Showing posts with label Zaman Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Zaman Sekolah. Show all posts

dulu masa kita baru masuk sekolah tadika/prasekolah/taska atau apa sahaja yang pasti masa tu kita masih berhingus main anak patung, main kawin kawin ade kan yang taknak sekolah. bila nak pegi sekolah mak kasi duit. balik sekolah singgah kedai beli jajan

hailah naik sikit jadi budak sekolah rendah. kawan-kawan baru da,,,pon masih ada je yang menangis. biasanya budak perempuanlah kan. termasuklah aku. dan aku masih ingat cikgu bm aku merangkap guru kelas aku masa tu 2k, cikgu Norizah ni pernah cakap abang kakak kitorang masa tu maknanya student lama dialah banyak yang telefon cakap nak balik jadi budak sekolah rendah lagi. sebaliknya yang ade depan mata die masatu *kitorang lah* yang masih kecik innnocene tak tau pape ni nak tergolek rasanya. BALIK DARJAH DUA BELAJAR BI DENGAR CIKGU MISLI TIAP HARI KENA KUIZ SPELLING SAPE SALAH KENA TARIK SAIKBEN TU*MAIN EJA JE*.....ohh sumpah ini kerja gila, tapi kini kerja gila kakak abang kitorang dulu tulah yg nak sangat dibuat dek masa sekarang ni. bila dah habis sekolah nak masuk sekolah balik. yang masih sekolah tak sabar nak habis. BAGI BETIS NAK PEHA LA....

lepastu habis sekolah rendah jumpa kawan baru kat sekolah menengah pulak. ohh masa nilah orang cakap baru nak besar , nak kenal hidup. amboi pantang nampak abang senior ensem sikit...asyik nak mengecop je...ntah abang abang tu tau pun tak....lepastu segala macam kerja macam persatuan, aktiviti kelab dengan l;atihan suka pun sendiri yang konduk....memang sumpah berdikari lah...memula tu biasalah macam tak tau...lama-lama biasa, PALING PENTING. SETIAP KALI MENULIS PAKAI PEN. TAK PAKAI PENSIL PEMADAM DAH....nampak sangat macam dah nak dewasa kan....

naik menengah atas pun sama. kawan baru lagi. tapi kali ni mesti ada thrill sikit cubaannya. semestinya takkan lari daripada yang dinamakan perasaan sedih dan duka onak belukar. yelah kawan sume yang dulu berjanji hidup semati tu dah hilang semua. apa cerita tu. yang kita ni nak kena cari kawan baru. mana nak mengawal emosi yang tak stabil ni. mana nak belajar subjek subjek susah. tapi inikan cabaran. kita kenalah biasakan diri dengan tekanan dan kesusahan sejak kecil. insayaallah tak masalah sangat nak menghadapi masa depan yang lebih luas dan mencabar nun.....

lepas ni mulalah kehidupan mencari apapun peluang asal dapat duit , dapat pengalaman kat mana -mana pun unutk budak budak yang dah besar ni. budak lepasan spm. sementara tunggu keputusan keluar. apa-apa pun perasaan gembira dan teruja kita yelah SPM OVER kan....tapi tapak-tapak kaki ke SPM memang dah tamat tapi lepas ni akan sambung dengan TAPAK TAPAK KAKI KE MENARA GADING pulak....lepastu TAPAK TAPAK KAKI KE KERJAYA, TAPAK-TAPAK KAKI BERKELUARGA, TAPAK-TAPAK KAKI USIA TUA sampailah kita MATI, menemui pencipta...

sebagai mengenang kembali zaman sekolah yang aku cintai , aku teringin nak senarai pendek perjalanan aku dari tadika sampai SPM.

tadika KEMAS Parit Haji Salleh Ros
/
Sekolah Kebangsaan Pintas Raya
1 Mawar
2 Kenanga
3 Kenanga
4 Mawar
5 Mawar
6 Mawar----------------------UPSR
/
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading
1RK 1
2 RK 1
3 RK 1----------------------PMR
4 SN 2
5 SN 2------------------------SPM
/
?????????



5SN2-2010



alhamdulillah
aku dah pun selamat apply matrikulasi secara online (yelah...ada lagi ke nak pakai borang)
dan aku pn dah pilih jurusan yg aku nak...walhal sebenarnya aku pon tak tau yg mane.

sebab dulu aku cadang aku nak ambik kelas sains perakaunan sebab ada cabang akaun selain subjek sains. in case kalau aku tak boleh bawak sains aku boleh tukar pada akaun.
sebab apabila keputusan pmr baik, automatiknya kita akan ditawarkan kelas sains tanpa fikir langsung apa minat kita.

bukan aku tak minat sains, tapi aku tak rasa aku betul-betul nak ceburkan diri dalam kerjaya bidang sains.
ilmu Allah tetap ilmu yang aku kena tahu. mungkin Allah ada perancangan lain untuk aku. sekurang-kurangnya aku tahu tentang ilmu sains tak banyak sedikit yg aku boleh guna. aku kena mantap dengan tujuan aku belajar.

