Apabila Cikgu Excited Tapi Pelajar Buat Tak Tahu (PDPR Version)

/
0 Comments

"Mungkin aku yang salah..."

via GIPHY

Hari ini aku cuma mahu curhat. Tiada apa apa yang mahu aku kongsikan disini. Hanya curhat akan kewalangan hatiku. 

Aku dan Pelajarku

Bukan aku mahu membuat sesi banding membanding, tapi seingat aku dulu, waktu aku seorang pelajar sekolah, aku bertanggungjawab dengan pendidikan aku. Aku akan:

  1. Buat homework
  2. Ambil tahu semua arahan dan perancangan kelas cikgu-cikgu aku
  3. Terima dan buat tindakan apabila aku ditegur
  4. Pasang impian dan objektif hidup aku yang aku sendiri tak pasti tapi aku cuba!
  5. Tak beri alasan apabila aku rasa sukar nak buat sesuatu yang cikgu aku arahkan
tapi, kebanyakan pelajar aku yang umurnya sebaya aku dulu:

  1. Tak buat homework
  2. Tak ambil tahu beberapa arahan dan perancangan kelas aku
  3. Mungkin terima dan hanya beberapa yang buat tindakan apabila ditegur secara peribadi
  4. Aku tak pernah tanyakan lagi apa impian dan objektif hidup meraka jadi I am in no place to judge
  5. Memberi alasan untuk memudahkan urusan mereka sahaja

Sedangkan keadaan mereka dan aku hampir 180 darjah bezanya:

Aku tak punya handphone berinternet

Internet memang pembunuh! Ia pembunuh kreativiti, ia pembunuh jati diri, ia pembunuh mimpi dan ia pembunuh sifat mandiri.

Aku tak punya internet pun di rumah untuk cari ibu negara Greenland. Aku tak punya data henfon untuk download sebanyak mungkin reference Bab 3 Folio Sejarah topik Permainan Tradisional. Aku juga tak punya modal Topap yang banyak untuk mesej kawan di rumah bila aku buntu nak buat homework. Aku cuma ada kertas A4 untuk buat peta minda subjek Pendidikan Islam. Bukan mahu aku riak dan takbur, tapi aku berjaya selesaikan semua masalah itu dengan tanpa ada internet. Aku bergerak! 
  1. Aku cari ensiklopedia zaman 1996 mak aku dan gunakan peta Greenland di tahun 2008 untuk buat homework sedangkan pelajar aku ada GOOGLE di henfon untuk cari peta Greenland
  2. Aku juga upah kawan aku yang ada komputer-internet-printer di rumahnya untuk downloadkan sebanyak mungkin reference sedangkan zaman sekarang bersepah CC dan rumah yang ada komputer-internet-printer
  3. Aku mesej sepanjang mungkin apa yang nak aku tanyakan pada kawan aku di mesej sedangkan pelajar aku ada Whatsapp, Telegram, DM IG, FB Group, Twitch, Reddit dan entah macam-macam lagi!
  4. Aku pergi ke rumah kawan aku dan buat peta minda di sana guna certas A4 yang aku cantum guna selotep sambil tertonggeng tonggeng menulis sedangkan pelajar aku hanya perlu buat powerpoint slide di henfon mahal berinternet mereka sambil minum tealive
Kalau aku boleh buat semua itu, kenapa tak pelajar aku? 😭

Aku juga main game, tidur lewat dan ada rasa malas

Bukan aku tak pernah seumur dengan mereka, aku pernah! 

  1. Bukan tak pernah aku bergadang sebab tengok drama dan main game. Tapi aku bangun esoknya dan pergi sekolah seperti biasa ikut waktu. 
  2. Bukan tak pernah aku ada aktiviti kolej sampai pagi masa di universiti, tapi aku masih siapkan kerja kursus mengikut tatacara dan format yang pensyarah aku bagi. 
  3. Bukan tak pernah aku ada kelas dan quiz online, tapi tak pernah aku jumpa kawan kawan aku dan aku yang tak join kelas dan quiz online tu. 
"Tapi pelajar aku...."

via GIPHY

Mungkin Aku Hanya Perlu Buat Yang Terbaik

Mungkin aku tak perlu mempersoal kenapa aku begini dań pelajar aku begitu. Aku hanya perlu buat yang terbaik dalam setiap kelas aku dan pengajaran aku. Laksanakan Amanah aku dan Allah akan menilai semuanya. Sekurang-kurangnya masih ada beberapa pelajar aku yang:

  1. Muncul di Google Meet
  2. Merespon apabila diingatkan untuk join Google Classroom 
  3. Meminta maaf apabila tidak dapat hadir kelas online
  4. Bertanya kenapa email Delima dia salah password
daripada pelajar yang:

  1. Hilang
  2. Blue tick

"Terima kasih dan Alhamdulillah (still)"




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.