PRO BONO di Malaysia: ada dan tiada?

/
2 Comments


beberapa minggu lepas, dalam perjalanan nak berpeleseran kat BP mall, Yayah ada cerita pasal seorang prof kat poli dia.

nama dia aku sudah tidak ingat pulak. tapi yayah ada cerita prof tu muda lagi. dalam 30-an.

lakon semula:
kereta meluncur laju di lorong kiri. masing-masing menghayati bait-bait lirik maherzain : insyaallah. tiba-tiba yayah memecah kesunyian. "eh kau tau tak kat poli aku ade prof, baik gila la...ko tau mak dia pernah pinjam duit kat along. lepastu dia dah kerja dia yang setel semua hutang mak dia. tak baik pulak la...". yayah berjaya memancing minat aku. yayah menyambung, "kitorang suka gila lah dengan dia...hari tu yang masa gempa bumi kat padang tu, dia sangguplah tidur kat airport semata-mata nak dapat flight pergi padang. nak ambik anak angkat.". shira menyampuk, "dah kahwin ke dia?", lagu for the rest of my life memenuhi ruang. "bujang!!! kahwin mende. tapi anak angkat dah tiga.", yayah penuh emosi. aku buat muka tidak percaya.
"banyak duit dia.", aku menyampuk pula. "itulah pasal. prof, tau jelah. kau tahu dia cakap ape, dia cakap biarlah duit saya habis, janji saya puas hati.". dan kemudian, perbualan kami terus bersambung dengan sesi puji memuji prof yayah tadi.

********
dan sekarang ini aku terfikir meemangggg bertapa noble nye perangai prof si yayah tu. ingat senang ke nak tengok orang malaysia muda remaja macam tu, nak buat kerja-kerja kebajikan. faizal tahir yang buat aksi terlampau sudah tu pon dulu cuma kena gantung penyertaan ajl . mana ade kene buat kerja kemasyarakatan macam kat hollywood. illek ma.....

prof, doc, insinyur, peguam, dan yang sewaktu dengannya .....*mereka badan profesional kan*
tapi senang ke nak tengok ade peguam yang akan handle kes kita tanpa bayaran. tak ada istilah for the public good ke kat malaysia ni?

doc? banyak juga. pasal aku selalu dengar doktor buat amal ikut mercy mas ke negara-negara bergolak_timur tengah.

aku rasa tiba-tiba ingin bertanya diri sendri. sanggup ke aku dengan pro bono? sebanyak mana kah masa aku yg tinggal untuk berbakti kepada insan lain apabila sudah melangkau alam pekerjaan. tepuk dada tanya selera. walaupun untuk sekurang-kurangnya 50 jam yang aba kat us peruntukkan untuk badan pro kat sana untuk aktiviti pro bono.

*sigh*


bila dah bekerja nanti, *kalau berezeki nak keje badan profesional*, memang kita akan rasa masa kita ni macam tak cukup 24 jam Allah bagi. macam pensyarah yang menghantar 4 org anak dia kat rumah mak ciki aku untuk perkhidmatan babby sitting tu. kadang makcik aku pun merungut, dekat maghrib dah tak juga menjenguk anak.

bayangkan!!!!!!! ton , load, of work 2 do lah....kan.....
sempatkah????

*jadi sesiapa shaja RAKYAT MALAYSIA yang ada masa dan kesanggupan untuk ber pro bono ni, disamping tanpa arahan peruntukkan oleh kerajaan untuk berkerja amal, dan dengan corak keluarga yang jauh berbeza berbanding pasangan berkahwin barat *aku maksudkan dengan jumlah anak-anak*, AKU SALUTE!!!!!

jom berdoa semoga kita pon sama-sama diberikan kesempatan olehNYA untuk berbakti pada insan lain. walaupun kita hidup aman damai, kadang-kadang kita rasakan ada yang kosong dalam jiwa kita. ye, perut mmang kenyang, tapi jiwa kita ni berlapar dan kebulur dengan nilai kerohanian dan kemurnian. padamasa tu, ingatlah dah sampai masanya kita feed the soul yang dah kontang tu.

tamat__#




You may also like

2 comments:

  1. Semoga kita dilimpahi rezeki dan hati yang pemurah. Selalu ada niat nak bantu, tapi masih ada kekangan kewangan. Atau hanya alasan?

    ReplyDelete
  2. amin yati...kita semua pon lahir ke dunia dengan hati yang baik...cuma tercemar dengan dunia sekeliling

    ReplyDelete

Powered by Blogger.