Ku Jejak Bumi Aussie Bhg 2 (Masjid Hepburn)

/
0 Comments


Assalam...



Sekarang ni minggu study week. Jadi saya balik kampung di Johor seminggu. Minggu depan dah mula peperiksaan akhir semester 2. Haritu, saya dah update pengalaman saya di Perth tapi itu cuma sebahagian, dalam 1/8 saja rasanya. ^_^

Coursemate saya di PPIP, kak Ikha kata nak tahu bahagian 2. Masa tu saya sibuk sangat dengan drama. Tapi, saya janji dengan diri saya balik rumah nanti saya sambung lagi. Pengalaman kan kena dikongsi. 

Sebenarnya agak banyak tempat yang saya pergi masa di Perth. Malah ada tempat yang saya tak sempat nak ambil gambar pun. Oleh itu, saya akan post pengalaman saya berdasarkan tempat-tempat yang saya lawati. Jadi, mudahlah. 

Untuk hari ni, saya post cerita saya di Masjid Al-Majid, Hepburn. Kata orang, picture tells story best, jadi saya upload banyak gambar hari ni. Biar gambar yang bercerita. ^_^

Sebelum masuk masjid ada taman bunga yang cantik. Kebanyakannya bunga ros. 
Dihapan pintu gerbang masjid. Ada Ron Ng artis korea dalam gambar. 
Pintu Gerbang Masjid Al Majid
Antara rumah yang dibina di kawasan Hepburn
Pokok ni saya tak tahu namanya, tapi saya rasa cantik. Cantik tak?
Kawan saya, Afiq (pemantun desa kami) dihadapan pintu masuk masjid
Yang dalam gambar tu kawan saya Darren Koay
Lepas tu, saya ronda kawasan sekeliling. Belakang saya tu macam lereng bukit lah lebih kurang. Yang disebelah kanan itu kak adik.
Inilah kawasan hadapan masjid yang berada di luar pagar. Macam lereng bukit lebih kurang.
Afiqa Yusof hilang ke mana entah. Kami bertiga jelah ambil gambar. 
Dekya selft-potrait session, say /i:/ . Sanggup dia blocking muka saya. Such an almighty cap. 
Zul baru selesai berhempas pulas pasang banting. Kasihan dia.
Saya jumpa Raja Azmi
Lontong paling mahal saya pernah makan. AUD 5 = RM 15.32  0..o''
Mee Singapore paling mahal Dekya pernah makan. AUD 3 = RM 9.32  =..=''


**************************************************************************

Sebelum saya sampai masjid, saya tertanya-tanya macam manalah penduduk Melayu kat sini. Apa yang mereka pakai. Muka diorang macam matsaleh ke. Diorang cakap Inggeris semata-mata je ke atau cakap Melayu slanga matsaleh. Tinggi manalah diorang tu. Macam mana pulak sistem kekeluargaan mereka. Jawapannya, SAMA SAHAJA dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Cuma, anak mereka yang kecil-kecil tu tak berapa fasih berbahasa Melayu sebab sejak masuk sekolah, berkawan dengan anak matsaleh dan mereka guna bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. Jadi, budak-budak tu rasa rendah diri nak cakap dalam bahasa Melayu. Terbalik dengan budak-budak Melayu kat Malaysia yang takut nak cakap dalam BI. Tapi, anak-anak kecil tu masih faham lagi bahasa Melayu. Apabila kita tanya apa-apa dalam bahasa Melayu, dia akan jawab dalam bahasa Inggeris. 


Salah sebuah keluarga besar Melayu Perth. Saya tak ingat la nama akak ni. Tapi nama anak dia saya ingat.

Dekya bersama Aqila ^_^
Talhah! Tengok ape tu??
Adik ni kate umur dia /Tujhuh tahuun/ slanga matsaleh
Ini Syafiq. Dia ada seorang adik lelaki jugak nama Dean.
Mereka pun macam kita jugak. Ada bukak bazar dan gerai macam kat pasar malam tu  berniaga makanan Malaysia.

************************************************************************************
Bila kami datang sini, kami bawak aktiviti bermain permainan tradisional Melayu. Antaranya:
  1. Congkak
  2. Sepak Raga
  3. Kukur Kelapa
CONGKAK

Saya main dengan dekya. ^_^
Perlawanan persahabatan. Kak Syaf(kiri) dan Kak Yani(kanan)
Perlawanan berlangsung. Ramai orang melayu Perth yang tahu main congkak. Congkak tu pun diorang yang bawak dari rumah. ^_^
Abang V berlawan dengan acik yang duduk dekat Perth. Hebat main makcik ni. 
Halifi dengan adiknya tengah main congkak. Diorang ni cakap bahasa Inggeris. 
    SEPAK RAGA

    Masa ni masih USM dengan SK Kampung Jambu yang main
    Mereka berdua tu tak pandai pun main. =..=
    Tak lama lepas tu, pelajar-pelajar Malaysia pun ikut main. Rata-rata diorang ni belajar di Curtin University. Ada juga yang di University of Western Australia (UWA). Mereka ni dah tahun akhir saja teringin jumpa nak berkumpul dengan orang senegara.
    Main sama-sama akhirnya.
    Yang sebalah kanan tu budak-budak perempuan tengah main congkak. Yang lelaki pulak main sepak raga. Bersebelahan je.
    Penonton pulak duduk dekat tangga masjid. Hehe
    Masa diorang tengah main sepak raga tu, saya terserempak dengan seseorang yang saya pernah tengok dalam Youtube. Kalau perasan, yang berbaju Hardrock Cafe tu ada dalam video Matluthfi : Rokok dan Kopiah dengan Om Nom Nom.
    Nama abang ni Syafiq. Dia kata dia belajar geologi kalau tak silap saya.
    KUKUR KELAPA

    Tengok macam tak tajam tapi percayalah memang tajam. Saya dah cuba. 
    Acik ni orang Singapura sebenarnya. Tak sangka dia masih ingat cara nak kukur kelapa.
    Nenek yang berbaju hijau tu dah 40 tahun duduk Australia. Dia kahwin dengan matsaleh masa zaman perang. Percaya tak dia tak tahu pun cakap bahasa Inggeris.
    Mereka tengah bertanding siapa parut paling banyak.
    Yang sebelah kanan sekali pakai selendang tu Datin. Kat Perth ni dia ada perniagaan berlian. Hebat tak.
    Abang Syafiq pun cuba kukur kelapa.
    Encik Syah(bertopi Biru) menunjukkan bakat dia. Encik Syah ialah koordinator kami kat sini.
    Kat rumah saya cuma pernah parut kelapa tak sampai 10 biji pun, itupun pakai mesin. Kat sini saya pakai kukur kelapa.
    Hasil kerja saya. !!

    Sampai sini dulu buat hari ni. InsyaAllah saya akan sambung lagi di bahagian 3 dengan tempat yang baru. Bibi namet. 






    You may also like

    No comments:

    Powered by Blogger.