This is a BM entry. Because I think I can think better in
Bahasa now.
So, the entry starts now.
Sebelum tu, baca dulu lirik Through My Window daripada
Bunkface ni.
Don't want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone
In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing
Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real
I see a spark, it starts a fire
Thought that I could do it without you
Can't exist like this anymore
Lagu Bunkface ni dah bertahun dah saya tak dengar. Tak ingat
langsung ada lagu yang liriknya indah macam ni. Ok lah. Saya sebenarnya belum
boleh move on lagi daripada peristiwa kena tinggalkan Indonesia, atau lebih
tepat lagi Banyuwangi.
Saya nak cerita sikit. Saya pun tak pasti kenapa tajuk entri
saya ni Through My Window. Cuma, tiba-tiba saya teringat tempat duduk saya kat
SMAGI selama 2 bulan saya magang kat sana. Tempat saya tu saya bet tempat
orang, tapi oleh sebab kami bertiga tak ada tempat nak duduk (actually, Hannah
ada tempat nak duduk yang dekat dengan Guru Pamong dia, tapi dia yang nak
menyempit dengan kitorang) , Kepala Sekolah suruh kami duduk situ.
Saya mula hari-hari saya setiap pagi daripada tingkap tempat
duduk saya. Depan tingkap tu ada kolam ikan. Ikan yang akan ikut mana kita
pergi bila dia perasan ada manusia yang tengah tengok dia. Kalau saya bosan
saya pergi kolam tu, saja nak menyakat ikan. Acah-acah dia nak bagi makan.
Lepastu, daripada tingkap tu saya akan nampak murid-murid
SMAGI mula datang sekolah. Hari Isnin dengan Selasa baju putih abu-abu. Hari
rabu dengan Khamis baju batik Kuning atau Hijau. Hari Jumaat dengan Sabtu baju
seragam Pramuka (Pengakap/ scouts). Ada yang pakai tudung, ada yang free hair.
Ada rambut panjang, pendek, botak. Macam-macam. Saya nampak juga Bapak Guru
dengan Ibu Guru lalu lalang depan saya nak kejar jam pertama mengajar, jam 6.15
am. Apa lagi?
Ah, tukang kebun. Tukang kebun tu seorang je. Lelaki.
Hari-hari saya nampak. Kadang-kadang tu tegur, kadang-kadang lalu buat tak
tahu. Pertama kali saya jumpa dia kat Kem Pramuka Gred X kat satu daerah nama
Licin. Kawasan yang sejuk sangat waktu malam ke pagi (subuh) tapi panas terik
mula jam 9 sampai pukul 2 atau 3 petang. Pakcik tu mula tegur kitorang bertiga
lepas berkenalan kat Licin. Nanti lain entri saya cerita pasal Licin pula.
Sebenarnya, saya baru perasan. Setelah balik semula ke tanah
tumpah darahku di negeri Harimau Selatan ni, baru saya tahu, saya rindukan view
daripada tingkap ni. Ya, through this window, I see life. Life of many people.
Daripada permulaan hari datang sekolah dan lepastu jam 3 petang lalu lagi untuk
tinggalkan sekolah. Ada yang gembira waktu pergi sekolah balik sekolah dah
lembik, ada yang sebaliknya, ada juga yang sama je. Sama macam saya. Datang
dulu 30 Mac ke SMAGI, fikiran lapang, kosong, tanpa perasaan. Tapi bila 27 Mei
datang, saya perasan hati saya dah sarat dengan kenangan. Fikiran saya sarat
dengan logik-logik patutkah aku nangis. Boleh ke aku move on?
Semuanya bermula daripada window ni. Window ni sacred bagi
saya. Banyak kenangan saya dengan SMAGI sepanjang 2 bulan duduk kat tempat
orang. Betullah kata orang, kau tak kenal kau tak cinta. Bila kau dah duduk
lama dekat situ, kau kenal dengan orang-orangnya, kau jadi tak sampai hati
tinggalkan semua tu. Tak kisahlah orang-orang tu menghargai kau sama macam kau
hargai diorang. Tak kisah.
Ya, memang aku tak boleh move on.
Dan aku tak akan pernah
boleh move on.