zaman sekolah....berakhir

/
0 Comments

dulu masa kita baru masuk sekolah tadika/prasekolah/taska atau apa sahaja yang pasti masa tu kita masih berhingus main anak patung, main kawin kawin ade kan yang taknak sekolah. bila nak pegi sekolah mak kasi duit. balik sekolah singgah kedai beli jajan

hailah naik sikit jadi budak sekolah rendah. kawan-kawan baru da,,,pon masih ada je yang menangis. biasanya budak perempuanlah kan. termasuklah aku. dan aku masih ingat cikgu bm aku merangkap guru kelas aku masa tu 2k, cikgu Norizah ni pernah cakap abang kakak kitorang masa tu maknanya student lama dialah banyak yang telefon cakap nak balik jadi budak sekolah rendah lagi. sebaliknya yang ade depan mata die masatu *kitorang lah* yang masih kecik innnocene tak tau pape ni nak tergolek rasanya. BALIK DARJAH DUA BELAJAR BI DENGAR CIKGU MISLI TIAP HARI KENA KUIZ SPELLING SAPE SALAH KENA TARIK SAIKBEN TU*MAIN EJA JE*.....ohh sumpah ini kerja gila, tapi kini kerja gila kakak abang kitorang dulu tulah yg nak sangat dibuat dek masa sekarang ni. bila dah habis sekolah nak masuk sekolah balik. yang masih sekolah tak sabar nak habis. BAGI BETIS NAK PEHA LA....

lepastu habis sekolah rendah jumpa kawan baru kat sekolah menengah pulak. ohh masa nilah orang cakap baru nak besar , nak kenal hidup. amboi pantang nampak abang senior ensem sikit...asyik nak mengecop je...ntah abang abang tu tau pun tak....lepastu segala macam kerja macam persatuan, aktiviti kelab dengan l;atihan suka pun sendiri yang konduk....memang sumpah berdikari lah...memula tu biasalah macam tak tau...lama-lama biasa, PALING PENTING. SETIAP KALI MENULIS PAKAI PEN. TAK PAKAI PENSIL PEMADAM DAH....nampak sangat macam dah nak dewasa kan....

naik menengah atas pun sama. kawan baru lagi. tapi kali ni mesti ada thrill sikit cubaannya. semestinya takkan lari daripada yang dinamakan perasaan sedih dan duka onak belukar. yelah kawan sume yang dulu berjanji hidup semati tu dah hilang semua. apa cerita tu. yang kita ni nak kena cari kawan baru. mana nak mengawal emosi yang tak stabil ni. mana nak belajar subjek subjek susah. tapi inikan cabaran. kita kenalah biasakan diri dengan tekanan dan kesusahan sejak kecil. insayaallah tak masalah sangat nak menghadapi masa depan yang lebih luas dan mencabar nun.....

lepas ni mulalah kehidupan mencari apapun peluang asal dapat duit , dapat pengalaman kat mana -mana pun unutk budak budak yang dah besar ni. budak lepasan spm. sementara tunggu keputusan keluar. apa-apa pun perasaan gembira dan teruja kita yelah SPM OVER kan....tapi tapak-tapak kaki ke SPM memang dah tamat tapi lepas ni akan sambung dengan TAPAK TAPAK KAKI KE MENARA GADING pulak....lepastu TAPAK TAPAK KAKI KE KERJAYA, TAPAK-TAPAK KAKI BERKELUARGA, TAPAK-TAPAK KAKI USIA TUA sampailah kita MATI, menemui pencipta...

sebagai mengenang kembali zaman sekolah yang aku cintai , aku teringin nak senarai pendek perjalanan aku dari tadika sampai SPM.

tadika KEMAS Parit Haji Salleh Ros
/
Sekolah Kebangsaan Pintas Raya
1 Mawar
2 Kenanga
3 Kenanga
4 Mawar
5 Mawar
6 Mawar----------------------UPSR
/
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading
1RK 1
2 RK 1
3 RK 1----------------------PMR
4 SN 2
5 SN 2------------------------SPM
/
?????????



5SN2-2010





You may also like

No comments:

Powered by Blogger.