#Bicara Rawak : Manga Dengan Ada Watak Baby. AKKAN BABY.

/
0 Comments
Assalamualaikum 
(listening to : Hujan -Mencari Konklusi in mid 2014!!!)

Dulunya saya seorang pembaca Manga yang tak kurang tegarnya. Biasanya saya akan pulun untuk baca Manga tema Josei (biasalah girls kan) dan Supernatural. Tema -tema begini sangat vibe untuk saya. Boleh buat saya pergi sekolah dengan perasaan terawang-awang dan tak sabar nak balik, buka internet dan IT'S MANGA TIME. 

Tapi sejajar masa beredar, dan saya mulai menua (sadis), vibe yang dahulunya selalu menjenguk dan hidup bersama saya itu seakan-akan mati. Dia hilang entah ke mana. Bawah katil barangkali???
Gurau je. ^_6

Oh ya kat mana kita tadi? Manga's vibe.  Kalau saya membaca Josei (and any genres parallel to this mode) saya tak boleh elaklah daripada BABY. Betul, betul? Setuju tak?

Dan selepas khatam dengan Hana Yori Dango yang ambil masa dekat 2 minggu nak habiskan (beratus volum tu), saya terjumpa dengan AKKAN BABY. 

Akkan Baby is superb. Check this link out.

Ada versi lain untuk cover but a bit unappropriate. Jadi terimalah ini. 

Akkan Baby boleh jadi satu drama yang sangat baik di Jepun, PERCAYALAH. Kisah Yuki dan Shigeru.  Dengan masih mengekalkan tema ketimuran (sebab saya shocked sikitlah kalau tengok Glee ke atau High School Musical), atau bahasa mudahnya nak macam yang sesuai dengan latar psikososial yang macam orang-orang Melayu sikit, Akkan Baby akan diterima baik semua. 

Plotnya biasa je, dua orang budak yang suka band yang sama berjumpa kat konsert, jadi kawan baik, dan (ni part yang tak boleh nak terima sikit) buat eksperimen cuba-cuba dalam hubungan seks dengan masing-masing tak tau yang sedang diorang buat tu ialah hubungan seks. PERCAYALAH IT HAPPENED.  Kalau dah ada hubungan seks mestilah kena ada mengandung. Dan berita mengandung anak luar nikah tu akan buat telinga dan minda mak bapak akan bercelaru, haru biru.  Biasanya macam tulah. 

Tu kat jepun, kalau orang Melayu kat sini, sama je kan. Ramai ibu bapa yang tak boleh terima anak luar nikah dalam keluarga ni. Tapi saya tak kata semua. RAMAI yang tak boleh terima. Lebih kurang sama kan?

Seperkara lagi, lukisan oleh mangaka pun sangat mempengaruhi. Saya cerewet. SANGAT. Kalau lukisan bulat-bulat dan nampak sangat tak real, sure letak tepi. Dan Akkan Baby tak mengecewakan saya. 

Ni antara keratan keratan daripada Akkan Baby. Biarlah gambar yang bercerita.

Masa pertemuan Yuki dan Shigeru dalam konsert CONFLICT, band kegemaran diorang. 

Part baru jumpa dan nak buat eksperimen. Mereka ni nampak penyanyi band pujaan mereka tu dalam keadaan macam ni, dan mereka nak cuba. Note the caption " We don't even know each other's name"
Bagi saya caption ni sangat innocent.  

Part Shigeru (Heroin) buat test kehamilan. 

Yuki yang jadi BATU lepas dia tahu Shigeru mengandung dan abang Riu basuh otak dia supaya dia bertanggungjawab kepada Shigeru. 

 Ada unsur lawak yang menunjukkan HERO tu tak semestinya kena perfect dan kacak sepanjang masa. Macam dalam Hana Yori Dango yang semuanya Flower Boys. YUKI bukan watak yang sebegitu. 


Babak Yuki yang baru pulang kerja jadi buruh kontrak. 


Babak Yuki yang terpaksa menjadi babysitter untuk baby yang tiba-tiba ada depan pintu rumah. Waktu nilah, dia mahu Shigeru lahirkan anaknya. 

Waktu Yuki struggle nak jaga baby yang datang tiba-tiba ni. Dia siap kata ni ujian TUHAN kepada dia. HIS MISSION. Hehe. 

Speechless. Terlalu indah. 

Diorang terlalu muda. TERLALU. 


Akhirnya, Norio (bapak Shigeru) terima untuk biar Shigeru lahirkan anak. Terharu sangat. Akhirnya betullah keras-keras hati bapak, dia takkan nak tengok anak dia menderita. Dia takkan sakitkan anaknya. 

Ada cikgu yang menentang Yuki dan Shigeru. Mereka berdua nak dibuang sekolah sebab BAYI tu. Tapi akhinya, kita semua tahu cikgu tu hanya nak yang terbaik untuk anak-anak muridnya. Sayang sikit cikgu korang semua. ^_6

Babak ayah Yuki berlutut minta pada ayah Shigeru supaya  Shigeru tak gugurkan baby. Dia mintak maaf dan tahu anaknya Yuki tu bodoh macam dia. Hehe. Tapi bapak Yuki ni dah  buat pembaca rasa kagum dengan dia. Sebabnya? Nanti saya tunjuk scene lain. 

Yuki ialah manusia (kalau dia wujud) yang paling Positif pernah aku jumpa. Dalam hidup dia, dia takkan rasa tembok depan mata tak boleh dia atasi. Sebab tu, dia boleh jadi bapak dalam usia semuda tu. Saya salute Yuki walau perbuatan dia (yang terlalu bodoh dan dungu) tu dah buat Shigeru dalam masalah besar, dia masih tak tinggal Shigeru dan selalu pujuk supaya semangat balik. What a boy. Macam scene kat bawah ni jugak. 

Kawan-kawan yang menyokong supaya diorang tak diberhentikan sekolah. Sedih kan?

Ayah Yuki yang baru balik dari laut dalam memburu ikan. Dengan seekor memerang bernama Aza-Chan yang comel. Takdirkan. Dia bertemu ayah Shigeru yang larikan diri. 

LAWAK. HAHA. 


Lepas ni semua dah masuk part yang sedih dan peringkat keluarga nak menerima berita yang Shigeru dan Yuki akan dapat baby. Saya tersentuh masa ni sebab nampak peranan ibu bapa yang tak mahu anak-anak menderita dalam usia muda. Sigh. 

Memang sifat biasa manusia yang suka salahkan orang lain atas salah silap sendiri. 

Sisi ayah Yuki yang akhirnya keluar apabila dia dikatakan tak pandai jaga anak sampai menyebabkan anak orang lain mengandung. 

Sisi matang Yuki pun keluar waktu ni. 

Sedih kan? Sayang ayah korang semua. 

Betullah, sampai bila nak lari daripada masalah. 

Part waktu anak Shigeru dan Yuki dilahirkan. Ramai yang menanti. Waktu ni tal bohong saya pun boleh mengalir air mata. Banyak sangat yang diorang berdua dah lalui sebelum nak lahirkan bayi. 

OKlah. Happy ending. Bolehlah baca kat mana-mana hub manga yang online dan paling penting FREE! 

*********

BLURP!!! Ni pulak siri UFO BABY yang ada kat NTV7 dulu. Ingat tak? Ala budak zaman 90's macam saya ni taula rasanya, yang generasi 20's ni lebih kenal KAPTEN BOLEH dengan ELI DAN EPIT kot. Hehe. 
Lain kali la review ni. 

Sampai ketemu lagi. 
Bibinamet.



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.