Perahu Kertas

/
0 Comments
Assalam :)

Saya tengah bercuti semester! Happy holiday..
Buku ni dah lama saya baca. PERAHU KERTAS
Rasanya ramai dah yang tahu pasal buku ni sebab dah ada adaptasi ke filem pun. Tapi saya mungkin tak buat review filem sebab versi buku dengan filem tak banyak beza pun. Sebelum tu saya nak tunjuk dulu beberapa cover novel Perahu Kertas ni. Ada beberapa versi sebab novel ni dari Indonesia.

Penulis : Dee Dewi Lestari

Versi asal Indonesia

       


Versi Malaysia
       
Secara ringkasnya novel ini mengenai persahabatan yang bertukar menjadi rasa cinta tanpa disedari. 
Watak-watak utama dalam novel ini:
  • Keenan (Lelaki)
  • Kugy (Perempuan)
  • Nony
  • Eko
  • Remy
  • Luhde
Sinopsis novel pula:
Keenan yang baru pulang dari luar negara akan sambung belajar di Bandung, Indonesia. Dia tak menyangka kepulangannya akan disambut oleh kawan-kawan Eko (sepupu) iaitu Nony (GF Eko) dan Kugy (sahabat Nony). Secara luarannya Keenan tu digambarkan seorang yang tinggi, berkulit cerah, rambut keriting dan sedikit Blonde. Kugy pula watak utama (heroin) seorang yang suka menulis kisah dongeng, menganggap dirinya utusan dari Neptunus (watak kartun), sangat pelik, kreatif, dan paling penting tak terlalu menjaga penampilan diri. Hari pertama dia bertemu Keenan adalah di stesen kereta api secara tak sengaja. Selepas tu, mereka bereempat jadi kawan. Keenan rasa selesa berkawan dengan Kugy sebab dia rasakan Kugy dan dia banyak persamaan. Keenan suka melukis dan Kugy suka menulis khayalan. Kedua-duanya jatuh cinta tanpa mereka sedar. Tapi kemudian, Kugy menjarakkan diri bila Wanda muncul. Makin buruk, hubungan dia dengan Nony hancur atas sebab yang *rahsia* ^_^. Bertahun mereka berempat renggang dan akhirnya masing-masing bawa diri sehingga bertahun-tahun. Sedih kan. Masa berlalu, Kugy dah balik ke Jakarta, bekerja di AdVocado dan sudah bertemu cinta baru, Remy (bos) =..=. Tapi takdir menemukannya semula dengan Keenan. (kalau dah jodoh kan). Keenan sekarang dah jadi bos di syarikat bapanya yang sakit strok, dan berhenti melukis. Sebelum dia pulang ke Jakarta dia ke Ubud, Bali dan berkarya dengan Pak Wayan. Di sanalah dia bertemu Luhde (anak saudara Pak Wayan). Luhde ada perasaan dengan Keenan, dan akhirnya Keenan terima dia sebagai kekasih selepas dia tahu Kugy sudah ada pengganti. Kisah mereka ini berakhir dengan Kugy membawa diri sekali lagi dan Remy sedar bahawa selama ini Kugy tidak mencintainya, sebaliknya dia mencintai Keenan. Dia melepaskan Kugy pergi kerana dia tahu Kugy tak akan bahagiaa jika dia memaksa. Luhde pun begitu apabila dia rasakan Keenan cuma bersama dia untuk melupakan Kugy. Apa-apa yang diminta Luhde dilakukan Keenan kerana Luhde yang meminta, bukan kerana Keenan yang memberi. Akhirnya, Kugy dan Keenan dipertemukan sekali lagi di tempat yang pernah mereka kunjungi saat Kugy sedih dan ingin melepaskan perahu kertas. Pantai. Mereka berkahwin dan akan mendapat seorang anak kelak.