dah sampai masanya aku niatkan betul-betul dalam hati macam yang dulu-dulu ustaz pernah kata "belajar tu kerana Allah, fardhu ain."

aku yakin Allah dah pon tetapkan rezeki setiap daripada hambaNYA. jadi nak buat apa aku takut sebab aku tak dapat kerja lepas tamat sekolah nanti. asalkan aku letakkan harapan aku pada Allah, dia takkan abandon aku. cikgu pernah cakap, once bila kita berdoa, minta hari-hari apa yang kita hajatkan sangat tu, tapi Allah tetap tak kabulkan, ingatlah, ALLAH mungkin akan beri sesuatu yang lebih besar dan yang lebih akan kita hargai suatu hari nanti.

siapa tahu. keputusan aku pilih jurusan perakaunan itu aku harap merupakan cabang permulaan daripada hidup aku yang berdikari tanpa ibu bapa

oh bila aku tengok kakak dengan abang senior dulu yang sekarang ni dah selamat ke peringkat pengajian lebih tinggi, aku teruja.
semoga satu hari nanti aku pon akan dapat peluang macam tu. amin.

sebab sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas.
macam baru semalam aku ke sekolah tadika kat parit salleh ros tu.
macam baru semalam aku jumpe kawan-kawan baru di sekolah rendah, aku rindu pada masa-masa itu dan semestinya sekolah kebangsaan pintas raya.
macam baru semalam aku mendaftar ke sekolah menengah. jadi budak junior dikelilingi budak senior yang pastinya buat aku rasa kecik dan kerdil. dulu aku sesi pagi sebab aku pelajar kelas rancangan khas (KRK).
macam baru semalam aku jumpa member 2 yg dah lama tinggalkan sekolah seri gading, dan pergi mengenali sekolah berasrama penuh, mrsm

macam tu jugalah dengan harapan sekarang ini yang hari-hari aku bawa.
kenangan tu takkan mungkin hilang sebab selagi kita masih bernyawa, otak , akal, minda kita ni akan semakin mengenali diri kita, dan mereka akan jadi semakin bijak menangani setiap kerenah kita, keluh kesah kita.
bila malas nak bangun solat subuh, otak dengan akal ni pon makin genius cipta alasan dan takutkan kita akan seksaan Allah. badan pon lepastu refleks bangun pergi ambil wuduk.

bila sedih dan kecewa tak dapat apa yang kita nak, atau ada orang yang sakitkan hati kita, kita pon akan pujuk diri sendiri, kita akan kembali kepada ALLAH
teringat lagu Maher Zain _ALWAYS BE THERE
when you lose your way,
to Allah you should turn,
as HE promised,
HE aways be there...

ya memang macam tu lah. kawan-kawan, ibu bapa, harta, adik beradik semua pon takkan selamanya ada dengan kita, bila kita sakitkan hati mereka, mereka akan marah dengan kita, dan satu kerja lagi nak minta maaf, pujuklah. tapi Allah...DIA lah yang paling pemaaf. kat sinilah aku selalulah kesalkan, apa yang sedang berlaku dalam kehidupan aku. sayang dan cinta manusia sesama manusia itu telah melebihi sayang dan cinta kepada Allah. sedangkan kawan, ibu bapa, harta, dan adik beradik merupakan pinjaman ALLAH kepada kita. supaya kita rasa tenang dan gembira tinggal di bumi. sedangkan satu hari nanti di Alam kubur, kita sendiri, ada kawan nak tolong kita, ibu bapa nak temankan kita, ada nak hulur duit rasuah kat malaikat, tak de. kita sendiri dan hanya bergantung kepada diri sendri sahaja masa tu.

aku bukan lah orang yang baik, hebat, alim lagi ulama serta jauhari
banyak dosa aku buat
cuma aku harap Allah itu takkan paling daripada aku
takkan abandon aku
takkan tinggalkan aku
yang akan peluk aku bila aku sedih
yang akan tunjukkan wajahnya pada aku di SANA...

sebelum aku off my lappy, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA...
masih ade tinggal 1 minggu sebelum percubaan spm habis.
dan aku rasa i'm doing better
berharap kepada keputusan yg lebih elok
dan tak buat aku rasa malu dengan member lama kat mrsm

yaya....yayaa...walaupun aku duduk kat sekolah biasa
aku pon boleh dapat keputusan terbeliak bijik mate
ditambah dengan kepanasan cuaca
perut kosong...

tapi sumpah! rasa nak makan tu lebih kuat bila tak puasa.
kuasa Allah kan....bila kkita tau kita kena tahan diri drpd melakukan perkara yg akan mmbatalkan puasa, kita tau kita kena kuat dan jangan tipu diri sendiri

















