FIT IN

/
0 Comments


Jadi kisahnya begini. Lagu M2M ini ialah saksi aku pernah cuba untuk fit in. Fit in dalam satu kelompok. Cuba nak join.

Sekitar tahun 2007, rumah aku banjir. Jadi, pakcik aku yang kaya jemput duduk di pejabat dia. (Pejabat pakcik aku = rumah kedua) Oleh yang demikian, fasilitinya cap jempol. Pejabat itu di satu rumah kedai tingkat atas berdepan je dengan kampung aku yang dah menjadi tasik. Tasik. Berita Harian tulis besar-besar kat headline dia masa tu yang tanah tempat aku bermain tu kawasan 'banjir termenung'. Pegun tak mahu surut. Baiklah bukan banjir yang aku cuba nak cerita.

Selang beberapa rumah kedai tu ada satu kedai makan. Warna Merah. Atas kedai makan tu ada pusat karaoke. Bajet punya. Jangan expect tinggi sangat tapi air-cond equipped dan ada servis makan-makan. Menjadi budak-budak yang baru nak up waktu tu (gadis baru break up berusia 14 tahun yang layak dilempang), aku pun mengikut cadangan sepupu yang tua setahun. "Eh jom karaoke!" Tanpa aku beritahu mak abah aku yang pergi kerja sedangkan aku tak ke sekolah dek cuti banjir, aku pun angguk.

Daripada petang asar kami karok sampai tak ingat maghrib (masyaAllah *lempang kiri kanan). Dalam bilik karok yang luasnya macam toilet hotel Vistana, lagu M2M ni lah yang kami dok nyanyi. 4 orang semua perempuan. Gila la waktu tu. Kalau mamat-mamat waiter kat restoran bawah tu nak kunci bilik karok dari luar pastu (aku tak sanggup nak tulis) buat benda apa-apaan kat kitorang, kang ada headline baru 'Ibu bapa termenung ketika Banjir Termenung di Pusat Karaoke' keluar esoknya. Memang Allah selamatkan kitorang lah malam tu.

Abah aku mengamuk sebab aku bukan jenis buat hal. Aku ni stok budak baik. Alim-alim kucing. Bekas pelajar terbaik UPSR kot. (aduh poyonya *tsk tsk tsk) Aku cuma kena peer pressure. Aku cuba nak masuk dalam geng sepupu aku yang nak cuba beradventure. Aku cuma nak pursue youth dream. Tapi apakan daya aku kena grounded lepastu. Makcik aku tak bagi aku keluar sepanjang seminggu tu. Abah aku pulak rasa bersalah lepas dia dah serang bilik karok aku dan membebel-bebel sepanjang jalan nak ke pejabat pakcik kaya aku pun telah membelikan aku cd-cd (mana ada dvd time tu). Banyak juga. Tapi yang paling aku ingat ialah filem tak begitu meletup walaupun sarat mesej - BILUT. Bukan belut ok. Dengan laptop mak aku, maka hiduplah aku dekat satu penjuru pejabat pakcik aku  bersama Acer Inspire mak aku dan si Bilut.

Sejak peristiwa aku cuba fit in tu, aku tak pernah lagi jejak kaki di pusat karok lagi. Hebat kan...muehehehe. Tapi beberapa tahun lepas, aku pergi juga kali kedua sepanjang hidup aku. Kali ni bilik karok tu ekslusif la. Bukan lagi bajet-bajetan. Dan aku tak kena perhambat. Fuhh. Kalau time tahun 2007 tu aku nak fit in, kali ini aku go with the flow. Lagipun ada best student SPM SEGA batch 2010 ikut sekali, hilanglah rasa insecure aku. Bukan buat bukan-bukan, kami merapatkan ukhuwahlah. Dah 3 tahun tau tak jumpa sejak-sejak semua dah ke menara bergading.

The end. Itulah ceritanya aku cuba fit in. Jadi lain kali jangan pergi karok bajet. Pergi yang mahal dan bawak best student sekolah sekali ok (sama jantina ya - I tak ajar buat menda fitnah). 8-)

Bibinamet. Nah sekuntum ros tanpa bau. ---@


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.