adik aku tanggungjawab aku

/
2 Comments
salam ...
entri kali ini akan berkisar tentang adik adik dan keluarga. ye aku jarang sekali bercerita tentang adik-adik dan keluarga. tapi kali ini aku rasa terpanggil kerana terasa BERTANGGUNGJAWAB.

KENAPA?

pernah tak kekangkadang kita rasakan kita ni dah cukup baik dalm ahli keluarga kita. ataupun kita rasa kekwat sangat dengan adik beradik kita yang lain kerana ada sedikit kelebihan kita yang tak ada pada adik beradik kita yang lain. dalam adik beradik aku , ada warna warninya. ada perempuan dan ada lelaki. perlu aku jelaskan kat sini, hanya aku yang bergen XX tu. manakala tiga lagi adik beradik aku merupakan pemegang gen XY.

dari segi gen je dah nampak bezanya. lagilah luaran, perangainya, pakaiannya, cara cakapnya, gaya pemakanan, berjalan dan sebagainyalah. semuanya berbeza.




gambar hiasanje. tak, adik aku tak disleksia pon. memang ade penyakit malas

tadi waktu makan malam, aku lambat turun meja. bila aku sampai tinggal adik aku yang darjah 6 je kat meja makan-dia kalau makan memang lama- tengah kena bebel-bebel dengan mak aku. aku pon malas nak campur diam kan jelah. sampai tetiba mak aku cerita pasal bab dapat 5A. tetiba dia tanya aku " kak, aku jeles lah dengan kau. kau UPSR 5A, PMR 8A. macam mana nak dapat macam kau ni?" , aku gagam sikit. sikit je, masih berlagak macho. aku tenung sekilas je muka dia. macam mengharap je aku negok budak ni. aku tanya balik
"kau nak dapat 5A KE?" dia cakap cikgu dia suruh ikut jejak langkah aku.-padahal masa aku sekolah rendah dulu pun, cikgu aku buat contoh anak anak murid dia yang dah berjaya suruh kitorang ikut-.

bila aku dengar mak aku membebel, aku sayu lah pulak. rasa macam DIRI AKU NI TAK BERGUNA. mak aku bukan jenis suka membebel. beliau kalau nak cakap pon cakap berlapik, dan bermakna. adik aku TANGGUNGJAWAB aku kan. aku berjaya, adik aku terkontang kanting , diperkotak katik dek dunia YANG DAH SAKIT ni, tak ada maknanya kejayaan tu pon.

memang aku perhatikan budak zaman sekarang ni terlalu terdedah dengan hiburan. zaman aku dulu pon susah juga aku nak menahan diri ni , nak tengok tv lah, main dengan kawan lah, tapi penyakit paling kronik aku dulu pon aku rasa nak tengok tv tu. tapi adik aku sekarang, bukan setakat tv, ps2 dia, internet dia, keluar malam dia, sukan dia.

beza memang beza tapi asasnya tetap sama. nak BELAJAR. nama pon belajar, kalau mengantuk ke, penat ke, tu aku ingatkan dia baru 1/4 daripada godaan syaitan. aku dulu pon nak tengok tv malam rasa serba salah sangatlah kalau hari sekolah. nak tengok tv pon sabtu ahad je. itupun malam. sebab pagi sibuk tuisyen, tolong kemas rumah. yelahkan orang perempuan. dia aku rasa kerja kemas rumah tu dah tolak., apalagi mahu. pergi sekolah agama pon berhantar berambil. aku dulu mengayuh basikal sengsorang lalu tepi beteng sungai. bau hanyir tak osah cerita la...nak nak tengahari , panas terik tu, tak apalah sabarkan je.

JADI sekarang ni boleh ke aku kata diri ini sudah berjaya sedangkan adik aku dan ahli keluarga aku yang lain 'hidup teraba-raba' lagi. belum lagi kawan. tak apalah aku ingatkan diri aku.

dah tu je nak cerita...




You may also like

2 comments:

  1. bagus lah kalau ada rasa tanggungjawab pada kejayaan dan kegagalan adik-adik ko.sekurang-kurangnya ia mengingatkan ko sampai bila-bila untuk merubah ke satu arah yang lebih baik dari yang ada sekarang..

    keep going..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.