let us find ourselves

/
0 Comments


apabila aku menghormati seseorang itu,
aku tak akan sanggup sakitkan hatinya
kalau sampai perkara itu terjadi
hati aku sakit dan aku marahkan diri sendiri

tapi bila seseorang itu menghilangkan rasa hormat aku padanya
aku tak tahulah
tak tahu....tak tahu....tak tahu...
aku rasakan dialah segala-galanya
dia guru yang memimpin aku ke jalan hidup yang lebih bererti
tapi sampai satu saatnya dia hilangkan kepercayaan aku padanya

aku marah tetapi apa je yang dapat aku lakukan
bertanya -tanya di sana-sini kenapa perkara itu terjadi
dan berharap bahawa semua ini hanya mimpi buruk aku saje

tapi sampai bila
"semua orang buat silap"
kalau ayat ini membuatkan aku berubah
ya memang setiap orang melakukan kesilapan
dan apabila seseorang itu ingin menjadi baik,
peluang itu harus diberikan

aku hilang rasional
aku susah menerimanya
aku tak pilih untuk bencikan seseorang
apatah lagi seseorang yang sangat aku hormati

tapi 'dia' sendiri yang membuat aku bencikannya
aku manusia aku bukan malaikat
aku ada perasaan ada otak ada akal
aku rasa bodoh kerana diperbodohkan
aku rasa marah dengan diri sendiri

kenapa 'dia' membuatkan aku mula membentak takdir ALLAH
dia membuatkn aku mempersoalkan aturan ALLAH
terlalu besar dosa aku selama ini
yang buat aku terima semua ini
aku 17TAHUN
bukan 37 TAHUN

bagi aku tak logik seorang yang berada dalam linkungan umur 30 > TAK DAPAT NAK MEMBEZAKAN MANA BAIK DAN MANA BURUK'

kenapa sebab CINTA boleh membuatkan manusia sehebat mana pun jadi gila
bertindak di luar rasional
aku kecewa dengan sikap mereka
aku hormatkan mereka
tapi sekarang rasa hormat aku semakin hilang
hilangnya rasa hormat akan menambah dosa pada neraca timbangan aku di akhirat nanti.

jadi apa yang aku kena buat?

perjalanan untuk menjadi seorang yang matang dan dewasa kadang-kadang menyakitkan
sebahgian besar memenatkan
selebihnya ketakutan

aku tahu perjalanan ini masih panjang
aku akan belajar memaafkan kesalahan mereka
aku akan cuba mengembalikan rasa hormat aku kepada mereka
aku tahu siapalah aku untuk berdendam

mulia sangatkah aku
ya ALLAH
kalau dengan cara ini
aku takkan menjadi seperti mereka'
tak mengapalah'
aku rela menanggung sakit sekarang
dugaan ini harus diatasi dengan kewarasan akal'
andai adanya kebaikan diakhirnya nanti










You may also like

No comments:

Powered by Blogger.