Showing posts with label Cara-cara. Show all posts
Showing posts with label Cara-cara. Show all posts
Hei Assalam. 
Baru-baru saya mencari-cari driver untuk printer klasik Canon MP145. Saya jumpa tapi ada masalah dengan driver yang saya dah install tu. 



TAK BOLEH SCAN


Ikon dalam bulatan kuning tu ialah driver yang akan bolehkan anda guna scanner. Itulah driver yang takkan anda dapat kalau anda download driver printer daripada laman-laman web selain laman web rasmi Canon. 



Interface macam yang di atas ini akan keluar setiap kali anda berniat nak guna scanner. Boleh klik Scan (butang warna Hijau) dan done! Anda dah boleh scan. 

Untuk Printer Canon, print dah tak jadi masalah sebab driver yang anda boleh dapat dekat banyak laman web tu memang ada fungsi print. Tapi, tak semua ada fungsi scan. Bukan itu sahaja, ada juga masalah lain!



JENIS OPERATING TYPE PC SAMA ADA 32-BIT ATAU 64-BIT

Masalah ini macam sama ada laptop atau PC anda guna 32-bit atau 64-bit operating type. Bunyi macam susah kan!!! Kalau anda tak faham, saya pun! Saya godek-godek sistem laptop terjumpalah bahawa yang saya punya ini 32-bit. Patut pun driver yang saya download tak boleh nak install. Sebab kebanyakannya driver untuk 64-bit. Tak faham lagi! Takpa, tak perlu faham. Terus ke penyelesaian. 



PENYELESAIAN

Oleh itu, saya sarankan download terus daripada laman web Canon. 


Apa yang bagusnya laman web rasmi ni ialah driver yang ada ialah genuine memang macam daripada CD yang anda dapat waktu beli printer Canon ni dulu. Ada driver untuk printer dan satu lagi ialah untuk fungsi-fungsi lain.  Contohnya, gambar dan scan. 

Satu lagi, ha ini yang paling penting. Daripada laman web ini, operating system laptop anda akan dikenal pasti oleh sistem Canon. Kemudian, terus driver yang sesuai untuk laptop anda akan muncul. Tekan Select dan download akan bermula. 

Untuk install, klik saja kedua-dua applications dan ikut arahan yang diberikan. Kalau tak faham juga, ada Manual sekali yang anda boleh download. Senang kan!!!

Saya punya dah hilang tak ingat taruk mana. Tu yang kena download. Ok, tak mahu taip banyak lagi.

Untuk download sila tekan SINI

Semoga berjaya!
Assalam:)
Sihat Zendagi Migzara?

Nampak tak dekat title sidebar saya tu baru dan ada gambar burung terbang?

Hah, ni saya nak bagi percuma pada anda. 

Cara nak pasang boleh rujuk pada artikel:
"Cara Pasang Sidebar"

Cara download:
Klik butang kanan pada syntap mouse pad atau mouse, klik Save image as...
Kemudian, Save di mana-mana folder PC anda

Saiz Button:
300 x 90
(boleh resize sendiri guna Photoshop atau Photoscape)






Yang ini versi boleh edit guna Photoshop atau Photoscape, guna Paint pun boleh.


SELAMAT MENCUBA.
Nanti kalau saya buat yang lain, saya kasi lagi ya.

Bibinamet
Assalam,
Sebelum ni kita selalu akan guna Picasa, Flickr atau apa-apa lagilah laman web untuk UPLOAD button Sidebar baru kita sebelum boleh guna. 

Ni, ada cara lain yang lebih mudah. 

GUNAKAN NEW POST dekat DASHBOARD blog kau-orang.

Langkah-langkah:

1) New Post


2) Upload Picture

3) 

4) Cari gambar dalam folder yang anda simpan

5) Upload (muat naik) gambar

6) Tukar kepada format HTML

7) Salin HTML dan tampal pada HTML WIDGET

8) Tampal dan Simpan pada HTML WIDGET


SIAP DAH!!

OPTIONAL

Kalau nak buat SIDEBAR baru kau-orang berada di tengah-tengah  masukkan kod




Mudah sahaja kan?

OK, Selamat mencuba

Bibinamet

Assalam..

Dah berminggu printer saya keluar notification ink absober almost full. Jadi saya pun cuba betulkan sendiri je sebab tak payah nak bayar. :)

Langkahnya mudah. Ikut saja apa yang dilakukan dalam video yang saya lampirkan kat bawah ni. Oh ya, setiap printer Canon (saya rasa printer lain pun macam tu juga) akan keluarkan kod error bila ada masalah dan kita kena faham apa maksud kod tu. Kod-kod tu macam ni:

RESET ERROR CODES CANON MP140, MP145, MP150, MP160

E2-2 = No paper (ASF)
E3-3 = Paper jam
E4 = No ink
E5-5 = The ink cartridges are not installed or a non-supported ink cartridge
is installed, or the ink cartridges are not installed properly
E8 = Waste ink absorber full, or platen waste ink absorber full *
E9 = The connected digital camera / video camera does not support Camera  
Direct Printing
E14 = The Ink cartridges whose destination are wrong
E15 = Ink cartridge is not installed E16 - Ink remaining is unknown
E16-E19 = Failed to scan head alignment sheet
E22 = Carriage error
E23 = Paper feed error
E24 = Purge unit error
E25 = ASF(cam) sensor error
E26 = Internal temperature rise error
E27 = Waste ink absorber full or platen waste ink absorber full **
E28 = Ink cartridge temperature rise error -
E29 = EEPROM error
E33 = Paper feed position error
E35 15 = USB Host VBUD overcurrent error - USB
E37 17 = Abnormal motor driver error
E40 20 = Other hardware error
E42 22 = Scanner error 
* Kod masalah saya
** Sama je sebenarnya dengan E8 cuma cara betulkan lain sikit.  
Punca masalah kod E8 dan E27 ialah ink absober macam span bentuknya dekat dalam printer kita dah penuh(soaked). Jadi sebenarnya kita nak kena basuh tapi kalau tak berapa pandai bab teknikal saya sarankan jangan buat. Nanti jadi tikus baiki labu pulak. Dah korang nak kena beli printer baru yang 'murah' sangat. Jadi baiklah buat secara atas tabir je. Asalkan masih boleh guna dan paling penting not costly. 


video untuk MP 145


Video untuk MP150 >


Saya dah cuba dah. Memang berkesan pun. Jadi selamat mencuba dan terkeluar daripada belenggu masalah printer rosak. Bibi namet------@
Powered by Blogger.