Good Time In Phuket 1 : Community Service (Koh Panyee)
/
0 Comments
ASSALAMUALAIKUM ;)
Dah lama saya tak update cerita dekat akumastermind ni. Masa tu ada, saya je yang malas dan lebih banyak buat benda lain. Kerja. Belajar. Kelas. Program. Projek. Kawan. Keluar. Balik kampung??
Haha. Tapi kali ni saya ada cerita baru nak catat kat akumastermind. Entahlah, saya memang ada cita-cita ke luar negara untuk belajar dulu-dulu. Katanya! Tapi, A saya masa SPM kurang 1 nak buat macam mana. Mengadaplah USM. Apa-apa pun saya bersyukur. Bersyukur sangat sebab kat sinilah saya dapat pi oversea. Betul kata senior dulu. "Masuklah USM dik. Dapat pergi luar negara". HAHA. Niat tak baik.
Baiklah, tahun 2013 ni saya berusia 20 tahun. Macam muda kan. Dan dalam tahun ni jugalah saya berpeluang melihat negara orang. Satu di Perth, Australia, awal bulan April dulu, dan baru-baru ni ke Krabi dan Phuket, Thailand dalam bulan November. Alhamdulillah rezeki Allah.
Jadi, sementara cerita saya ke Phuket tu masih agak-agak segar dalam ingatan, baiklah kiranya saya kongsikan. Tak gitu?
![]() |
| Sedang menunggu makanan di Sadao |
![]() |
| Dapat juga minum air selepas bekalan air dari Penang habis |
![]() |
| Semua orang sedang khusyuk makan. |
Betullah bagai dikhabar. Makanan macam Tomyam dan Kerabu Mangga dari Thai memang sedap.
![]() |
| Lukisan yang dilukis ratusan tahun dulu pada dinding gua oleh penjajah Belanda yang melarikan diri dari Tanah Melayu dan berhenti di sini. Kagum lah. |
![]() | ||||||
Pandangan Pulau Panji dari jauh. Banyak rumah di sini dibina terapung dan majoriti penduduk beragama Islam.
![]() ![]() Kami nak ke Floating Stadium tu. Dekat Sekolah Koh Panyee. ![]() Salah satu lorong yang saya lalui nak ke Sekolah Koh Panyee. ![]() Sekolah Koh Panyee. ![]() ![]() ![]() Cikgu diorang (cool pakai kain pelikat je pergi sekolah) mengarah pelajar-pelajar berkumpul. ![]() Kelas mereka. Teringat kelas yang sangat kondusif masa kat Perth dulu. Beza dengan pelajar Sekolah Koh Panyee. ![]() ![]() Entrance. ![]() Tiang bendera negara Asean. Pelajar Thailand belajar Asean Studies kalau nak tahu. ![]() ![]() Bersama kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7-9 tahun. ![]() Bersama Ananda (dua dari kanan) dan kawan-kawannya. Ada cerita menarik tentang Ananda. ![]() Language barrier. Hihi. ![]() ![]() ![]() Persembahan Dikir Barat. Kata Ananda merangkap penterjemah x bertauliah saya, mereka panggil Dikir Barat, Kili Kukur. ![]() Aida yang berbaju biru dan abang-abangnya. ![]() Inilah Ananda yang saya nampak seperti Lintang dalam Laskar Pelangi. Prodigy dalam kesusahan hidupnya. Dia anak luar biasa. Saya masih ingat dia memperkenalkan dirinya, "My name is Ananda". Apabila saya beritahu yang Ananda tu anak dalam bahasa Melayu, dia senyum je. ![]() Proses menyiapkan mural.
Dah siap!
Balik dulu. Kami ada ambik gambar ramai-ramai tapi saya tak ada gambar tu.
Berjalan dan melihatlah dunia luar. InsyaAllah, ada yang menanti di hujungnya.
Bibinamet. ----
|










































