aku keluar sepanjang seminggu tu. Abah aku pulak rasa bersalah lepas dia dah serang bilik karok aku dan membebel-bebel sepanjang jalan nak ke pejabat pakcik kaya aku pun telah membelikan aku cd-cd (mana ada dvd time tu). Banyak juga. Tapi yang paling aku ingat ialah filem tak begitu meletup walaupun sarat mesej - BILUT. Bukan belut ok. Dengan laptop mak aku, maka hiduplah aku dekat satu penjuru pejabat pakcik aku  bersama Acer Inspire mak aku dan si Bilut.

Sejak peristiwa aku cuba fit in tu, aku tak pernah lagi jejak kaki di pusat karok lagi. Hebat kan...muehehehe. Tapi beberapa tahun lepas, aku pergi juga kali kedua sepanjang hidup aku. Kali ni bilik karok tu ekslusif la. Bukan lagi bajet-bajetan. Dan aku tak kena perhambat. Fuhh. Kalau time tahun 2007 tu aku nak fit in, kali ini aku go with the flow. Lagipun ada best student SPM SEGA batch 2010 ikut sekali, hilanglah rasa insecure aku. Bukan buat bukan-bukan, kami merapatkan ukhuwahlah. Dah 3 tahun tau tak jumpa sejak-sejak semua dah ke menara bergading.

The end. Itulah ceritanya aku cuba fit in. Jadi lain kali jangan pergi karok bajet. Pergi yang mahal dan bawak best student sekolah sekali ok (sama jantina ya - I tak ajar buat menda fitnah). 8-)

Bibinamet. Nah sekuntum ros tanpa bau. ---@
It's not writer's block. In my case, it's teacher's block.

Lately, I realised, I lose passion to teach. I thought of taking a break for a month or so and start everything all over again. I don't know what is wrong then how do I make improvement. Now that I have quite a plenty of students, I think sometimes I am not being kind towards some of them. They are plenty and I have enough on my plate.

Should I just stop taking new recruit? Yes.
Should I just quit? No.
Then what should I do?
Where do I start?
How to organize my lesson?
What should I teach?
How to manage my class?

I don't know about others. But this is my dilemma currently.

↽❤⇁
 

Suatu hari di dalam lin selepas pulang mengajar, Hannah tanyakan pada aku dan Ika yang hanyut dengan lagu dari henfon kami.

“Lepas balik nanti, apa korang akan rindu?”, ringkas soalan Hannah. 

Aku serta merta menjawab, “Floridina!!”.

Aku tak begitu ingat jawapan si Ika. Tetapi aku takkan lupa jawapan si Hannah yang aku perlekeh. 

“Aku?”, Hannah berjeda. “Lin.”, dia ketawa kuat sambil merenung keluar.

Sesekali lin menggoyangkan badan kami akibat bonggolan di jalan dan trafik Banyuwangi yang boleh buat orang KL pun angkat tangan.

‘Tak kot.’, ini komen aku dari dalam hati. 

Sekarang, aku menyesal atas apa yang pernah aku katakan lewat bulan Mei tahun 2016 itu.

Hannah, of all things we disagree upon, there’s one thing I must admit. About the lin, you’re right.


Evening.

I just watched Boyhood. I encountered a beautiful song. Its Hero sang by Family of the Year. 
Here is the beautiful lyrics. 

Let me go
I don't wanna be your hero
I don't wanna be a big man
Just wanna fight like everyone else

Your masquerade
I don't wanna be a part of your parade
Everyone deserves a chance to
Walk with everyone else

While holding down
A job to keep my girl around
And maybe buy me some new strings
And her and I out on the weekend

And we can whisper things
Secrets from my American dreams
Baby needs some protection
But I'm a kid like everyone else

So let me go
I don't wanna be your hero
I don't wanna be a big man
I just wanna fight like everyone else

Life is tiring if you try so hard to please people. To be their hero. To be the best in every stairs. 

I said I watched Boyhood. I got the chance to watch the most beautiful scene. Towards the end of his Boyhood, Mason moved out of his mom's house, drove his truck to college with dessert engulfing his journey. The music played...and here the beautiful moment began. 

As the lyrics said, I don't want to be your hero anymore Mama. Let me be me. Let me bleed. Let me fight like everyone else. Don't expect too high of me. I'm trying my best at my best conscience. Please spare me. Let me go. 

Grant me my beautiful escaping

Entchuldigung. Bitte. 


Selamat pagi. Assalamualaikum. 

Pernah terfikir kenapa nak muka cantik, badan sihat, badan langsing, kulit cerah, nak pakai canti-cantik? 

Jangan ingat awak seorang je yang teringin. Saya pun. 

Tapi. 

Pernah tanya kat diri untuk apa kita teringin semua benda tu?

Nak tarik perhatian lelaki/ perempuan?
Nak bermegah?
Nak puaskan hati sendiri?
Nak rasa konfiden?
Nakkan perhatian orang?

Saya punya tujuan semua yang kat atas tu pernah terdetik dalam hati. Sumpah. Tak tipu.

Tapi itu dulu. 
Kini, saya ada  tujuan baru. 
Yang lebih bersifat akademik dan ada nilai estetika. 

Tujuan saya ialah;

nak pulangkan pada PENCIPTANYA nanti dalam keadaan paling baik. 

Sebab jasad saya bukan saya punya. 
It is something borrowed to me. 
Dah pinjam kenalah jaga elok-elok. 

Ye idok?
Powered by Blogger.