Ubat batuk paling sedap. Rasa macam teh.

/
0 Comments
Assalam. 
Minggu ni, saya kena sakit lagi. Sakit yang biasa saya kena. Batuk-batuk dan selsema. 
Tapi, hari saya pergi klinik tu, saya rasa sejuk sangat je bila saya duduk, baring, berdiri depan kipas.Tapi kalau kaki tergesel sesama sendiri, rasa panas je. 

Jadi, sebab rasa dah lain macam saya pun pergi klinik. Sampai sana Dr. Khairati tanya saya demam ke tak. Saya jawab, "Macam tak Dr.". Dia tak percaya kot cakap saya, jadi dia periksa suhu. Rupanya saya dah demam la. Jadi, dia pun cerita la simptom sakit saya ni, sebab dia memang banyak bercerita. Kalau dia jadi cikgu atau mengajar kat USM KUBANG KERIAN tu, mesti ramai skor. Hihi. 

Akhirnya, dia bagi saya ubat batuk. Dia ingat semua nama ubat tu yang saya dengar pelik je. Jargon yang entah apa-apa keluar masa dia suruh jururawat ambik ubat. Dia bagi saya ubat batuk yang tak mengantuk. Katanya dari German, jadi mahal sikit. Tak kisahlah. Yang penting baik. 

Ah, sampai rumah, makan antibiotik dulu dengan ubat sakit tekak. Macam biasalah, ubat batuk kan akhir sebab tak boleh minum air. Hehe. Waktu nak makan ubat ubat, saya sediakan mental saya. Tengok arahan 10 ml. Mak ai. Banyaknya. Em, minum je la. Saya baca Bismillah terus telan. Eh, sedap pulak. Siap jilat-jilat gigi, kot ada sisa. Kat tutup pun saya tonggak lagi. Eh sedap. Memang sedap. Rasa teh. Kalau tak suka teh memang tak sedap la. Tapi saya memang suka teh. Jadi, pada saya ni memang ubat batuk paling sedap la saya pernah rasa. 

Ha ni ubatnya. Jenama Prospan. Naik kapal terbang ubat ni. Hihi. 
sumber: Google Image


Oklah. Sampai di sini dulu. Nanti ada cerita lagi, saya tulis. Bye
Bibinamet.



You may also like

Powered by Blogger.