Showing posts with label Jelajah Phuket. Show all posts
Showing posts with label Jelajah Phuket. Show all posts
Assalamualaikum jema~~ah:)

Saya kembali lagi. Kali ni saya nak kongsi cerita saya pi shopping pulak. Kalau kat JB ade Johor Premium Outlet (JPO) yang saya tak pernah masuk pun, kat sini pun ade. Dan saya dah masuk pun dan dah beli kasut baru pun. Hihi. 

Oh, ya. Selepas balik dari Koh Panyee, saya terus check out dan check in hotel lain. Nama hotel tu saya dah lupa pulak. Kat tengah-tengah bandar Phuket dan banyak anjing berkeliaran malam-malam. Club Pinklady pun hade. 

Sedikit gambar kat hotel waktu pagi sebelum pergi shopping dan jalan-jalan. 

Acu dan Kakdek. cc: Helloiampika


Kan saya yang tangkap gambar, jadi muka pun dah tak ada. 

Sebenarnya sebelum pergi POP tu kami pergi singgah kawasan nak beli cenderahati, beli makanan, tengok mutiara, pergi Phatong Beach dengan Pulau Katak. Tapi semua tempat ni saya tak ada gambar nak tunjuk. Best sangat sampai lupe nak ambik gambar. 


Kedai jual makanan. Sempat ambik gambar. 

Replika kotak pembungkus makanan guna rumah sempena Krismas


Ha sekarang nak tunjuk gambar-gambar kat POP pulak. 



Kacak kan. 




Bersama Kak Nisa'





Pelakon Thai kegemaran, Boy 







Kak Yani dan Kak Nisa'

Yeah, jumpa lagi poster cerita baru diorang.

Baju baru yang ada tulisan jawi : PHUKET THAILAND

Kasut baru 285 baht = RM 28.50. Lagi murah
daripada BUM. Jenama GAMBOL made in
Thailand. OKla dengan bajet student.

Eh ade lah gambar kat kedai mutiara. 

Sepanjang jalan Pantai Katak. Ingat lupa ambik gambar tadi.
Satu perkara yang bahaya tentang Thailand ialah wayar elektrik
yang berselirat. Keluar spark tau. Mujur Malaysia masih elok.


Tengok matahari terbenam. Tapi lambat sampai sebab membeli
belah sampai dah terlewat. Matahari sudahpun terbenam. 


Hari pun dah semakin larut dan saya kena balik ke hotel. Semoga hari esok menjanjikan seribu kemanisan lagi. 


Bye, balik dulu. 

Bibinamet----@



Assalamualaikum :)

Sihat semua? Pagi ni saya baru je sampai dari Johor kat USM. Hari pun masih gelap sebab masih subuh. Entah kenapa saya tak boleh sambung tidur hari ni, jadi saya rasa nak sambung cerita saya kat Phuket ni. 

Hari yang sama iaitu hari kedua di Phuket, saya ke Koh Panyee pada sebelah pagi, dan dalam perjalanan pulang ke Phunga Hotel, kami pi Pulau James Bond. Kalau ikutkan sebenarnya dulu Pulau James Bond ni dipanggil Pulau Paku. Tapi selepas penggambaran filem James Bond yang ada Ibrahim Pendek tu, pulau ni dikomersialkan dengan menukar namanya. Gambar yang kat atas tu ialah gambar cebisan pulau yang menyerupai paku. Sebab tu nama pulau ni Pulau Paku. Hah macam tu lah. 

Hah baru sampai kat Pulau James Bond. 

Ramai orang yang datang ke sini, sesak lah jugak. Gerai jual cenderahati pun banyak, tapi mahal. 

Selfie lagi sekali. Tak ada orang nak ambikkan gambar. Saya sedang mendaki untuk ke jeti sebelah satu lagi. Bot tunggu kat sana. 

Tak bohong. Pemandangan daripada atas bukit sangat cantik. Subhanallah. Macam tak nak balik lah. 

Drama sebabak. Caption : Tuntutlah ilmu walau dimana anda berada

Pelajar cemerlang USM. Tenang walau dimana berada. Keep calm and Study

Bertapa di bawah gua. Menghayati keindahan alam dan menjauhi maksiat yang berleluasa. 

Memohon semoga mudah mengulangkaji pelajaran. Amin

Pun sama. Bermunajat semoga dipertemukan jodoh. cc:Helloiampika

What deh...@#$%^

The Thinker is everywhere

Anak solehah mak. 

Again! The Thinker is everywhere. 

Bye! Balik dulu. Adios

Disajikan dengan lagu-lagu Thai sehingga muak di dalam bas. 
Oh tak lupa, gadis-gadis mengancam Thai juga. 








Tengok ke? Tak baik begitu~~~*Ustaz Don

Babai. Jumpa lagi nanti. 

Bibinamet

Powered by Blogger.