Apabila Hati Kita Cemburu Dengan Orang Lain ;(

/
0 Comments
Assalam...
Dah tiga minggu saya mula semester baru, semangat baru dan BILIK BARU. 
Ya, saya tahu memang tak ada kaitan. 

Saya ni pelajar TESOL sebenarnya tapi saya mengaku, banyak kekurangan saya untuk jadi Fluent English Practitioner. Saya pun yakin ramai orang yang macam saya kat luar sana. (Jangan tipu, dosa). Tak salah kita berterus-terang dengan diri kita, 

"Yeah, aku tahu aku ni cakap tak macam air macam kau. Nak construct ayat pun ah oh ah oh."
Bila pensyarah tanya pendapat dalam kuliah, semua pun duk pakat diam, tengok kiri tengok kanan. SAYA PUN GITU HOH. 

cc: Google

Tapi tetiba, dalam kelas tu ada seseorang yang berani bersuara dan sudah pastilah menarik perhatian pensyarah yang menunggu kat depan tu. Ah sudah, masa tu lah, hati tak berapa nak sedap, mak aih. Tercium-cium haruman cemburu di mana-mana. Pernah tak pernah tak?

cc : Google

Jadi, persoalannya, kenapa nak cemburu? Semalam saya pi kelas Komunikasi Guru, saya pun teringat pensyarah saya kata : sebelum nak kukuhkan kemahiran interpesonal dengan orang lain, kukuhkan dulu intrapersonal dengan diri sendiri. 

Bila kita percaya dengan diri kita, orang lain pun akan ikut dan percaya dengan kita. Malam semalam pun, saya ada buat interviu untuk mencari exco baru Desa saya. Ada yang bercakap tu santai dan ada juga yang terkelu, terdiam. Saya pun jadi teringat, gitu lah agaknya waktu orang interviu saya. Akhirnya, saya buat kesimpulan, 

" Jadilah diri sendiri, dan orang akan rasa senang dengan kita"

Kalau tak suka, kata tak suka. Kita sentiasa pilihan untuk diri sendiri. 


Bibinamet ----@







You may also like

Powered by Blogger.