Small Consensus

/
0 Comments

Salam self.

Hari ini hujan basah di luar. Tapi satu email yang aku dapat daripada seseorang yang tidak mengenali aku (tapi aku mengenalnya secara maya), telah membuat aku teringat pada satu predikamen (ya itu perkataan yang ingin aku ingat).  

Predikamen itu berlaku di tahun 2015. Ketika itu, aku baru berusia 22 tahun. Masih lagi seorang pelajar TESOL yang berbasis di tanah yang pernah dijajah seorang pembelit bernama F Light. Isi email oleh Aida pada pagi Selasa yang hening ini itu berbunyi begini :

Aida azlin

Ok, hujan sudah berhenti. Alah sayunya hatiku. Tak mengapalah. Things happen. Ayuh lanjut.

Minggu ini Aida bercerita tentang kisah Muhammad Ali dan plat namanya yang mahu diletakkan di Hollywood Walk of Fame. M.A tak mahu namanya diperagakan di HWOF kerana tak sanggup melihat nama Muhammad di pijak-pijak orang. Kemudian Aida ada ceritakan tentang refleksinya tentang kisah dia yang bertarung dengan dirinya saat minum petang bersama rakannya di London dan tak semena-mena waktu Maghrib telah tiba. Dia kemudiannya berkira-kira bagaimana mahu dia carikan tempat untuk solat waktu itu sedang London bukanlah tempat yang punya banyak musola atau masjid. Lantas saat dia sedang gelisah dan sedih selepas membayar harga minuman, dia berterus terang dengan rakannya bahawa dia perlu tempat untuk solat Maghrib. Dengan izin Allah, dalam kafe yang baru dikunjunginya tadi punya bilik stor bersih yang boleh ditempati sebentar untuk solat. Lantas bersyukurlah Aida akan bantuan Allah lewat pekerja kafe dan rakannya yang prihatin dan memahami.

Itulah, predikamennya - SOLAT.

Aku dan Solat di Tanah Oppa (Suatu Kisah di Tahun 2015)

Aku dan solat di tanah oppa

Aku dan solat di tanah oppa

Aku dan solat di tanah oppa

Aku dan solat di tanah oppa

Sedikit backstory bagaimana seketul budak parit seperti aku boleh ke tanah Oppa

Aku ke Daehan Minguk atas jemputan pihak ACU (Asean Cyber University), mendapat tajaan KPK (Kementerian Pendidikan Korea) dan mendapat peluang ini atas pelawaan Prof Rozina (atau lebih mesra dikenal dengan nama Mama Gina). Ku bawa sekali sahabat weekend couple ku Afiqah Khalid yang kini lebih mesra dikenal dengan nama Tupperticer kerana berdagang Tupperware sebagai side hustle (dulu dia adalah fanatik tegar Youtuber Jacksgap). Lantas, dengan hati yang ada lagu tema drakor Full House, berlepaslah aku dan si AK ke PIA (Penang International Airport) ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dengan menaiki pesawat kebanggaan kita, MAS (Malaysia Airline System). Dapatlah aku makan kudap-kudap kacang tanah yang disebut-sebut orang itu. Maklumlah, aku kan budak parit yang datangnya dari sebuah kampung yang bengkok paritnya. Sungguh pedesaan gitulah lebih kurang. 

Aku cuma membawa duit tukar RM300 ke sana. Yang lain, sudah ditaja oleh KPK. Daripada tiket kapal terbang PIA-KLIA, KLIA-Incheon, penginapan-makanan selama 5 hari 4 malam di ACU, pengangkutan bas ke Seoul dan melewati Han-gang (tempat Runningman membuat penggambaran episod berenang merentasi sungai Han),  duit tiket menaiki Korail (keretapi laju Korea), dan akhir sekali duit poket yang sudah aku lupakan berapa amaunnya. 

Kemudian, berkelananalah aku di Korea selama 5 hari 4 malam bersama rakan-rakan baru yang datangnya dari seluruh Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand,  Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina). Ingatkan aku ya untuk cerita lagi tentang rakan-rakan lama ku ini, self.

