Why Write A Diary ?

/
0 Comments
Assalamualaikum Zendagi Migzara
Aku menulis lagi padamu
Aku tak boleh menunggu lama lagi
Cerita ini mesti aku khabarkan padamu
Hari ini aku...

Selalu tulis macam tu pada diari dulu? Pada sesiapa yang suka dan pernah menulis diarilah. Awak, awak, dan awak tulis diari? Saya tulis. Saya suka menulis catatan harian saya. Sama macam Jihan dalam Dear Yayah yang suka bercerita lewat buku diari rahsia. 

Tahu tak kenapa kita menulis diari? Kenapa pula kita mesti tulis diari? 

Saya menulis kerana saya suka. Tetapi, jujur saya bukan menulis kisah hidup saya setiap hari. Buktinya update post dalam Zendagi Migzara ini bukan harian. 

Saya menulis apabila saya rasa ada ayat-ayat dan kata-kata yang saya dapat sendiri daripada ilham yang Allah beri. Saya akan menulis apabila saya rasa ada peristiwa penting yang saya taknak lupakan perasaan tu dan saya nak recall balik suatu hari nanti. Saya akan buat diari saya sendiri. Tak semestinya diari yang jual kat kedai tu. Tak ada sentimental value pada saya. Waktu kecik dulu, saya pernah beli buku diari yang ada kod rahsia tu. Sebabnya semua catatan saya pasal boifren saya waktu tu. (Darjah 4-6). Tu zaman remaja saya. Zaman jahil dan penuh khilaf. Tapi saya tak menyesal pun. Sekurang-kurangnya saya pernah ada pengalaman cinta monyet tu. ;)

Kalau saya marahkan seseorang dan saya tak dapat marah dia depan-depan, saya akan marah dia dalam diari. Saya tak pandai nak marah orang depan-depan. Sebab saya tak suka kalau orang marah saya macam tu. Apa-apa yang kita tak suka orang buat kita, jangan buat pada orang lain. Pernah sekali saya marah sangat dengan cikgu saya. Waktu tu saya tingkatan 4. Sebab apa, biarlah jadi rahsia saya dan diari tu. Cuma masa tu saya tak boleh terima perbuatan dia yang bergurau kasar dengan saya. Saya tak boleh terima.

Saya baru mula cuti pertengahan semester. Sebulan. Sampai bulan Februari. Haritu, waktu saya tengah kemas bilik, saya terjumpa diari lama saya. Saya suka simpan barang-barang yang saya rasa penting dalam sejarah hidup saya. Macam kad raya, sampul duit raya, stiker, surat, gelang, rantai, key-chain, poster, gambar, dan macam-macam lagi lah. 

Jadi, saya pun letak diari tu atas meja. Bila saya dah siap kemas, dah mandi, dah segar, saya belek balik diari tu. Dah kuning dah kertasnya. Tu diari waktu saya sekolah menengah atas, tingkatan empat dengan lima. Dulu saya buat buku tu daripada buku sains yang tak habis guna masa tingkatan tiga. balut pakai surat khabar, buat kolaj ikut suka hati dan senyum bangga. Saya dah tak ingat pun apa yang saya tulis dalam tu. Hati ni pun jadi tertarik nak baca balik. Dan akhirnya saya terduduk sampai dekat 1 jam setengah bersandar kat katil atas lantai. Bila saya baca balik, semua cerita pasal zaman kena tinggal dengan kawan-kawan waktu diorang sambung studi kat asrama, lepastu pasal cinta zaman remaja, (to be exact unrequited love).  Sedih kan. Tapi, saya bersyukur saya tulis peristiwa-peristiwa tu. Sebab hari ni, kalau waktu saya tulis tu, dalam lima tahun kemudian, saya dapat gelak, berkerut, segan, dan menangis semula bila saya kenang balik cerita lama tu. Saya dapat ingat stail penulisan saya waktu tu maca mana, tulisan saya, pemikiran saya, minat saya. Semuanya bermain balik dalam otak ni. Macam perakam. Tabiat saya waktu tu, saya suka tulis puisi atau tulis lirik lagu dengan lukisan lepas saya tulis satu-satu cerita. Tak sangka, waktu tu saya boleh menulis sebaik tu. (hihi). 

Bila sampai bahagian kenangan cinta monyet zaman sekolah rendah (sorang-je-saya-pencinta-yang-setia), saya menangis balik. saya baca balik mimpi-mimpi lama saya. 

Sebenarnya bila saya capai satu tahap dalam kehidupan saya, saya beli satu buku baru dan menulis. 

SEKOLAH--> MATRIKULASI--> UNIVERSITI

Setakat ni, ada tiga lah yang paling saya ingat. Yang tak terbilang waktu sekolah rendah tu jangan cerita lah. 

Dan saya rasa, tak perlulah ada diskriminasi jantina dalam hal menulis diari. Saya tak setuju hanya perempuan yang menulis diari. Saya hormat pada lelaki yang menulis diari. Diari tu salah satu barang yang jadi sebahagian daripada diri kita. Kita menjadi diri kita waktu bersama diari.Total. Dan sekaligus akan buat komunikasi kita dengan diri kita lebih akrab. Kita lebih akrab dengan diri kita sebab kita kenal dia. Sebelum kita nak bina hubungan baik dengan orang lain, bina dulu dengan diri kita sendiri. Itu yang saya percaya. Orang lain, terpulang. 

Sekian dahulu daripada saya kali ni. Ada umur panjang kita jumpa lagi. 

Bibinamet ----@



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.