The Titanic And It's Relation With Atheism

/
0 Comments
Assalam 
Saudara saudari, putera puteri Islam yang disayangi Allah dan Rasul. (Seperti kata-kata yang kerap keluar daripada bibir Bro Kamaruddin)
Sihat semua. Kalau sihat, cakap sikit Alhamdulillah. 

Baru tadi, saya pergi ke satu kelas yang membincangkan tentang The God And His Existence. 
Satu analogi yang menariknya ialah Titanic. Jadi untuk bagi mesej itu sampai kepada kami, Bro Kamaruddin telah mainkan satu video yang bertajuk :Titanic, If She Didn't Break Into Two

Sebelum Bro Kamaruddin mainkan video tu, Bro ada cerita sedikit latar belakang tentang pencipta kapal Titanic iaitu sejumlah lebih kurang 5000 JURUTERA bernaung di bawah syarikat WHITE STAR LINE. Selepas kapal tersebut siap dan sedia berlayar, pencipta kapal itu berkata "Even the GOD can't break her.". Tujuannya pastilah nak menunjuk kepada wartawan, dan dunia bahawa mereka waktu itu, Titanic itu kebal, hebat. 

Lagi, Bro juga ada bercerita bahawa ramai penumpang dalam kapal itu telah melupakan Tuhan masing-masing. Yahudi melupakan Genesisnya, Kristian meninggalkan Biblenya, dan mereka berhibur di dalam kapal itu selama 3 hari 3 malam sebelum TUHAN yang mereka kata TIADA itu menunjukkan kepada mereka, "I AM HERE."

Lalu, dengan kuasa Allah, kapal itu melanggar bongkah ais besar, berkali-kali ganda besar saiznya berbanding diri si Titanic itu tadi, dan sudah pasti saja, PENUMPANG-PENUMPANGNYA. Akibat daripada pelanggaran itulah, kapal itu hilang kestabilan dan pecah menjadi dua. Kemudian, melihat dari jauh ialah sekumpulan wanita dan kanak-kanak serta kelasi kapal yang sudah dipindahkan, kapal itu disedut ke dalam bumi sekelip mata. Tiba-tiba terjentik di dalam hati seorang wanita tentang kewujudan dan kekuasaan TUHAN yang didustakannya. Lancar bibirnya berkata "GOD ALMIGHTY."

Jadi, bagaimana? Benarkah Tuhan itu tiada. Benarkah kapal itu boleh tenggelam dengan sendirinya? Bagaimana pula begitu tragis dan begitu berkait kisah bongkak si pencipta Titanic terhadap Tuhan, lantas membawa ciptaannya itu kepada kebinasaan oleh SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG, ALLAH?

Jawapan itu dalam hati kamu. Tanyakan kepada sanubari kamu itu. Sanubari yang Allah ciptakan asalnya cantik dan bersih. Tanyakan padanya. Dia pasti tahu.

Sampai di sini dahulu. Jumpa lagi Insha Allah. Bibinamet. 
p/s: Kalau ada salah di mana-mana tolong beritahu ya kawan-kawan.


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.