SEMUA kertas periksa 1/2 tahun dah dapat
BANYAK -ve darpd +ve
LEBIH tertekan drpd gembira

aku tak faham orang yg asyik pandang kelulusan akademik sebagai kayu ukur utama cerdik dan pandainya seseorang itu.
aku bukan pandai sangat menulis atau menyedarkan orang apatah lagi nak berhujah.
tapi aku tahu kadang-kadang aku jauh sangat berfikir.
sampai aku bosan dan suka membantah.

mungkin aku terlalu beremo.
tapi sekarang aku dah kuldaun.
aku jadi putus asa dengan sikap sesetengah orang.
semangat aku pudar. tapi kini dah hilang.
aku sedar aku kena buat sesuatu
tapi aku tak seteruja dulu
aku boring.

aku tak boleh nak cerita pada sesiapa.
ye..aku mengaku.
ego aku memang tinggi' melangit
tapi nilah aku
aku rasa makin banyak masalah yg datang

makin dewasa hidup jadi makin derita
sebab aku tak sedia
aku jadi takut

hal ini bertambah teruk lepas mak pindah sekolah aku
dan berkawan dengan cikgu2 aku
dan 'mengumpat' pasal aku
aku tau semua cikgu ambil berat
pasal AKU
tapi pernah tak rasa macam ditolak atas bawah tepi kiri kanan
aku sesak nafas.
tempat paling aku benci sekarang ialah BILIK GURU
sorry 2 say
aku rasa segan dan beremo

aku cari diri aku yg dulu
tp tak ade'
hilang dan terus hilang

kerjaya tu hanya berpandukan AKADEMIK saje ke????
aku tak tahan.



semalam pengetua berucap
dia pesan cuti nih jangan asyik nak relaks
yang raya tu bukan awak ( merujuk kepada yang bukan cina )
jadi oleh sebab dia anggap kami semua mungkin akan bosan seminggu tak sekolah
dia nak cikgu-cikgu bekalkan workload yang 1 tan
kerana sekolah kita mahu diiktiraf oleh ISO
apa-apa jelah aku pun tak faham sangat

sebelum balik period 3 nak last
cikgu tak masuk....kami(planet 5sn2)
semua buat to-do list seminggu cuti
semuanye keje umah, barang periksa
bila semak balik....ai bile masa suke rie ni
yang poket dah kopak....ah time seminggu nilah nak cari keje
nak beli barang periksa umpamanya....compasses, protactor, kalkulator nak upgrade 570fx, pembaris lenturlah, buku rujukan
dari mana nak cekau duit
cammano tu

boleh kata semua subjek ada angpau lah
paling membunuh rasanya BI,BM kot (ESSEI GILE BANYAK+citra+EW20)
tak lupe +mat juge....ah same kimia
cikgu zalina cakap semalam time KA
"saya sebenarnya nak bagi lagi tau, tapi macam tak sampai hati gitu....pagi tadi awak semua sembahyang apa ye..."
PALING BAIK CIKGU AJAK kerana BIOL aman saje

cikgu Hairani dah hulur paper jugak " PA kene buat selalu nanti lupe "...pujuk hatiku

plan aku untuk cuti : jaga kedai 5hari =RM10 X5=RM50+baki b/b
= kalkulator 570fx

homwek dah siap setakat malam tadi dan pagi tadi : +MAT correction PK1, fz exercise, pembetulan PI

MOTO : kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!!!!!!


post kali ini adalah khas untuk cikgu yang dah tinggalkan MAS
khusus...
pada tarikh 16/01/10

dan mungkin hanya akan kembali ke sini 3-4 tahun dari sekarang
tapi belum tentu kami dapat jumpa semula
3-4 tahun akan datang
aku bukan budak sekolah lagi
umur aku dalam lingkungan 20-21
kalau jumpa pun mungkin dah tak macam sekarang ni

masa tu cikgu dah 30-an
mungkin dah ada anak 3-4 ke

setakat ni senarai pendek orang-orang kesayangan aku yang dah tinggalkan aku (hidup/meninggal) semakin meningkat

dalam 8>
hehe
tak aku tak sedih pon

kenapa aku tulis blog hari ni
sebab hari ni aku ada cerita sedih nak cerita
pertama hal cikgu PI yang susah dan tidak ikhlas aku terima kerana fiilnya yang lain daripada yang lain

kedua sebab result f4 yang aku baru dapat
aku tak dapat top3
dan hal ini ya merupakan satu tamparan besar

dan tadi masa kelas PI ( 7.20-8.40)
aku skip solat dhuha ( redspot melanda)
jadi aku cuma tengok jelah mereka semua solat
sebelum tu kitorang 3/4 daripada isi kelas kena diri sebab tak lepas ujian saringan niat solat fardhu
salah satu daripadanya aku
sekali lagi hal ini merupakan satu tamparan besar

dan sebab ustaz lah aku teringat cerita lapuk 2tahun lepas
cerita f3 (aku mengaku masih dalam mood f3 dan langsung tak boleh tanggal kulit f3)
hari motivasi tu hari sabtu 5/4/08
dalam satu hari aku kena buat pilihan pergi tilawah ke pergi motivasi
kawan-kawan ajak pergi motivasi tapi diorang ade kata :

