Through My Window

/
0 Comments
This is a BM entry. Because I think I can think better in Bahasa now.
So, the entry starts now.

Sebelum tu, baca dulu lirik Through My Window daripada Bunkface ni.

Don't want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone
In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing
Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view


We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Thought that I could do it without you
Can't exist like this anymore


Lagu Bunkface ni dah bertahun dah saya tak dengar. Tak ingat langsung ada lagu yang liriknya indah macam ni. Ok lah. Saya sebenarnya belum boleh move on lagi daripada peristiwa kena tinggalkan Indonesia, atau lebih tepat lagi Banyuwangi.

Saya nak cerita sikit. Saya pun tak pasti kenapa tajuk entri saya ni Through My Window. Cuma, tiba-tiba saya teringat tempat duduk saya kat SMAGI selama 2 bulan saya magang kat sana. Tempat saya tu saya bet tempat orang, tapi oleh sebab kami bertiga tak ada tempat nak duduk (actually, Hannah ada tempat nak duduk yang dekat dengan Guru Pamong dia, tapi dia yang nak menyempit dengan kitorang) , Kepala Sekolah suruh kami duduk situ.

Saya mula hari-hari saya setiap pagi daripada tingkap tempat duduk saya. Depan tingkap tu ada kolam ikan. Ikan yang akan ikut mana kita pergi bila dia perasan ada manusia yang tengah tengok dia. Kalau saya bosan saya pergi kolam tu, saja nak menyakat ikan. Acah-acah dia nak bagi makan.

Lepastu, daripada tingkap tu saya akan nampak murid-murid SMAGI mula datang sekolah. Hari Isnin dengan Selasa baju putih abu-abu. Hari rabu dengan Khamis baju batik Kuning atau Hijau. Hari Jumaat dengan Sabtu baju seragam Pramuka (Pengakap/ scouts). Ada yang pakai tudung, ada yang free hair. Ada rambut panjang, pendek, botak. Macam-macam. Saya nampak juga Bapak Guru dengan Ibu Guru lalu lalang depan saya nak kejar jam pertama mengajar, jam 6.15 am. Apa lagi?

Ah, tukang kebun. Tukang kebun tu seorang je. Lelaki. Hari-hari saya nampak. Kadang-kadang tu tegur, kadang-kadang lalu buat tak tahu. Pertama kali saya jumpa dia kat Kem Pramuka Gred X kat satu daerah nama Licin. Kawasan yang sejuk sangat waktu malam ke pagi (subuh) tapi panas terik mula jam 9 sampai pukul 2 atau 3 petang. Pakcik tu mula tegur kitorang bertiga lepas berkenalan kat Licin. Nanti lain entri saya cerita pasal Licin pula.

Sebenarnya, saya baru perasan. Setelah balik semula ke tanah tumpah darahku di negeri Harimau Selatan ni, baru saya tahu, saya rindukan view daripada tingkap ni. Ya, through this window, I see life. Life of many people. Daripada permulaan hari datang sekolah dan lepastu jam 3 petang lalu lagi untuk tinggalkan sekolah. Ada yang gembira waktu pergi sekolah balik sekolah dah lembik, ada yang sebaliknya, ada juga yang sama je. Sama macam saya. Datang dulu 30 Mac ke SMAGI, fikiran lapang, kosong, tanpa perasaan. Tapi bila 27 Mei datang, saya perasan hati saya dah sarat dengan kenangan. Fikiran saya sarat dengan logik-logik patutkah aku nangis. Boleh ke aku move on?

Semuanya bermula daripada window ni. Window ni sacred bagi saya. Banyak kenangan saya dengan SMAGI sepanjang 2 bulan duduk kat tempat orang. Betullah kata orang, kau tak kenal kau tak cinta. Bila kau dah duduk lama dekat situ, kau kenal dengan orang-orangnya, kau jadi tak sampai hati tinggalkan semua tu. Tak kisahlah orang-orang tu menghargai kau sama macam kau hargai diorang. Tak kisah.


Ya, memang aku tak boleh move on.
Dan aku tak akan pernah boleh move on.



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.