Solat dalam Kapal Terbang dan Bilik Konferens Atas Ikhsan Oppa 


Aku masih ingat, aku juga punya pengalaman serba salah tentang solat seperti Aida.

Pertama, waktu aku dalam perut kapal terbang Korean Air menuju Incheon dari KLIA. 
Kedua, waktu aku di bangunan UNICEF Korea.

Satu perkara yang indah Allah buat untuk orang Muslim ialah rukhsah solat. Jadi, masa aku dalam kapal terbang, aku serba salah sebenarnya. Bukan apa, aku tahu cara solat dalam kapal terbang tapi yang membuat aku serba salah ialah penerimaan orang lain dalam kapal yang melihat aku solat! Rata-rata bukan muslim. Aku hanya kenal beberapa orang Islam yang bertudung seperti aku. Masih aku ingat, hanya 3; aku, AK dan seorang peserta dari Thailand yang sudah aku terlupa siapa namanya. Hanya itu!

Tapi, aku solat juga dengan susah payah ke tandas, menggunakan sinki yang kecil itu sambil berusaha untuk tak mahu mengotorkan lantai dengan percikan air. Ya Allah, aku rasa macam aku ni duta Islam tau masa tu. Aku takut sangat orang lain fikir negatif pasal Islam disebabkan kecuaian aku. Stress!




Solat dalam keterbatasan, dengan pandangan pelik orang lain dan tawakal melihat kiblat guna kompas built-in dalam skrin tempat duduk. Tawakal dan just do it. 

Bilik konferens yang jadi tempat aku solat itu lupa pula kat mana aku letak gambarnya. Tapi ceritanya begini.

Rombongan kami ke bangunan UNICEF waktu solat zuhur. Lalu aku, AK dan gadis Thai (Khaneeta namanya, aku dah ingat) sepakat "Kita solat Jamar Asar".

Tapi, bila masuk waktu Asar, kami dijamu pulak! Ah sudah. Makanya, aku dan dua gadis lagi ni dan dua lagi peserta lelaki dari Brunei pun beranikan diri nak tanya pada salah satu fasilitator, Sun-something namanya, lupa 😅. 

"Sun-something, sebenarnya aku nak kena solat dah ni, ada tempat boleh kitorang guna tak untuk solat jap?", Masha Allah tahu tak apa jawapan dia. 

"La, asal kau tak cakap lagi tadi. Patut la muka kau cam gelisah je. Ok ok, meh aku cari port untuk korang.", nah! bilik konferens tadi yang kitorang guna tu jadi portnya. Sun-something tanya juga ok tak kawasan tu sebab tu je bilik yang kosong. Kitorang cakap, ok je. 

Pastu, dia siap tunggu kat luar pintu, tolong jaga line! Ya Allah, predikamen solat! Allah tolong melalui orang-orang yang aku fikir takkan faham ni! 

Jadi, jangan cepat menilai orang dan risau bila kau ada di tempat non-muslim

Okay? 

Sekarang, aku teringin nak kompail sikit gambar buat kenang-kenangan. Bila dah lama tak menjenguk blog ni, aku glad aku tulis cerita-cerita zaman muda aku dulu. Bila aku baca, aku rasa....terharu. Aku pernah semuda itu. Dan masa memang sangat cepat berlalu.

team AK

wakil USM dan UM bila dah touch down

sharing durian candy kat oppa 

share durian candy kat chingu

chingu yang dirindui - Boam. Sebaya dengan aku tapi now dah lost contact. 🥲

team aku; Yoga (INA), Susan (Vietnam), Vonh (Laos), Wanyi (UM)  dan sorang lagi yang aku lupa namanya budak Filipina

wakil USM

Inilah Khaneeta, chingu Muslim yang sama-sama solat kat bilik konferens UNICEF dan flight

me and team again

bersama Mahathir, wakil Brunei. pun sama-sama solat kat UNICEF dan flight

rindu makanan Korea

bersama Shine Momomene- chingu dari Myanmar


bibinamet self 🥰







You may also like

No comments:

Powered by Blogger.