"kalau kau rasa tilawah penting takpe pegi jelah. mana tau kau boleh bawa piala besar balik tayang kat kitorang"

kitorang gelak je masatu

dan masa tu diorang langsung tak tahu kalau aku akan buat diorang kecewa
sebab aku kalah
sekali lagi aku dah kalah

masa balik dari smk tun ssrdon
cikgu lalu depan uthm
masa tu pukul 1.xx pm
diorang balik pukul 5 kot
tapi aku dah tertinggal 2 slot
jadi aku cema sempat peek sikit bangunan uthm tu

lepas 1 tahun kemudian,
masa aku f4
aku dapat peluang pegi motivasi pmr /spm batch 09
cume aku je f4
masa tu aku macam ternampak-nampak besbuddies f3 dulu
diorang tengah fokus giler kat abang raja
dan dalam situasi sama cuma masa yang berbeza, aku pulak dengar ceramah dr. mohd shukri abdullah

hehe
sebenarnya takde ape yg aku nak cerita
aku cume rasa galat je sebab aku tertinggal moment bes dengan diorang masa motivasi tu
tarikh 5/4/08 tu pon aku tak boleh lupa
sebab aku dapat 2 kegagalan hari tu
rasanya kalau aku tak cakap orang pon dah boleh faham

ada satu cerita yang buat aku rasa ok je kalau aku jadikan medium simbolik kitorang punye persahabatan ni

DAS FLIEGENDE KLASSENZIMMER
atau bahasa inggerisnya
THE FLYING CLASSROOM


satu cerita dari german
pasal budak-budak yang tinggal di boarding school
same macam kawan-kawan aku
cerita tu menjadi favourite aku

sama macam cerita ANAK DIN BIOLA masa f1 dulu
cerita pasal budiman, chandran, ah chong

ahhh.....kawan-kawan datang dan pergi

macam cikgu yang sekarang ni dah duduk uk
waktu aku tidur cikgu tengah sibuk buat kerja harian dan vice versa
16/01/10
aku sekolah masa tu
ada gotong royong
jadi sepanjang kat sekolah aku asyik tengok jam je
aku tak tahu pon sebenarnya waktu cikgu berlepas
yang aku tahu cikgu takkan patah balik
fly cikgu fly

cikgu cuma perlu doakan saya pon akan fly lina fly satu hari nanti

itu cara nak tebus kecewa tak dapat peluang pergi boarding school
yang aku dah fikirkan sampai takat masa ni
harapan aku satu hari nanti aku tahu apa yang nak 'jadi' sebenarnya
dan masa tu aku takkan boleh undo

sebab life goes on
ZENDAGI MIGZARA

hari khamis 14/01/10
waktu rehat kat bilik guru

cikgu datang melawat
dan cikgu cakap':

"belajar rajin-rajin"

aku kaku
kali ni situasi sama masa f3 jadi balik
cume kali ni peluang kedua yang datang balik
aku harap peluang kedua lebih bagi erti pada aku
yang aka ubah hidup aku
yang akan jadi penawar kecewa aku
cuti kali ni macam cepat angat lah abis
tak enjoy betullah
dan sampai sekarangni
2 je keje umah yang aku sempat buat

bahasa melayu /
prinsip perakaunan /


haha
yang lain malas ah
sebelum cuti aritu rasenye aku dah berazam kat diri sendiri
okeh cover semua topic f4
ala cakap je memang macam makan daging beger
buat tak jugak
dugaan banyak sangatlah
anyway kite runner dah half
oooooi
hepinye
you pakcik khaled memang pandai goreng ah

masin manis nye cukup lah
dan realistic juga
untuk ini saye tengah tunjuk thump kat awak pakcik khaled
eh salah salah kaka khaled hosseini

dan wodering kalau ade penulis local yang macam AWAK
dan dah jumpe


hehe



RAMLEE AWANG MURSHID

Ah memang tahap petala kelapan
kebenarannya sangat diperakui
cerite ape je yang aku tak bace daripada cetusan minda hebat pakcik Ramlee
sumenyelah
dan sanggup berhabis duit membeli jugak

bukan ape aku sick gilerlah dengan semua lovey duvey:kekeluargaan punye novel yang banyak ditulis local writer nih

dan sebab tu aku lebih prefer penulis lelaki kalau nak bace novel malay
caye tak aku layan cite Salina, A Samad Said
memule sebab name same...hehe
tak beshnye
member aku tu suwey betol
die boleh kate

" eh ko ni suke eh jadi bitch.."

wtf, gilos pe
dah cite tu pasal pelacur nak buat camne
yang pentingkan isi masterpiece tuh
die punye ayat yang real

oh so kalo bace cite camtu aku cari panduan nak jadi GRO kelas atasan lah eh

ko tengok cite BOHSIA , ade mulut beta berbisingan....
oh tidak beta dengo je ko cite penuh khusyuk...


ah sicklah girly nih
suke sensitif, cakap belakang
and a bit pervert kengkadang...

bukan nak mengata tapi memang FAKTA takdak AUTAnye....

