alahai~~~c-i-n-t-a

/
0 Comments


bulan feb=hari kekasih{ini update bukan memperingati hari kekasih, namun hanya cetusan pendapat yang tidak seberapa}

YE MEMANG DAH LAMA TAK MENG-UP-DATE BE-LOG
malas~~~~takde benda nak cerita
mati kutu bila hilang member yang sama kepala
tapi hari ni lepas budak AIN sibuk nak manambah dosa bergosip datang tadi...ah ambik kau....terbuka luas pemikiran aku

cerita hari ni pasal CIKGU OMBAK a.k.a Cikgu norman ahmad *agaknyalah kalau aku belum lupa nama penuh dia*

masa lontar peluru budak ain ni untuk balingan pertama dn kedua maintain je rekod 5.8 m dia. lepastu encik ombak cabar dia...amboi berhangin budak tu....terus 6.5 m

lakon semula

cuaca semakin terik. hati ini merasakan pandangan daripada sepasang mata encik ombak seakan tembus. pantas sahaja jantung ini melaju. namun pastinya bukan dopamin yang sedang merembes keluar, tetapi tiupan amarah daripada sang qorin yang bermastautin dalam darah ke seluruh sistem pembuluh darah. "ai zahren setakat tu je ke?", pedas kata-katanya. tanpa dipinta kekuatan menjelma dan seharusnya kubuktikan pada encik ombak bahawa diri ini bukan sembarangan. tenaga tersalur ke otot tricep dan bicep dan akhirnya, "hiargh!!!!!". syukurlah peluru jatuh mencium rumput hijau dengan selamatnya. ramai yang terpegun. tidak kurang juga yang mencebik jengkel. setelah dihitung jarak, ternyata jarak 6.5 m itu akulah pemegangnya. saat itu aku rasakan angin berhembus kuat menampar tubuh dan sekalian manusia menyaksikan kehebatan wanita besi ini. hahaha saksikan kekuatanku. manakala encik ombak dan dan set rambut ombaknya bergerak-gerak ditiup angin. rasakan....

_tamat_

kemudian kitorang pun terus bercerita tentang kawan-kawan dia kat kelas yang sumpah...aku rasa aku bercakap dalam hati : budak macam ni ke yang kau bergaul sehari-harian. tak menggilakan urat saraf pulak.

maksud aku 'budak macam ni' itu ialah spesies

1) fasha sandha
2) nur fazura
3) jue aziz

ah macam tulah lebih kurang. baik diluar busuk di dalam.
*aku kesian dengan kau ain. tapi sabar jelah*

lepastu die pon merajinkan dirinya meng-online fb dia semata-mata nak tunjuk kat aku muka budak spesies di atas tu. ah sudah bila nampak je , spontan muka aku berkerut.

p/s ___aku kalau berkerut muka bila pertama kali aku nampak seseorang, sah orang itu dah dapat satu bad impression daripada aku

dah cerita-cerita tentang pakwe+makwe=kapel ini sudah agak tepu dalam kepala aku, kami pon tersekodeng seorang saudara kami yang .........*malas nak cakap* spesies cantik di luar busuk di dalam. aku tau orang puteh dah ajar kan idiom don't judge a book by its cover. budak sekolah rendah pon paham maknanya. tapi ah kan aku dah cakap pasal muka aku berkerut bila jumpa seseorang maka seseorang itu dapat -1 daripada aku.

siapa saudara kami tu? tak payahlah nak buat pemasyhuran kemerdekaan pulak. ambik pengajaran jele

yang kami kenal dia ni, muka macam baik. alim. sopan. spesies tak kawan budak lelaki. tak suka ketawa kuat-kuat. anak imam *ops*. time kenduri suka meringankan tulang merewang.

namun, entahlah....entri kali ni pasal C-I-N-T-A kan....tapi ceritanya belom sampai ke cinta lagi. akan sampai.....

beberapa menjak aku perhatikan di fb nya *semasa aku masih merajin meng-online :sekarang ni dah malas*, wah asyik mengstatus pasal kejiwangan je....aku stat kompius...adakah budak ini????...ah ligat juga aku menganalisis maklumat. tapi akhirnya cerita terbongkar..

wah rupenye saudaraku ini sudah mengenal C-I-N-T-A rupenye....dah remaja
dan apabila sudah mengenal C-I-N-T-A mulalah mengenal D-A-T-I-N-G. kami (aku dan ain) pon membeliakkan mata kami menonton gambar mereka berdua. kat mana? BIG CINEMA agaknya....dating pertemuan kita dipantai merdeka. *kenapa kalau orang dating suka pergi shopping complex* tsk kompius
_TAMAT_*ni mukadimah sebenarnya*



tentang C-I-N-T-A <3

aku bukannya tak pernah kenal C-I-N-T-A. aku sendiri simpan perasaan itu sehingga ke hari ini. tapi bukan untuk diekpresikan....bagi aku biarlah pengekspresiannya tu terhormat dan berMA-RU-AH.

bila aku dengar cerita ain pasal budak kelas die yang spesies fasha sandha tu, aku tskkan diri aku sendiri. apa dah macam ni ke akhlak perempuan melayu/ islam sekarang. berjaya jugalah rancangan amerika a.k.a yahudi tu nak runtuhkan institusi islam melalui akar umbinya. wanita zaman dahulukan duduknya di rumah, dan mendidik anak-anak. menyediakan generasi baru yang akan menjadi khalifah Allah, yang akan teruskan syariat islam bila kita ni *ibu bapanya* dah tiada. kalau sudah ibunya pon ....*malas nak cakap* ...sendiri mau ingatlah....

aku tak kata aku baik, sebab aku banyak kekurangan. *semenjak baca buka RADHA dengan JAJA&DIN ni, makin terislamik pulak*...
tapi kalau datang bab C-I-N-T-A ni yelah macam aku katakan tadi, mana ada manusia yang tak jatuh cinta, dalam alquran pun Allah dah kata dalam surah apa ntah kalau antara tanda-tanda kebesaran Allah itu ialah dengan menciptakan isteri dari jenismu sendiri supaya kamu merasa tenang dengannya kan.

