Drama Le Study Week 2. Romi Cinta Julia.

/
0 Comments
Assalamualaikum. 
Ini entri kedua untuk hari ni. 
Ada apa dengan Romi Cinta Julia??

Sebenarnya, sebelum ni saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa si dia ni

 KACAK. =..=''

Sungguhpun kawan saya Si Adeiyprince Examkiller dan Helloimpika sangat jatuh cinta kat dia ni, dalam hati saya hanya ada dia

SAMUEL ZYLQWYN

dan dia

JUN MATSUMOTO

Tapi, perancangan Allah siapa yang tahu kan, sedangkan Bangunan 9/11 tu boleh runtuh, sedangkan Makmah boleh kahwin lagi, sedangkan Mekah boleh banjir, sedangkan Jepun dan China boleh tukar jadi sauna skala giga, inikan pula hati kecil nyamuk saya.

Setelah kebosanan lepas print segala nota dan letak cantik-cantik dalam fail, (nanti nak buat entri gaya hidup pelajar uni lah. Ahaha.), saya gatal tangan pegi cekidaut kat Layanon9 macam konon-konon nak tengok apa drama yang baru kat TV sekarang ni lah. Tak semena-mena mata ini tertancap pada tajuk ROMI CINTA JULIA ni. Maka sebelum nak tekan button tu, kena cari maklumat sikit. Pergi YOUTUBE terserempak dengan video lagu NING BAIZURA-BUKAN WANITA SEMPURNA. Klik dan tengok klip video MV nampak adegan-adegan  (adegan lagi =..='') Romi dan Julia buat hati saya makin bulat. Kan ku cekidaut cerita ni. Kan ku hadam cerita ni. 

Tu lah akhirnya saya pun terjebak sama dengan dua lagi manusia tu. Betullah, cinta tu tak datang sekelip mata, dia datang sesuai masa beredar. Saya jadi suka kat watak ROMI bila dah dekat episod 3 macam tu. Terutama waktu dia tengah fikir pasal Julia lepas kemalangan tu. Dia nampak macam lelaki yang sempurna dan boleh diharap. Hihi. 

ihsan: Google

LAGI ADEGAN-ADEGAN

Ni antara adegan yang saya sukalah. Saya lebih suka cerita-cerita yang HERO akan perhati dari jauh SIHEROIN sebelum akhirnya dia akan mendekati dan babak-babak seterusnya. Pada saya, macam SIHERO mesti kena insight sikit tentang SIHEROIN. May it be love at first sight atau love at countless sight saya tak peduli. Yang penting kena ada fasa SIHERO perhatikan SIHEROIN dan study personaliti dulu. HEM BEGITULAH. Watak ROMI dan JULIA dalam cerita ni lain daripada drama lain. Jarang SIHEROIN ni nakal dan jahat. Dan SIHERO pula ialah si kaya yang tak sombong dan hidup sederhana. Tambah satu poin lagi ialah DIA PENERBIT BUKU , DIA PENULIS. BUKU, PENULIS = SAYA. Harus jatuh cinta. ^_^

Adegan jelas menjelaskan pun kena ada, dan camera angle tu kena cantik. Macam dalam babak ni, tepi beranda bilik dan SIHERO masih pakai baju kerja. Dulu mak pernah cakap, lelaki nampak kacak kalau pakai kemeja dan lipat sampai siku tapi saya kata nah.....lame sangat. Tapi sekarang saya pun fikir macam tu! 

Nilah babak berfikir dan menimbal balik keputusan nak kahwin dengan Julia tu. Saya tak tahu kenapa, tapi ssya sangat suka dengan babak ni. Ada tasik, dan seorang lelaki kacak yang sedang berfikir. Indahnya dunia. ( ah gatalnya ) 

Adegan si kacak bersama BABY. Sekali lagi, indahnya dunia. Nampak hidup lelaki itu sudah sempurna dan tidak ada apa lagi yang diharapkannya lagi di dunia ni melainkan kehidupan serba serbi bersama isteri dan anak-anak??? ROMI ketika episod akhir ni nampak sayu dan gembira??? Entahlah wajah yang macam ni sukar ditafsirkan apa yang dia tengah fikir. 

Ingat Thai Lakorn je ada babak menyelamatkan, HERO MALAYA pun ada. Dalam versi komedi lagi. Hakhak.

Drama ni ialah salah satu drama yang konfliknya bukan disebabkan wanita ketiga. Sebab tu wajiblah ditonton, kerana adanya perempuan seperti di atas ni, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik. Kalau sayangkan seseorang, biarlah dia bahagia walaupun tak dengan diri awak. 

Babak ni pun antara babak yang saya suka. Membaca bersama-sama dan duduk-duduk santai. Sambil ditemani cuaca yang sedang elok, persekitaran yang tidak terlalu bising dan tidak pula terlalu sunyi. Saya selalu membayangkan (feeling berangan) kalau saya ada suami nantilah (kalau ada jodoh), kami akan duduk kat beranda 2 orang sambil minum air MILO suam (fleksibel, boleh tukar) dan dengan lagu kat earphone share sambil tengok bintang. Bilakah akan termakbul hajat ni?

Babak menjaga waktu sakit. 

Babak ala-ala pertumpahan darah demi cinta. Romeo and Juliet kan...

Babak si kacak yang bersendirian dan runsing.

LAGI BABAK MEMERHATI DARI JAUH. >_<

Babak Forever Love...

OK lah, rasanya sinopsis tak perlu saya tulis kat sini sebab cerita bukan satu perkara yang asing di Malaysia ni. Banyak versi sinopsis boleh didapati di mana-mana. InsyaAllah sampai berjumpa lagi..


Bibinamet.




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.