Donwload Driver Printer Canon MP145 Terus Daripada Laman Web Canon

/
0 Comments
Hei Assalam. 
Baru-baru saya mencari-cari driver untuk printer klasik Canon MP145. Saya jumpa tapi ada masalah dengan driver yang saya dah install tu. 



TAK BOLEH SCAN


Ikon dalam bulatan kuning tu ialah driver yang akan bolehkan anda guna scanner. Itulah driver yang takkan anda dapat kalau anda download driver printer daripada laman-laman web selain laman web rasmi Canon. 



Interface macam yang di atas ini akan keluar setiap kali anda berniat nak guna scanner. Boleh klik Scan (butang warna Hijau) dan done! Anda dah boleh scan. 

Untuk Printer Canon, print dah tak jadi masalah sebab driver yang anda boleh dapat dekat banyak laman web tu memang ada fungsi print. Tapi, tak semua ada fungsi scan. Bukan itu sahaja, ada juga masalah lain!



JENIS OPERATING TYPE PC SAMA ADA 32-BIT ATAU 64-BIT

Masalah ini macam sama ada laptop atau PC anda guna 32-bit atau 64-bit operating type. Bunyi macam susah kan!!! Kalau anda tak faham, saya pun! Saya godek-godek sistem laptop terjumpalah bahawa yang saya punya ini 32-bit. Patut pun driver yang saya download tak boleh nak install. Sebab kebanyakannya driver untuk 64-bit. Tak faham lagi! Takpa, tak perlu faham. Terus ke penyelesaian. 



PENYELESAIAN

Oleh itu, saya sarankan download terus daripada laman web Canon. 


Apa yang bagusnya laman web rasmi ni ialah driver yang ada ialah genuine memang macam daripada CD yang anda dapat waktu beli printer Canon ni dulu. Ada driver untuk printer dan satu lagi ialah untuk fungsi-fungsi lain.  Contohnya, gambar dan scan. 

Satu lagi, ha ini yang paling penting. Daripada laman web ini, operating system laptop anda akan dikenal pasti oleh sistem Canon. Kemudian, terus driver yang sesuai untuk laptop anda akan muncul. Tekan Select dan download akan bermula. 

Untuk install, klik saja kedua-dua applications dan ikut arahan yang diberikan. Kalau tak faham juga, ada Manual sekali yang anda boleh download. Senang kan!!!

Saya punya dah hilang tak ingat taruk mana. Tu yang kena download. Ok, tak mahu taip banyak lagi.

Untuk download sila tekan SINI

Semoga berjaya!


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.