siapa kita apabila menyanyikan lagu NEGARAKU

/
0 Comments
pagi tadi
semasa sedang berhimpun bersama-sama semua warga sekolah
sambil menyanyikan lagu kebangsaan
aku rasa tak payah aku terangkan apa itu lagu kebangsaan
yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara
dan lagu tadi menjadi simbol dan maruah rakyatnya

keh cuba hayati lirik lagu ni:



Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta



ada orang yang akan rasa sedih dan sayu apabila menyanyikannya
tapi ada juga tak rasa apa-apa
fikir sendirilah
sebagai generasi muda aku rasa perbuatan macam ni tak patut

ada ke nyanyi dengan badan yang senget
terpusing-pusing
ketawa ketawa
tak serius langsung
dan agaknya
kalau dah macam tu ada ke penghayatannya
aku rasa kalau pejuang zaman dahulu, ahli sejarah dahulu pon tengok, sedihlah.
berjurai air mata melihat generasinya yang semakin hilang rasa hormat pada negara sendiri
berlagak macam bangsa barat....dah macam tak tahu bahasa sendiri.
cakap 'r' dah macam kucing miang
wat dah
aku tak faham

itulah semakin kita maju
kita sebenarnya makin hilang jati diri
lupa asal usul
kenalah 'kacang lupakan kulit'

aku rasa marah betul tengok budak sekolah aku macam tu
BIADAP
tu yang paling kena ayatnya......
tak tahu mengenang jasa
nak kata belajar hebat
tak jugak
tak tinggi melangitnye'

sedar-sedarlah.....
dah tue jadik senior kat sekolah tu





You may also like

No comments:

Powered by Blogger.