*asal lagu Ibelin ni cepat noh habis, tak enjoy nak berwatikah lah*

so coutdown akan terus on...
sampai pagi tadi sis sebelah umah aku kate

"woi aku dah abih SPM dah"

watever....aku dah abih UPSR, PMR

and so aku tengah tak boleh tido malam
insomnia tengah melanda
fikiran tengah fokus

'tahun depan nak duduk mane?'

A. baris depan
B. still
C. tukar mate
D. tengah

ah peninglah....


tengok kejap tajuk entry kali nih...
rapat giler...
sebab aku memang sengaja
suka...haha

aiseh aku nak cerita benda lainlah...

aku ada bapak...
bapak aku ada kedai
bapak aku cakap die nak tiru orang cina....
ade kedai...

baguslah...

yang tak besnya....

aku kene jadi patung tunggu kat situ...
tunggu orang...eh salah semenjak menjadi terlibat dalam keusahawanan
bahasa harus mengikut kamus keusahawanan jugak
baru berevolusi
tunggu customer...
sampai b****t jadi keras...
duduk dengan jangka masa yang lama nak ma***s..

mak yos cakap tiap kali lepas buka korum perdana depan rumah bersama persatuan ibu-ibu...
pastu laki die panggil masuk...maka beliau akan bangun sambil selamba badak cakap..

"hah..laki aku panggil....allah dah berakar ponggong"

siut baik punye ayat....

then...hari-hari jadi casher pon berlalu...
huak...bes jugak lame-lame jadi casher nih...
tangan aku ni dah gatal kalau tak pegang duit...
kuraplah agaknya

dasar cewek matrek....

heip...heip...cintailah bahasa ibunda...

jadi...sebenarnya aku takde mende nak tulis kan...
haha....
yang penting taip....

btw, semoga aku akan dapat rase susahnya cari duit....
dengan mengorbankan b****t aku sampai jadi kejang saraf-sarafnye...




first of all....huge congratulation to Izah n family coz soon are going to have a new member in da house....


receive a wedding invitation 2 days ago.....

thought that its your brother....but when i saw the name.....shoot.....


betolke......tahniah wei......

INSYAALLAH MUKE KU PASTI TERJENGUL KAT UMAH KO.....


and tadi aku pegi skool.......honestly there's nothing to do.....aku layan tenyeh main saidina sampai muak tahap gabana.....

sebelom aku ddapat kontrak buat sikit tampal-tampal kat dewan SPM....

dan...dan......haila....susah nak cakap.....cam tajuk yg aku dah mension awal-awal tulah....aku temasok mode emo....aku tak banyak gambar yg aku sempat capture sepanjang hidup ni....

for that i really regret it.....coz aku jenis malas gambo....dulu pon coz ade bebudak kepoh tu....kalo tak haram.....

mule-mule aku buat keje kat bangunan t3 kelas ujung....mak datok tak macam dahsyat pulak environment kelas mereka....ye.....tak lalu weh.....setakat tu belom emo lagi

sampai bangunan A bawah office....ya....dewan kite.....dewan kite


aku cam gradient turun lak.....mood abih kacau bilau....dewan tu sentiment tinggi.....

sementara tunggu eno n fat-in tampal n diskus sket ngan c shima....aku layan lepak kat kelas tengah dewan...

aku duduk kat satu seat...aku tengok tempat aku periksa dulu....
serabut je...belum berkemas....belakang aku tu tempat honeydew, depan aku zati arifin.....jauh sikit kat depan izah, nadia n nad.....
waktu pagi sebelom jawab peksa.....wish luck kat everybody.....
rindu weh.....nape ek....everybody pon kene makin besar daily.....jadi rutin....makin besar makin hard.....susah nak jadi manusia success ni sebenanya....apalagi orang yg jadi backbone kite makin allah tarik sikit-sikit.....bukan ape......aku dah terbiasa sangat ngan member....tahun depan dah SPM....nape aku dah makin tue.....nape sekejap je dah period.....couple monyet....jumpe kawan karib....jatuh cinta kat skool....ade ambition.....rasa nak jadi hebat....mule fikir pasal future....ahh....serabut tol....
taklah sedih sangat....actually bukan sedih pon...cume teringat cite dulu je...
tambah mengharukan kisah ni.....ari sabtu lepas aku tejumpe tchr rozana....dan aku memang rindukan die....and everything pon pasal f3......sume pon aku rindu....
so dengan merosotnya studying aku....aku rasa malu gak ngan tchr rozana....ntahlah
kalo anybody ask me for a reason i can only keep smiling like a psycho....memang aku rasa otak aku makin lame makin mereng pon....kalo orang tanya aku sedih tak dengan result aku yg makin down day by day tu...absolutely yes babeh....tapi macam yg aku sendiri pon tak boleh nak state specifically factor and courses semuanya, memang aku tak tau....
cume a word yg boleh gambarkan die punye jawapan....dan jawapan ni bukanlah jawapan bagi manusia yg masih kate nak success dalam life.....tapi jawapannya tetap ni....
GIVE UP
damn dengan sape pon yg kate 'mende ko ni'....'cam die sorang suffer'....'tak motivated tol'.....damn...damn....damn.....dengan sume cakap cam ni.....coz everybody pon ade masalah sendiri...and memang lain org lain cara.....
franly speaking....aku tak suka dengar masalah orang...co aku taktau nak buat ape pastu..that's why aku tak boleh dengar maslah org....aku pon bukan a good listener.....mungkin kalo da desperate gaban baru bole kot....

