Good Time in Phuket 2 : Pulau James Bond (Pulau Paku)

/
0 Comments

Assalamualaikum :)

Sihat semua? Pagi ni saya baru je sampai dari Johor kat USM. Hari pun masih gelap sebab masih subuh. Entah kenapa saya tak boleh sambung tidur hari ni, jadi saya rasa nak sambung cerita saya kat Phuket ni. 

Hari yang sama iaitu hari kedua di Phuket, saya ke Koh Panyee pada sebelah pagi, dan dalam perjalanan pulang ke Phunga Hotel, kami pi Pulau James Bond. Kalau ikutkan sebenarnya dulu Pulau James Bond ni dipanggil Pulau Paku. Tapi selepas penggambaran filem James Bond yang ada Ibrahim Pendek tu, pulau ni dikomersialkan dengan menukar namanya. Gambar yang kat atas tu ialah gambar cebisan pulau yang menyerupai paku. Sebab tu nama pulau ni Pulau Paku. Hah macam tu lah. 

Hah baru sampai kat Pulau James Bond. 

Ramai orang yang datang ke sini, sesak lah jugak. Gerai jual cenderahati pun banyak, tapi mahal. 

Selfie lagi sekali. Tak ada orang nak ambikkan gambar. Saya sedang mendaki untuk ke jeti sebelah satu lagi. Bot tunggu kat sana. 

Tak bohong. Pemandangan daripada atas bukit sangat cantik. Subhanallah. Macam tak nak balik lah. 

Drama sebabak. Caption : Tuntutlah ilmu walau dimana anda berada

Pelajar cemerlang USM. Tenang walau dimana berada. Keep calm and Study

Bertapa di bawah gua. Menghayati keindahan alam dan menjauhi maksiat yang berleluasa. 

Memohon semoga mudah mengulangkaji pelajaran. Amin

Pun sama. Bermunajat semoga dipertemukan jodoh. cc:Helloiampika

What deh...@#$%^

The Thinker is everywhere

Anak solehah mak. 

Again! The Thinker is everywhere. 

Bye! Balik dulu. Adios

Disajikan dengan lagu-lagu Thai sehingga muak di dalam bas. 
Oh tak lupa, gadis-gadis mengancam Thai juga. 








Tengok ke? Tak baik begitu~~~*Ustaz Don

Babai. Jumpa lagi nanti. 

Bibinamet



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.