Saya pergi Dinner!!! (pertama kali)

/
0 Comments
Assalam :)

Saya tak pernah pergi dinner. Tapi mak kata saya pernah pergi dinner, cuma masa tu saya kecik lagi. (mak saya punya dinner la sudah pasti).

Jadi, sekarang ni saya sendiri yang akan pergi dinner. Dekat USM ni, saya ada 3 keluarga besar. Pertama keluarga TESOL, kedua keluarga SRMUSM(Sekretariat Rakan Muda USM) dn ketiga
MPDFH (Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan). MPD lebih kurang macam MPP fungsinya, cuma MPP diperingkat universiti, MPD pula peringkat desasiswa a.k.a kolej kediaman pelajar.
Hah, macam tu lah. (lain kalilah saya cerita tentang MPD)

Butir-butir dinner MPDFH 12/13:
Tempat : Carnival Waterpark dan Hotel Cinta Sayang, Sg Petani, Kedah.
Masa    :  9.00 am-1.00 am(keesokan harinya ^..^)
Tarikh  : 25 Mei 2013
Tema   : Colour block

Di hadapan kaunter masuk. dari kiri : Kak Ira, Kak Jannah

Lagi gambar di hadapan kaunter.


Saya simpan hp dlm locker, jadi x dpt nak ambil gambar mandi-manda...IYOK!
Konsep dinner kali ni lain sikit sebab waktu siang kami ada hari keluarga. Jadi kami pun pergilah Carnival Waterpark (tempat mandi manda paling selesa saya pernah pergi. serius!)
Sebelah malam pulak baru dinner di Hotel Cinta Sayang.



Baru gambar saya pulak. Masa ni saya nak balik dah. 

Malam dinner tu. dari kiri: Kak Jannah , Kak Chuiya (semua pun akak-akak==')



Untuk aktiviti tukar-tukar hadiah, saya bagi buku nota. hehee. tak tahulah siapa yang dapat sebab main roundtable. Saya pulak dapat hadiah daripada abg V. Saya pun tak tahu itu hadiah dia, lepastu dia panggil saya sambil tunjuk hadiah. hem ok...hadiah abg V.



Hadiah saya dapat daripada Abg V. hehe. 

Saya dapat music box lagi. Dulu dinner kecil-kecilan kat matrik pon dpt benda yang sama.


oH YA! Malam tu kami sambut hari lahir akak senior yg senior sangat 2 tapi masih setia dengan Fajar Harapan, Kak Fuzah! Surprise gitu...

Baiklah, sampai di sini saja. Adios! Bibi namet~~~(jumpa lagi)


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.