ya memang aku give up......aku tak de burning spirit ....bahan bakar da abih.....sume pon dah blah....left here is me myself...

dulu.....

tengok tiwi lelebih...rasa guilt giler...

everyday pon kene polish....hati lonjak-lonjak nak sampai tempat-tempat yg tchr selalu sebot...

satu kelas pon compete sengit.....

rajin terus bile sebut PMR....

energetic....happy.....motivated.....

but nowadays....everything faded one by one.....

i hate myself for being like this.....

i hate myself for losing my spirit

i hate myself who kept listening to my sadness side

i hate myself for all my wrongdoing

and i wait for a miracle to whisper their names....embrace their soul with mine





tarikh bersamaan dengan 12/9/09
masa anggaran 8.xx am sampai 6.xx pm
tempat tersangatlah tepatnya iaitu Tanjung Piai

dalam perjalanan.......
program ni sebenarnya bawah kelolaan cikgu Razak tujuannya untuk lihat dengan mata sendiri hutan paya bakau...sumpah ini kali pertama aku terlibat dalam mende-mende camni
jadi kalau jakun tuh memang elemen semulajadi
hormon aku yang salah bukan aku
lama juga nak sampai Tanjung Piai
dekat 2 jam kot....well aku malas nak survey masa
dalam bas aku duduk sorang je
nasib baik ade din dengan fariz
kebisingan mereka buat boring aku hilang sikit-sikit

antara beberapa scene komedi mereka

1)ada lagu apentah kat radio...
Fariz : din sedap jugak ek lagu ni
din : tak delah...lagi sedap nasi ayam

2)din nampak kuil india
din : pariz apa tunggu lagi, bulan puasa ni banyakkan lah ibadat
fariz : kau tunggu kat lumpur nanti din

3)din nampak anjing kat tengah jalan sorang sorang menyalak-nyalak
din : astaghfirullah kesian kawan pariz tu
fariz : takpe dalam lumpur nanti

rest tak ingatlah....sape rase tak lawak takpe coz tak lalui experience gelak masa tuh....aku sangat faham

so nak layan blues pon tak sempat gelak tak habis-habis

sampai kat Tanjung Piai....

entry nye tak atrractive pon, tapi kat dalam fuh....tak nak balik wooo....

akak-apanamantah-bagi taklimat sikit tentang hutan paya bakau Tanjung Piai
dalam semua slide yang dia tunjuk aku terbelajar benda baru, bes, lagi hangat

sus scrofa ops..ops salah...kena saman jugak kan tulis nama saintifik macam tu

Sus scrofa
mende nih...hehe....ish kalau tau aib sungguhlah bak kata din
sebenarnya nama spesies satu binatang
haila dah bagi hint pon takkan tak tau
haha....1000000x
kalau rasa nak ngutuk orang pakai je nama nih
konfem terselamat daripada kena maki
AMARAN : jangan cakap dengan zoologist, sumpah kau kene lempang
takpelah aku kan baik...
esh...malulah
jawapannya....





BABI HUTAN












huak...huak...ko ingat ko lawa nak buat muke gitu ha Bab 1

haila dah tau dah...boleh aplikasi ye....sopan sikit bahase

p/s aku gurau je pasal sus scrofa nih....saje

lepas dengar taklimat kitorang dipecahkan jadi 2 group
aku segroup pulak dengan din dengan fariz+fahmi....
haru lah memang
dan pemandu kami namanya Abang Abu
muke die macam Mazlan Pet Pet
juga ade sense of humor
abang lagi sorang aku tak ingat lah
die kontrol hensem
tak kool macam Abang Abu walaupon tak hensem
abang abu memang banyak mulut
kitorang kene pergi tempat nih

1) Penghujung benua asia

info sikit ehem...ehem...*clear throat*
tempat ni mule-mule macam yang aku tulis kat ataslah penghujung benua asia...ingat tak kenapa nama Johor dulu Ujung Tanah....sebab nilah kot....so kat sini aku nak bangga sikit

saya bangga menjadi anak Johor!!!!!!

lagi kapal-kapal antarabangsa memang banyak gilak lalu kat laut berderet-deret macam traffic jalan raya....kata abang abu kapal tu datangnya dari Tanjung Pelepas....hish bangga lagi jadi anak johor...


