Catatan Bulan April

/
0 Comments
Assalam Zendagi Migzara
Kita jumpa lagi.
Bagaimanakah kamu?
Sihat?

Nah ini ros tanpa warna buat kamu.
-----@

Banyak perkara telah berlaku April ini. 
Buat saya lelah dan sedih dan gembira dan kemudian lelah semula

Baiklah akan saya ceritakan kisah April saya ini. 

Green Screen Studio Visits

Saya dan kawan-kawan TESOL untuk semester ini mengambil subjek Multimedia untuk Video dan Audio. Sebelum ni saya dah siap buat projek Personality Interview dengan Ava Vaziri. Seronoklah berlakon jadi Adibah Noor dan Anas Abdul Aziz. Belajar macam-macam helah (tricks) dalam teknologi ni buat saya rasa one step ahead dah daripada orang lain. Haha. 

Jadi, yang di atas tu kawan saya (Ibu Comel Beranak Tiga) yang kebetulan pakai cardigan warna green screen. Kami semua pun buatlah eksperimen dengan dia. Hasilnya tengok balik okay, dia dah jadi halimunan. Secara spontan, tertangkap gambar "Hantu Penanggal" ni dan simpan jadi koleksi. As for today jadi tatapan Zendagi Migzara. Tsk...tsk..




WanIja Tie The Knot

Bertarikh 5 April sebelum cuti pertengahan semester seminggu, saya pergi majlis nikah dan kahwin Abang Wan dan Kak Ija kat Ipoh. Kak Ija belajar Ilmu Pendidikan (senior satu pusat pengajian) di tahun 3 dan Abang Wan pelajar Ekonomi tahun 2. Hari tu, kami naik kereta ramai-ramai dalam 4 kereta kalau tak silap saya. Dapat lalu jambatan kedua. Yeah. =..=. Sampai sana awal betul macam kami pulak yang nak nikah sebab majlis pukul 10.30 pukul 9.45 dah sampai. Kalau pergi kelas pun macam ni lah....pasti TOP STUDENT. What is so special tentang majlis Kak Ija dengan Abang Wan ni ialah, majlis ini merupakan majlis kenduri kahwin paling ringkas saya pernah pergi. Tak adalah bising-bising dalam rumah, sesak dengan orang, rumah bersepah, adik beradik ada yang nak masam muka lah pasal tak setuju pasal sesuatu, tak ada karaoke lagu entah apa-apa yang bingit. Semuanya sangat lancar dan mudah. Semacam penuh barakahlah. Dan kami (Keluarga Mental Breakdown) ni dah beli satu hadiah yang paling nakallah kitorang rasa. =..=. Tak boleh lah nak post gambar kat sini Zendagi Migzara. Private matter. Beberapa lagi gambar di bawah.

Pengantin perempuan


Bergambar satu keluarga

Mak kata bulat-bulat semuanya




Scouts Camping Manikayu 3(A)

Selain keluarga Mental Breakdown, saya pun ada keluarga dalam Kelanasiswa (pengakap). Keluarga Krew 1. Yang di atas ni gambar keluarga kami sedang buat Projek Perintis : Menara Tinjau. Yang posing tu Abang Long. Yang tengah mengikat pulak Abang Ngah yang baru balik dari Mesir. Hihi. Saya balik awal 2 hari daripada orang lain pasal kena pergi kem ni lah. Hari Jumaat malam dah sedih-sedih kat Stesyen Bas Batu Pahat nak kena balik Pulau Pinang. Ah sumpah tak ingin ku ingat kembali. 

Tong sampah yang saya dan dekya buat. 

Our camping site. And stock of bamboos too. 

Mak dan kakak-kakak yangs sedang buat ampaian

Abang Long dan Abang Ngah  bertugas potong buluh

Pemeriksaan pagi

Lauk untuk hari itu



Kelas Animasi 2D

Kelas Mr. Chou yang layan kitorang macam budak-budak. Haha. Sesiapa yang dapat buat animasi sama macam dia buat, dapat Mamee. Semester ni, saya banyak buat kerja-kerja multimedia. Poster, animasi, audio, video. Nanti kalau projek animasi saya dah siap saya tunjuk lagi. Ni saya nak tunjuk poster pertama yang saya buat untuk kelas Puan Jannah. Guna photoshop. 

 
Mesti kena guna tarikh lahir



Rakan Muda Wawasan Desa Batu Maung

Baru saja semalam berlangsung. Saya pergi lambat sikit sebab terlambat bangun. Sleeping Beauty. Dah lama jugalah saya tak pergi program dengan Rakan Muda. Semalam saya terjumpa seseorang yang sama macam Ananda yang saya terjumpa kat Thailand, tahun lepas. Kali ni namanya Zaihan. Mirip nama kawan saya masa tingkatan lima dahulu. Seorang yang sudah kehilangan bapa dan sedikit tomboy. Mungkin sebab dia nak tutup rasa sedih sebab bapak dia. Satu perkara yang saya tahu dan nampak apabila pergi program macam ni, saya kena bantu naikkan semangat pelajar-pelajar kat sini. Satu hari nanti, realiti hari semalam tu akan jadi realiti hari esok. 

Sampai sini dahululah catatan April saya bersama Zendagi Migzara untuk hari ini. Macam sudah tiada apa yang hendak diceritakan lagi. 

Bibinamet. Jumpa lagi

-----@



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.