       
         Begitulah panjangnya sinopsis yang saya tulis. Pada pandangan saya, cerita ini mudah difahami, plotnya ringkas dan tidak berbelit apatah lagi meleret-leret. Apabila saya membaca setiap ayat, saya selalu menantikan ayat-ayat magik dan puitis daripada Dee. Cerita ini penuh falsafah tetapi tidak memerlukan pembaca membaca buku seperti buku psikologi untuk memahaminya. Kebanyakannya kata-kata yang bermakna dalam kehidupan dan perhubungan sesama manusia.
         Oh ya, kalau pembaca mencari nilai spiritualisme dalam novel ini, saya rasa Dee tak begitu menitikberatkan apakah kepercayaan yang dianuti watak-watak dalam novelnya. Kalau ada pun, Dee sekadar menyebut Tuhan. Tidak spesifik mengarah kepada agama Islam, Kristian, atau lain-lain. Cuma daripada babak Nony dan Eko kahwin barulah kita dapat tahu agama mereka tu Islam daripada sesi akad nikah.
         Satu lagi yang saya ingat dalam novel ni ialah Restoran Pemadam Kelaparan dan Jenderal Pilik dan Sekolah Alit. Nama Pemadam Kelaparan tu sangat unik dan saya tak pernah terfikir. Hemm...memadamkan rasa lapar, tempatnya di restoran. Betullah. Sekolah Alit pula menarik hati saya kerana rasa positif guru-guru yang mengajar di situ. Sekolah yang serba kekurangan. Betullah, ilmu itu universal dan tak perlu ada medium dan guru yang paling hebat untuk mendapatkannya.
         Okeh. Secara keseluruhannya, novel ini mengajak kita memahami kompleks perhubungan manusia, menghargai apa yang kita ada, mencintai bakat dan mencuba mengembangkan bakat, mengalah dan menjadi seorang yang realistik.



Quote of the book:


"Jarak Keenan yang begitu dekat di punggungnya, membaui aroma minyak wangi yang samar tercium dari kemejanya, dan terasa sesekali wajah Keenan menyentuh rambutnya. Meski tempat mereka berdiri sangat berisik, Kugy mendengar Keenan berbisik di sela-sela rambutnya yang berkibar ditiup angin. Entah Keenan berbisik untuknya, untuk dirinya sendiri, atau untuk mereka berdua. Namun, dengan jelas Kugy menangkap tiga kata yang dibisikkan Keenan: Bulan, Perjalanan, kita..." (Perahu Kertas. Dee Dewi Lestari. )


"Gerimis, wangi tanah kena hujan, kopi, dan pisang..dahsyat.Aku nggak bakal lupa kombinasi ini" ~Kugy~
"Stasiun Citatah, warung, lampu templok, dan...kamu. Saya juga nggak bakal lupa" ~Keenan~ 

"Lukisan yang satu ini jangan dipikir, tapi harus dirasa. Apa perasaan yang muncul ketika kamu lihat lukisan ini? Itulah judulnya."~ Keenan~ 
"Bebas"~Kugy~ 
"Lukisan ini menggambarkan sudut pandang seekor burung di angkasa saat terbang. Dia tidak melihat perintang apa-apa, tidakterikat oleh bumi. Bebas. Total."~Keenan~


"Pandangannya kembali tak terhalang. Orang itu kini ikut berbaring disebelahnya. Kugy. Dan sepanjang ingatan Keenan, langit tak pernah seindah itu" (Perahu Kertas. Dee Dewi Lestari)

"Siluman kampus."~Keenan~

"Carilah orang yang nggak perlu meminta apa-apa tapi kamu mau memberikan segala-galanya"~Remy~
"Tapi orang itu kan kamu. Aku tak pernah minta apa-apa pun tapi kamukasih semuanya."~Kugy~ 
"Ia Gy, kamu mungkin sudah ketemu, tapi saya belum."~Remy~

"Namun, ia bisa memahami sesuatu yang membayangi hubungan mereka tanpa pernah bisa ia sentuh. Tanpa pernah ia beri nama.Sekarang, semuanya jelas. Bayangan itu punya nama. Keenan."~Remy~

" Sepeninggal isterinya, Adri kembali menatap teve dengan pandangan kosong, seperti yang ia lakukan sedari berjam-jam yang lalu. Di dalam kepalanya ada program yang berjalan sendiri. Kenangan, pertanyaan, lamunan tentang satu orang. Keenan. " (Perahu Kertas. Dee Dewi Lestari)

 Baiklah. Rasanya sampai di sini sahaja sesi bedah buku bersama Perahu Kertas. InsyaAllah ada lagi buku yang saya baca, saya bedah kemudian. Bibi namet -------@






You may also like

No comments:

Powered by Blogger.