Ku Jejak Bumi Aussie ^_______^ (bahagian 1)

/
0 Comments
Assalam ;)

Saya memang ada banyak cerita nak diceritakan selama saya ke Australia April lepas. 
Mulanya, pihak universiti nak buat program ni pada bulan Februari 2012, tapi memandangkan masa yang terlalu singkat untuk buat persiapan, tarikh tu ditunda. haih...lega sekurang-kurangnya dapat saya cari duit dulu untuk buat tambang dan belanja kat sana nanti. 
Lepas tarikh baru keluar, saya cepat-cepat tanda dalam planner. Padahal, saya yakin takkan lupa punyalah kalaupun tak tanda. Saja...

Program ke luar negara tak begitu senangnya tau nak urus. Sebab tu tadi saya kata kena buat macam-macam persiapan. 

Kalendar Akademik saya . Ada tanda tarikh ke Perth ^..^


Persiapan 2 tu termasuklah:



  1. Yuran a.ka. tambang RM 1750 (tiket kapal terbang + penginapan + bayaran ke tempat pelancongan)
  2. Pasport ( ah pasport saya buat 2 tahun je. dlm RM 100 lebih lah kalau tak salah)
  3. Cari penajaan ( merata saya cari akhirnya dapat jugak RM 500 drpd pakcik saya =='')
  4. Tarian ( kami ke sana untuk bawa kebudayaan Malaysia, jadi kenalah masing-masing menari =..= saya yang kayu pun dah boleh menari sekarang ni)
  5. Perancangan aktiviti ( saya tak terbeban sangat sebab saya tak terlibat dalam sekretariat. kawan-kawan saya yang jadi sekretariat la pening kepala. ngeh..ngeh... )
  6. Baju dan keperluan lain (makanan yang paling penting!! saya bawak maggi dua paket besar tu. baju tak perlu pun bawak baju tebal segala sebab Australia tak macam UK. Pakai t-shirt macam kat Malaysia pun tak kena frost bite.)
  7. Duit poket ( nilai matawang AUS ($) > RM. nisbahnya 1 AUD: RM 3.23 . IYOK!! setiap kali saya hulur 1 dolar RM 3 saya terbang gitu je. sob sob...)

Semata-mata nak belajar menari saya balik USM awal 2 minggu daripada cuti mid-term saya. uarghh!!! Masa saya sampai Fajar Harapan, sunyi tak berpenghuni. 
Lalu belajarlah saya menari dekat 2 bulan sebelum shuuu terbang ke Perth. Belajar punya belajar akhirnya saya terpilih untuk bawak 2 tarian malam amal kat Australia tu. 
TARIAN BORIA & TARIAN DIKIR PUTERI 

Koreografer memang garang, jadi saya memang transform terus drpd kayu jadi (bolehlah) penari. ==''

2 BULAN BERLALU (sampailah hari yang dinanti)
kami bertolak 10 APRIL (RABU) daripada LCCT (lower cost cargo terminal)
Saya balik ke rumah dulu hujung minggu tu untuk kemas2 barang dari rumah, sambil2 jumpa keluarga. ^..^

Kawan-kawan yang lain bertolak dari USM, tapi kawan-kawan yang duduk dekat selatan ni bertolak sendiri je ke LCCT tu. Termasuklah saya. Saya bertolak dengan keluarga (abah+mak+3 adik lelaki) dalam pukul 11 malam dari Johor. Sampai KL dalam pukul 2 pagi. 
Punyaah awal saya sampai, tunggu-tunggu dengan Kaka dekat pukul 4 pagi baru bas dari USM datang. haih...Lepatu saya diberitahu flight pkl 8.30 pagi. AHH!! Lamanya nak tunggu. Tapi tak lama pun, sebab banyak urusan nak kena uruskan terutama bagasi (check in, kalau balik Johor biasanya saya bawak hand-carry je. )

Suka saya nak beritahu imigresen Australia sangat ketat. Kawan-kawan yang bawak makanan berserbuk, berkrim, tenusu memang habiskan kat airport jugak. Restricted goods!

Final Calling...kami ambik gambar dulu sebelum tinggalkan Malaysia. 

Lepastu pun apa lagi, saya naiklah flight macam dalam gambar bawah ni

Tempat duduk saya dalam flight AirAsia. Dari kiri : Abg Abdul, Abg V, saya

Lama duduk dalam flight. Biasanya saya naik flight dari Bayan Lepas (Penang) ke Senai (JB) dalam 1 jam 10 minit je. Ini dekat 6 jam. Saya tak berapa ingatlah pukul berapa saya sampai Perth International Airport, tapi tengah hari rasanya. Dalam perjalanan tu, saya dapat makan sekali. Lauk Sate la kalau tak silap. Patutlah tiket mahal ==''

Saya duduk tepi tingkap :) Masa ni masih di Malaysia

Saya curi-curi tangkap gambar dalam flight. Forbidden though...^_^

Dah sampai. Kapal terbang yang saya naik tadi. 

Panorama dalam Perth Airport. Semua mat salleh kan...

Pemandangan di luar Perth International Airport

Saya rindu pulak Malaysia tiba-tiba. ==''
Saya (mencangkung) ambik gambar dengan akak-akak senior saya....
Masih saya....

Flight-seat-mate saya. ^_^
Saya dengan adik dan kakak-kakak saya tengah tunggu shuttle bas untuk ke apartment kami. ^_^
Saya rasa tumbuhan ni takda kat Malaysia, jadi saya pun tangkapla gambar nak tunjuk kat mak saya


Saya dalam bas nk ke apartment. Bas ni ade seat belt!!
 
Apartment yang saya duduk untuk seminggu. Saya tak bohong, cantik sangat!!!

Masa ni kami tengah bahagikan bilik.
Ini bilik apartment saya. Masuk-masuk je jumpa tandas dan dapur. Bilik saya yang sebelah kiri tu dengan Kakdek, KakSyaf

 Pemandangan jalan-jalan sekitar Perth. Tak jauh pun dari apartment saya

 See, tak payah pakai tebal-tebal pun. Jalan kaki sana sini pun tak berpeluh. ==''

Saya mula-mula tak percaya ni construction site. Macam bersih sangat je kan..

 Lagi gambar pemandangan ^_^


OK. Rasanya dah banyak jugak saya cerita. (gambar ni bercerita) tentang pengalaman saya di Perth. Belum habis lagi. Saya akan sambung ke bahagian ke2 untuk ceritakan tempat-tempat yang saya pergi pulak yeh...

Jumpa lagi sayang-sayang semua. -------@






You may also like

No comments:

Powered by Blogger.