replika bumi kat sini lah boleh nampak kapal, pulau karimon indonesia , singapura

dalam perjalanan nak pergi tempat kat atas nih, din telah membuat bermacam-macam onar

lalu kat kawasan pioneer sp bakau tu....masa tu air surut...maka datang seekor burung botak nak cari makan lah agaknya

din : *Jerit sikit punya kuat kat burung botak tu* apip naik cepat basuh kaki, bulan puase ni jangan main kat luar....naik cepat

haha.....(INFO NAMA SEBENAR APIP IALAH AFIFUDDIN, DAN DIE PUNYE RAMBUT MEMANG TIPIS, PASAL TU DIE KENE GELAR BOTAK)

masa nak pergi Jeti De'Tanjung pulak burung botak tadi dah elok landing atas pokok....

din : pip cubelah nasihat kembar kau tu....puase-puase jangan main kat luar

apip dah blushing cam anak dara....

lama jugak kat jeti de'tanjung ni....ada mata angin unik




sesiapa baru clash ke, kene buang keje ke, periksa tak lulus ke, frust masalah dalaman ke....
adalah direkomenkan untuk pergi sini....

nak balik....
belum boleh balik pergi bazar lagi....
ada nak pegi muzium nanas pulak
kat sini aku belaja macam -macam lah pasal nanas....
jenis lah....cara pembiakan lah.....kandunganlah.....
sejarah penanaman nanas dimalaysia......dibawa dari brazil keh.....same cam getah

lagi gambar dan cerita kat sini



chow.....


pernah nampak logo nih...

percaya tak percaya benda ni memaaang dah jadi...si lina yang poyo habisan nih memang dah buat keje ni...*muke bangga sambil tepuk dada, makan jeli kelapa*

benda nih jadi semalm...

gua dah buat dah keje nih

ari selasa. aku sepatutnya buat fiil baik kat library, tapi budak beruka si baik nih angkut semua keje yang si jahanam suruh buat....muke akukan muke tak bersalah...tapetape...yang penting aku buat...aku datang lambat memang cam otai...janji pukul 8.00, muke gua sampai 8.30...huak..huak....kan awal-awal aku cakap mals...ha...pastu pukul 10.00 aku dah cabot...*buat lagi muke tak bersalah*

cikgu sempat tanya....

"beruka*bukan dalam situasi sebenar*kan takde ape nak buat kat rumah."

huhu...memang pon, tapi ade mission uncomplished lah cikgu...so then, lipas kudung aku, dan geng budak baik cabut lari..huak---huak...

so misi uncomplished ini disertai oleh:

Beruka Fatin Ijah Fiza
keje yang aku buat eh...kami buat ialah cari tandatangan sebanyak mungkin..kat mane? alah P%^&$ Ra*$# je...tetapi sumpah kami tak ganas....kami penuh kecomelan...so hasilnya macam ni..........





aku macam perasan jadi heroin cite korea pulak...atas jejantas nih...wat...serius lah we...tak sangka pulak...parit raja punye view cam dalam cite korea....hehe...






dan siapa sangka...hari aku buat baik, telah berlaku peristiwa sadis lagi memilukan...eksiden ni betul jadi depan mata aku....eksiden ni juge dah tambahkan unsur-unsur dramatik dalam pengembaraan aku nih...banzai....terharu oi....uhuk..uhuk...

juga aku asyik tak sangka je hari ni, aku jumpe balik akak cun ni...die sebenrnya kawan aku masa kecik dulu...same-same ngaji dengan ustaz rahim....hehe...tapi....akak hazani tak kenal aku...pasal aku dah macam doraemon...


paling gua salute
die ni student kat uthm...orang kenya kot...lupe lah aku nak tanye...peh aku kena speaking beb...nasib baik tak berbelit lidah aku....papepon gua bangga dapat capture pic die....
bencinye jadi librarian....kalau boleh nak cepat-cepat habis skool

dahlah nak kene kerja bawah si jahanam...fiil pon dah macam jahanam...
semalam : 10.00 am kot

syokje aku dengar mr molor ngumpat si pemakan bab1*tak sanggup nak type betol-betil*...dia cerita pasal belajar sejarah tu penting ye....dan faham-faham jelah, bagitau aku berapa kerat je bebudak baya aku ni *yg poyo habisan moden* suke belajar sejarah....cite benda mati...orang mati...nak buat ape kan...eh..tu diorang kay, aku tak kisah belajar sejarah...coz memang aku suke belajar sejarah pon...tu cume senario sebenar kat kelas aku...*mampos aku kene tumbok ramai-ramai kalau klas tau*

tibe-tibe benda bo@#$ datang....aku tak salahkan girl tu sebab panggil aku...cume bengkek betol time dengar

girl tu : si jahanam *bukan dalam situasi sebenar*nak jumpa kat bilik guru, dengan nastasha...



