Pra-Latihan Mengajar Yang Menggetarkan Hati

/
0 Comments
Assalam. 
Hari Isnin ni, pada 1 Februari saya akan mula latihan mengajar. 
Ramai kawan-kawan satu batch kat PPIP USM mula rasa nervous la, takut la. Sebenarnya saya pun apa kurangnya. Saya pun takut! 


NO EXPERIENCE
Tak pernah lagi selama ni saya ada pengalaman mengajar depan murid sekolah. Kalau micro teaching dalam bilik tutorial dengan kawan-kawan tu selalulah. 





Sikit gambar nak kongsi dengan pembaca kawan-kawan saya kat PPIP USM. Diorang semua ni major TESOL minor multimedia interaktif macam saya. Grup atas ni, orang panggil, Macaroons. Sebab semuanya comel-comel. 

Tak apa, pengalaman kena cari. Pengalaman tak datang dengan sendiri. 


PERSEDIAAN 
Oleh sebab nak mula hidup dalam persekitaran baru, maka saya pun perlu siapkan diri untuk hidup dalam persekitaran baru itu. Betul tak? Logik kan? Jadi, perkara pertama saya buat dengan kawan-kawan ialah :

Lawat Sekolah

Macam yang awak boleh baca, inilah dia sekolah yang akan saya mulakan hidup baru saya nanti. Sekolah ni lebih kurang 5 minit je dari USM kalau lalu pintu Bukit Gambir. Satu jalan nak ke Green Lane. Nama sekolah: SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad. 
Sebenarnya sampai saat ni pun, saya masih belum hafal sepenuhnya nama sekolah ni. Tapi, in shaa Allah akan hafal Isnin ni. Dengan lagu sekolah sekali saya hafal!

Buku Rancangan Pengajaran

Gambar ini diambil berhadapan taman di Pusat Pengajian kami. PPIP. Oh, cepat masa berlalu. Kami dah mula pakai handbag!


Inilah bukunya. RM 25. Apalah yang saya nak tulis dalam buku ni nanti ya?

Tanda Nama

Saya tak pernah ada nama yang rasmi macam ni. Sebab dulu zaman sekolah pakai yang lekat kat baju, lepas tu zaman matrik pakai kad matrik, zaman uni, tak pernah pakai! 

Inspirasi

Ini senior saya yang baru grad November tahun lepas. Tahniah pada anak saudara saya yang lebih tua daripada saya atas graduasinya! Ada lagi beberapa senior yang saya tak dapat pun gambarnya. Penat posing. Salah satu cara nak cari inspirasi ialah dengan tengok senior-senior kita grad. Tapi, bagi saya cara ni tak begitu kuat untuk buat saya betul-betul teruja nak buat yang terbaik waktu Latihan Mengajar (LM). 

Jadi, apa saya buat? 
Saya ikut kata mak saya!

Tengok MOVIE!
Di bawah ni ialah beberapa movie yang pernah saya tengok dan memang memberi inspirasi pada saya untuk jadi guru yang berjaya sentuh HATI pelajarnya. 







Ada seorang cikgu saya kat sekolah dulu kata, 
"Mengajar bukan tentang berapa banyak ILMU yang kita ada berbanding anak didik kita, tetapi sejauh mana kita KENAL anak didik kita."

Selamat maju jaya kawan-kawan. Selamat maju jaya kepada saya!

Ich bin Super!
Das ist muglich!



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.