ha-ra-pan

/
0 Comments
alhamdulillah
aku dah pun selamat apply matrikulasi secara online (yelah...ada lagi ke nak pakai borang)
dan aku pn dah pilih jurusan yg aku nak...walhal sebenarnya aku pon tak tau yg mane.

sebab dulu aku cadang aku nak ambik kelas sains perakaunan sebab ada cabang akaun selain subjek sains. in case kalau aku tak boleh bawak sains aku boleh tukar pada akaun.
sebab apabila keputusan pmr baik, automatiknya kita akan ditawarkan kelas sains tanpa fikir langsung apa minat kita.

bukan aku tak minat sains, tapi aku tak rasa aku betul-betul nak ceburkan diri dalam kerjaya bidang sains.
ilmu Allah tetap ilmu yang aku kena tahu. mungkin Allah ada perancangan lain untuk aku. sekurang-kurangnya aku tahu tentang ilmu sains tak banyak sedikit yg aku boleh guna. aku kena mantap dengan tujuan aku belajar.

dah sampai masanya aku niatkan betul-betul dalam hati macam yang dulu-dulu ustaz pernah kata "belajar tu kerana Allah, fardhu ain."

aku yakin Allah dah pon tetapkan rezeki setiap daripada hambaNYA. jadi nak buat apa aku takut sebab aku tak dapat kerja lepas tamat sekolah nanti. asalkan aku letakkan harapan aku pada Allah, dia takkan abandon aku. cikgu pernah cakap, once bila kita berdoa, minta hari-hari apa yang kita hajatkan sangat tu, tapi Allah tetap tak kabulkan, ingatlah, ALLAH mungkin akan beri sesuatu yang lebih besar dan yang lebih akan kita hargai suatu hari nanti.

siapa tahu. keputusan aku pilih jurusan perakaunan itu aku harap merupakan cabang permulaan daripada hidup aku yang berdikari tanpa ibu bapa

oh bila aku tengok kakak dengan abang senior dulu yang sekarang ni dah selamat ke peringkat pengajian lebih tinggi, aku teruja.
semoga satu hari nanti aku pon akan dapat peluang macam tu. amin.

sebab sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas.
macam baru semalam aku ke sekolah tadika kat parit salleh ros tu.
macam baru semalam aku jumpe kawan-kawan baru di sekolah rendah, aku rindu pada masa-masa itu dan semestinya sekolah kebangsaan pintas raya.
macam baru semalam aku mendaftar ke sekolah menengah. jadi budak junior dikelilingi budak senior yang pastinya buat aku rasa kecik dan kerdil. dulu aku sesi pagi sebab aku pelajar kelas rancangan khas (KRK).
macam baru semalam aku jumpa member 2 yg dah lama tinggalkan sekolah seri gading, dan pergi mengenali sekolah berasrama penuh, mrsm

macam tu jugalah dengan harapan sekarang ini yang hari-hari aku bawa.
kenangan tu takkan mungkin hilang sebab selagi kita masih bernyawa, otak , akal, minda kita ni akan semakin mengenali diri kita, dan mereka akan jadi semakin bijak menangani setiap kerenah kita, keluh kesah kita.
bila malas nak bangun solat subuh, otak dengan akal ni pon makin genius cipta alasan dan takutkan kita akan seksaan Allah. badan pon lepastu refleks bangun pergi ambil wuduk.

bila sedih dan kecewa tak dapat apa yang kita nak, atau ada orang yang sakitkan hati kita, kita pon akan pujuk diri sendiri, kita akan kembali kepada ALLAH
teringat lagu Maher Zain _ALWAYS BE THERE
when you lose your way,
to Allah you should turn,
as HE promised,
HE aways be there...

ya memang macam tu lah. kawan-kawan, ibu bapa, harta, adik beradik semua pon takkan selamanya ada dengan kita, bila kita sakitkan hati mereka, mereka akan marah dengan kita, dan satu kerja lagi nak minta maaf, pujuklah. tapi Allah...DIA lah yang paling pemaaf. kat sinilah aku selalulah kesalkan, apa yang sedang berlaku dalam kehidupan aku. sayang dan cinta manusia sesama manusia itu telah melebihi sayang dan cinta kepada Allah. sedangkan kawan, ibu bapa, harta, dan adik beradik merupakan pinjaman ALLAH kepada kita. supaya kita rasa tenang dan gembira tinggal di bumi. sedangkan satu hari nanti di Alam kubur, kita sendiri, ada kawan nak tolong kita, ibu bapa nak temankan kita, ada nak hulur duit rasuah kat malaikat, tak de. kita sendiri dan hanya bergantung kepada diri sendri sahaja masa tu.

aku bukan lah orang yang baik, hebat, alim lagi ulama serta jauhari
banyak dosa aku buat
cuma aku harap Allah itu takkan paling daripada aku
takkan abandon aku
takkan tinggalkan aku
yang akan peluk aku bila aku sedih
yang akan tunjukkan wajahnya pada aku di SANA...

sebelum aku off my lappy, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA...


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.