PEH MEMANG ADE BALA NAK DATANG

Kalau boleh aku nak jerit kuat-kuat....boleh tak kalau tak
menyusahkan hidup orang....tanya lagi aku marah ke....siot betollah

ah....dunia aku jadi tak bes....sape yang suke nak datang skool time cuti.....bo$%#la

ya allah semoga aku cepat-cepat spm...aku teraniaya nih...dah tak tahan nak tengok muke si jahanam
coz die memang superb jahanam....jijiknye....



admit that! aku memang jeles and sedey coz aku tak dapek ikot member since in mummy's tummy bermigrasi ke boarding skool...and so aku donow lah nak cari spare diorang kat kedai mane...coz kami memang macam kool giler punye kamcing...then, yang tinggal dalam 4sn2 tu cume -read my lips- is me, juz me, and always me

pastu dah terkulat-kulat aku ice breaking

" err...saya beruka *takde dalam situasi sebenar*. awak sape name?"

ekkene...cam kindergarten jek...tapi kerana sikap kindergarten nilah, aku kenal. seperti di bawah:

Hamizah molot bising*nama glemor Izah
sedara jauh aku jugak sebenornye...dia unik sket. coz suke panggil diri sendiri 'kite'...huak..huak...comei kool habisan,,,^^. dalam geng kami, die ni cam orang yg selalu remind all da members...protective lah die ni, kata orang jawa kuno..rindulah wei...

Nadirah otak Mate
last year, die partner aku..elok-elok mate aku tu *susah nak cerita*tsk....sejak dok sebelah die, dri 7.20-1.25 kat skool, 70% masa gua abih ngadap buku mate...woh....aku buat mate...mimpi siang tak bangun-bangun kah?

Nadia si serupa aku
kenapakah? coz daddy die cam daddy i lah. britney spears kata over protected...mana pon aku nak menggerakkan diri ni, kene hantar report, lulus imigresen baru pass....and so sebab apa aku sentiasa ingat kat die....die bab ketawa, astagha...cam kude tak tahan nak buang air...*sori nadia, serius aku sayang kau*

so...kalau ade orang tanye purpose aku attend skool,

me : juz to meet those persons..

tapi tu dulu, skarang no longer with me-lah...

kalau orang tanye kenapa aku datang skool,

me : donow *buat muke senseless*

so now persoalannya, masih adakah concrete reason for me to menghadirkan diri ke skool ku ter-chenta...@#$%
~sketching yang tak berape nak jadi~


~nak solve satu soalan add maths pon nak kena khatam banyak buku~


dalam dunia nih ade tak orang yang sebosan aku...seminggu aku tak skool....h1n1 issues all da time...get bored la...is there something new to chat about...description of pic 1 is actually...aku tengah bosan sangat sampai nampak kertas conteng sebenarnya...lepas tu rasa macam nak abadikan *skemanye bahasa*atas sketch book...pasal sketch book tu pon dah lama sangat tak terusik...last terusik pon tahun lepas area bulan 7...cos lepastu dah sibuk dengan pmr...hhu...now...tak dapat ambik paper psv....argh....pelah....except for budak kemanusiaan, science stream macam aku ni kene say bye...bye... lah

this week supposely ade test, but since pasal h1n1 *perasan tak segala cerita aku tak terlepas daripada h1n1 isu*, test postpone to-date will be announced later- tahu tak masa announcement tu kelas aku tengah test hist...boleh pulak kan tetiba semua buat tumbukan udara tahap kelajuan 100km/j sambil berkate alhamdulillah....cikgu dah tak dapek nak kato apo dah...sonyap yolah...baik2 aku blur tengok paper terus dapat idea...hrmmm....mana punye makumat tuh...tau-tau tangan bawah meja makin rancak alih muka surat...hehe...jgn bagitau orang jenayah aku nih...
location~Kolam Puteri

langsung tiada DNA apes dalam DNA aku

erm...amacam gorgeus....tiru macam saya

1st time aku jumpa daun kering sebesar tu...serius

macam orang selalu katalah, jauh berjalan luas pemandangan, so aku pun menyahut idea beras bernas geng untuk attend kem kepimpinan pps nih...kali pertama tau aku pigi camping...jadi memang tahap jakun aku agak overdose...salah siapa nih...ibu mengandung...oh tidak!!!! antara aktivitinya ialah: up cyling : flying folk : high rope : junge trekking : conclusionnya....aku ni tulis karangan ke? actually pengalaman 2d1n kat gunung ledang is truly a miracle...once in a blue moon...ar ape lagi...so next time boleh lah join lagi kan...kan...kan...


(**) yolah, kaki den bongkak dua-dua ni apa cerita...


Once i had a very bri

ef, warm and tender moment with all of you. though, we're no longer close, and at a different coordinates, hey, i'm still your friend, the melalut-lalut one. hoping dat 1 day, can be together again....


miss you all

orang tua-tua kata

"dekat bau tahi, jauh bau bunga"




Powered by Blogger.