Tarikh Keputusan Kemasukan ke USM (Universiti Apex) 2013/2014

/
0 Comments
Assalam...

Saya sedang bercuti!! Bulan 9 ni saya akan dapat junior yang kebanyakannya sebaya saya insyaAllah. Kawan-kawan yang masuk Tingkatan 6 akan sambung pengajian ke peringkat ijazah dalam umur 20 tahun. Budak-budak matrikulasi dengan asasi pula 19 tahun. Ingat tu. Bila masuk universiti, biasanya usia pelajar-pelajar yang mendaftar masuk waktu tu cuma 19, 20-21, 22-23, atau yang kes istimewa sikit lebih daripada umur tadi. Jadi yang paling muda mestilah 19. Oleh itu, jangan berlagak-lagak bila jadi freshie sebab kebanyakan kawan-kawan masa tu kakak2 dan abang2. 

          Bagi sesiapa yang memohon untuk masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) tarikh semak keputusan ialah pertengahan Julai 2013 di laman web POHON@USM. Eh tak sabar untuk tarikh rasmi!!!. Mesti hari tu jadi hari bersejarah korang. Selamat maju jaya saya ucapkan. Bagi yang berjaya mendapat tempat tahniah! Bagi yang tidak berjaya, jangan sedih, mesti ada rezeki korang kat tempat lain. Semak UPU pulak. Mana tahu ada! Oh ya, bagi yang berjaya pun semak sekali UPU. Biasanya pelajar USM dapat dua tawaran : daripada USM dan UPU. 


Jumpa di USM nanti. (Kalau kenal la) Ok. Bibinamet -----@


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.