Drama Le Study Week. Ngao Asoke.

/
0 Comments
Assalamualaikum..
Chan Rak Ter Zendagi Migzara <3 p="">
(Feeling Thai lakorn) dan...
STUDY WEEK =..=

TOPIK HARI INI.
NGAO ASOKE
Apakah Ngao Asoke ini?
Kenapa bunyinye kelakar sangat?
Sengaunya bunyi.
Bahasa Thai ke ini?

YA, memang bahasa Thai. 
Dan maknanya cantik SANGAT. Macam terasa tengok drama Princess Hours dengan Luerd Kattiya (yang ada TIK dengan AOM tu. Oh sedih sangat cerita ini )

Makna Ngao Asoke yang saya tahulah daripada tajuk cerita ni ialah, NGAO'S SHADOW dalam bahasa Inggeris dan kalau nak tukar dalam bahasa Melayu akan jadi, BAYANG-BAYANG NGAO. Kan ke indah tu, ada elemen-elemen bayang-bayang dan ditambah dengan efek pelambangan pokok Ngao yang jadi sebab kenapa SIHERO dan SIHEROIN bertemu.>_< (ah..gatalnya)

Dah macam kalau kita menonton drama ni, akan timbullah cadangan macam kat YOUTUBE tu untuk drama-drama serupa. Waktu ni, saya jamin, WINTER SONATA, SNOW QUEEN, LUERD KATTIYA, PRINCESS HOURS mesti ada. Konfem. 

Untuk bagi tambah ada feeling lagi, tengoklah beberapa gambar poster dan babak-babak cerita ni. Sinopsis PENDEKnya akan menyusul kemudian. Kena buat SET INDUKSI dulu, baru mulakan pengajaran, kan. 

cc: Google Image
(Caption sikit : Antara sebab saya nak sangat tengok cerita ni, sanggup nak habiskan sampai 31 episod ialah sebab SIHERO yang kacak sangat tu, si Monthai a.k.a Independent Mind. Tak lupa, SIHEROIN yang nampak innocent dan malu-malu kucing. Ah, lama tak tengok HEROIN malu-malu kucing )

Ah, ni masa kali pertama SIHERO dan SIHEROIN bertemu >_<. Yang belakang dengan berskaf tu ialah WITCH LADY dalam cerita ni. Biasalah...tu. Pertemuan ini ialah ketika SIHEROIN masih kecil dan comot momot tak lawa dan miskin, konon-konon dituduh oleh WITCH LADY nak mencuri makanan. Haish, what deh! Lalu, si Monthai a.k.a SIHERO pun rasa kesian kat SIHEROIN yang baru belasan tahun la agaknya. Tu yang adegan-adegan pujuk-pujuk tu. (ah gatalnya). Waktu kena tuduh mencuri ni, SIHEROIN tengah cari edible leaves untuk nenek dia dan dirasakan NGAO leaves yang ada dalam rumah SIHERO ni sesuai lah. 

Hah, ni masa SIHEROIN dah besar dan mereka berjumpa semula. Maklumlah masa jumpa kali pertama tu, SIHERO nak terbang belajar kat Australia 5 tahun. Haruslah terpisah. Ni jumpa balik kat bawah pokok tulah. Agaknya sebab tu tajuknya BAYANG-BAYANG NGAO kan...

Biasalah cerita-cerita lakorn macam ni, kena ada adegan-adegan nakal, adegan-adegan paksa-paksa, marah tapi sayang, merajuk tapi suka, nangis kemudian peluk, (ah gelinya jariku menaip )....
Lagiiiii adegan-adegan...

Adegan kena tidur sekali pun WAJIB ada, kalau cerita-cerita macam ni. Sekarang ni cerita Melayu PUN dah ada adegan macam ni. Tak taulah nak kata macam mana. Kita pun tengok je. -.-''

Tak dilupakan, adegan-adegan MENYELAMAT SIHEROIN oleh SIHERO. Haha. Kali ni sebab lemas, ada sekali tu episod berapa ntah tak ingat sebab KEBAKARAN. Habis sweetlah sebab SIHERO ni siap kapak pintu tu dengan penuh tenaga. Kemudian, cempung SIHEROIN sambil pakai singlet je sebab baju kemeja putih dah bagi kat HEROIN. Nampaklah otot-otot perkasa tu. ( ah sekali lagi, gatalnya )


Adegan bakal mak mertua tak suka, sebab darjat. Tapi agak logiklah sebab latar masa drama ni sekitar zaman merdeka, tahun 1957 sampai awal 1980-an. Wajarlah kan spesies-spesies mak mertua yang sebegini wujud. Sisa-sisa sentimen kelas dan derajat daripada penjajah tu masih bersisa, walaupun Thailand tak dijajah masa tu. Elemen sejarah....yang buat cerita ni jadi menarik. Saya boleh terima mak mertua dan tunang yang pendengki sebab memang sesuai dengan zamannya. Suka, suka, suka.

Adegan menjaga bakal mak mertua a.k.a MEM BESAR yang sakit. MESTI ada, baru mak mertua nampak yang mana kaca, yang mana permata, tak begitu?

Babak si jahat WITCH LADY pun adalah salah satu elemen kejayaan sesebuah drama lakorn. Macam di atas ni, pura-pura! Walaupun saya sangat tak suka dengan jalan cerita yang mana klimaks dan konflik tu adalah pihak ketiga dalam hubungan, dalam cerita ni saya kena pejam mata jelah, sebab nak tahu ending kan.


OK, berbalik kepada babak sweet. Babak SIHERO selamatkan SIHEROIN dah ada, la ni babak SIHEROIN menjada SIHERO pulak lah. Barulah bagai aur dengan tebing. Haha.

OKlah, untung ENDINGnya, saya simpanlah, (pasal saya pun tak habis menonton lagi, haha).

Ini, sinopsis pendek cerita ni:

Bee, si gadis yatim piatu tinggal bersama nenek yang tua dan uzur. Monthai ialah anak orang kaya di kawasan kejiranan yang kacak dan baik, mempunyai seorang tunang-secara-paksa Wiyada. Ibu Monthai sangat tak suka kepada perempuan kebanyakan kerana suaminya pernah ada skandal dengan orang-orang gajinya. Sebelum Monthai ke Australia, dia bertemu dengan Bee secara tidak sengaja ketika Bee mencuri masuk dalam rumahnya. Dia beri duit dan berkenalan dengan Bee waktu tu. Macam abang-adik lah lebih kurang. Kemudian, dalam satu kejadian tak diduga, nenek Bee dilanggar oleh bapa Wiyada dan mati. Bee kemudian dijaga keluarga Wiyada dijadikan orang gaji percuma rumah itu. Wiyada selalu buli Bee dan benci pada dia. Monthai pun ke Australia. 5 tahun berlalu, Monthai balik ke Thailand dan bertemu Bee semula. Bee dah cantik dan jadi gadis ibarat bidadari. Apa yang akan jadi seterusnya? Bolehlah tonton sendiri di VIKI secara online dengan sarikata bahasa Inggeris. Jangan risau, Complete.


Saya pun nak sambung tengok, dan...
Bibinamet.
 (Maleficent sangat best!!! )


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.