ISTERI...nampak tak perkataan tu. ade sebut awek. makwe. tunang*yelah macam pasangan khalwat yang selalu kasi excuse "err bang, kami dah tunang bang" tu bagi*

ain pon ade kate lagi...bekas pakwe kawan dia namanya %#$%# tu baik. sebab dia dikategorikan baik oleh mereka berdua ini ialah: budak lelaki tu tak mintak err raba-raba @ringan-ringan. tsk...pelik...dunia...dunia....paling koman pun kate ain, dia minta holding hands. wooooo....holding hands pon paling koman. habis paling dahsyaaaattttt *gaya nazmi* tu macam mana pulak gayanya.


tetiba aku terfikir, kalau dah macam ni gayanya, memang semua lelaki zaman ini pon akan
mintak i rub you, atau paling koman pun i hold u sewaktu bercinta....(untuk kes diluar pernikahan)....ehmmmm....

jadi apakah masih tesisa spesies lelaki yang akan menjaga pandangan matanya, dan apabila dirasakn sudah sesuai masa untuknya settle down n have kids, dia akn meminta ibunya, atau wakilnya pergi masuk meminang. masih adakah?

ADA

tapi 1st come 1st serve...*macam iklan finding soulmate pulak*...adeke...
aku tak kate kita kena berebut, tarik tarik rambut , berguling atas tanah nak dapatkan lelaki spesies seperti ini. caranya, Allah pon dah sebut dalam surat cintanya....
lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik.*ayat yang betul bukan macam ni, aku tak ingat surah dan ayat alquran yang betul. maap.*...

jadi....

kalau rasa-rasa nak berkapel di usia muda itu hanya untuk mengikut tren masa kini...bagi aku...*bagi aku, orang lain terpulanglah*, baik lupakan sahajalah.

masa remaja dan masa muda belia ni tak boleh kita reload dan replay macam main wedding dash...TAK BOLEH. jadi untuk apa kita berseronok dengan perasaan yang hanya sementara ni sedangkan banyak benda penting lain yang lebih tinggi prioriti nya dalam hidup kita.

ain sempat cakap dan buat lakonan semula. dua budak perempuan berjumpa dan bertanya adakah masing-masing mendapat hadiah sempena valentine *nak tayang ada pakwe sebenarnya*...masing-masing mengangguk bangga. sambil berkata dalam hati. dia milik aku bukan milik kamu. ha meh langkah mayat aku dulu. jangan kau cuba memutuskan kasih kami. *uwek*



hai*geleng kepala*.....

kenapalah diagungkan sangat tern barat a.k.a amerika tu...
aku teringat cerita american pie pasal misi beberapa budak lelaki yang masih 'teruna' dan mereka tidak mahu dpanggil LO-SER, ingin menghilangkan keterunaan mereka sebelum tamat high skool. pelik. kat sini keterunaan dan kedaraan tu kan dah macam aset. kat sana sesuka hati nak serah kat mana-mana mangkuk ayun bernafsu serakah lagi binatang.

aku teringat lagi kata-kata cikgu zainal , cikgu bm kesanyangn yang aku rindui...~~~tentang hukuman atau sabit hukuman kes merogol . perbezaan antara undang-undang syariah dan sivil.

kes kalau seorang wanita(isteri) menolak untuk melayan suaminya dan kemudian dia dipaksa lalu, suaminya pon telah melakukan 'itu' tanpa kerelaannya dalam undang-undang syariah dikatakan isteri itu nusyuzlah kan....manakala suaminya pula taklah dicap sebagai PEROGOL.

beza pulak kalau di barat, memang trang-trang lah kes itu MEROGOL. aneh kan yang halal diharamkan ,yang haram dihalalkan....

apa cerita kalau kat sini ade sepasang kekasih melakukan 'itu' dengan SUKARELA, I RUB U, U RUB ME ni....kalau sampai bapak perempuan tu tau dan merasakan anak perempuan yang disayanginya, ditatang bagai minyak yang penuh itu telah ternoda *padahal sendiri tak reti jaga anak*, buat laporan polis. hancus kena tangkap lelaki tu, dan dicap sebagai PEROGOL. ini undang-undang syariah.

di barat???? WAT DATS WAT WE CALL L.O.V.E dude...sape peduli...ops anda masih dara dan teruna?....ohhoho....LO-SER....

DUNIA....DU-NI-A....~~~aku bimbangkan dunia...tiada cahaya ku terima....~~~~*terlebih*

oklah aku pon dah rasa puas membebel pasal CINTA ni....
akhir kalam daripada aku, ah ada otak fikirlah sendiri....pandai makan pandai simpan....



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.