Majlis Konvokesyen kali ke-48 Universiti Sains Malaysia (WARNA KALUNG)

/
0 Comments
Assalam. 
Minggu ni dah mula minggu konvokesyen dekat USM. Waktu nilah waktu yang sangat dinanti-nanti pelajar (rasanyalah) sebab akan ada begitu banyaknya gerai kiri kanan seluas-luasnya. 

Bagi saya pula, Convex di USM sangat seronok sebab saya boleh beli baju dan tudung lawa-lawa. Hihi. Dan juga, saya tak payah risaulah nak makan apa waktu malam, pasal boleh je beli siap-siap dekat pesta. Dekat pesta jugak ada jual macam-macam jenis makanan dari selatan tanah air sampailah ke utara. Inilah waktunya saya nak cari soto, sup utara. 

Kali ni, sidang ni, saya ada satu lagi sebab yang buat majlis konvo USM kali ni begitu menarik dan bermakna. Saya ada senior2 yang akan konvo, jadi adalah sebab nak beli bunga, bear, coklat dan apa-apa lagilah. Mesti seronok tegok diorang dengan jubah tu. Oh ya, tadi, saya pergi tolong senior kak adek pergi ambil jubah konvo dia. Apalagi, melaramlah dengan jubah yang bukan hak milik kita tu. 

nanti warna kalung saya warna putih. 

Ini pula kod warna kalung untuk siswazah sarjana muda USM. 


Ok bye. Bibinamet -----@




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.