Projek Cuti Panjang

/
0 Comments
What to do when break breaks you?

MEND IT. 

How to mend it?

PLAN IT.

Ok now. Macam mana nak plan cuti yang panjang kira-kira dekat tiga bulan dengan penuh efektif dan bermanfaat? Kiranya menjadi pelajar universiti ini bagus sebenarnya. Ada banyak masa lapang, cuti yang panjang, dan bermacam-macam perkara yang boleh dilakukan waktu cuti itu. Cuma tahu atau tak tahu sahaja. 

Ye dak?

Jadi, saya ingat saya nak plan apa yang saya nak buat sepanjang cuti waktu Ramadhan sekali dengan Raya nanti. Mulanya saya ingat saya nak kerja, tapi bila difikirkan balik, macam malas pulak. Hihi. Tapi, apa nak buat kalau tak kerja? Ha...ni bendanya.


CROCHETING
Kedengarannya macam tradisional dan membosankan. Tapi, benda ni lah yang akan saya buat nanti sepanjang cuti. Mungkin saya akan buat beberapa projek Applique yang boleh didapati di Youtube atau di Ravelry. Kenapa applique? Sebab mudah! Sebenarnya saya dah mula buat beberapa projek applique yang mudah pun. saya buat Kereta, Bintang, Ikan. Nak gambar? Kejap eh. 



Yang kereta tu mengambil masa kurang 2 jam sahaja untuk disiapkan. Ikan lagi cepat, tak sampai pun 10 minit. Bintang bergantung kepada jenis benang kait yang saya guna. Sebenarnya kat tempat saya ni yang paling murah benang Nona dengan Minlon lah, RM 2 satu (mungkin dah naik sikit sebab GST). Tapi, saya ada terbeli 2 jenis daripada Daiso yang setiap satu harganya RM 5. Untuk jarum pulak, saya biasanya guna saiz 5 jenama Rose tapi sebelum tu saya selalu guna saiz 3.13 jenama Tulip. Tapi tu jelah pun hook yang saya ada. :) In shaa Allah nanti saya tambah lagi.  

Kalau nak cuba buat boleh cari kat Youtube. Jap eh saya bagi link Pinterest saya. Saya dah Pin It kat situ. Boleh check kat Babystep Crocheting. 

Pinterest link : https://www.pinterest.com/irsalinaisa/babystep-crocheting/


COOKIES DECORATING
Yang ini mencabar sebenarnya. Sebab waktu cuti tu saya puasa. Siang puasa malam pergi terawikh. Jadi nak tak nak kena buat projek ni waktu siang jugak. Ok, berdasarkan beberapa background reading dan observation, saya mungkin akan mula dengan projek biskut Raya gambar ketupat. Macam ni la lebih kurang. 


Jadi, basically, inilah design yang pertama. Rancangan saya macam ni, saya akan drill diri saya ni buat biskut bentuk ketupat ni. Jadi saya dah jimat idea dan jimat warna icing. Betul tak. Saya tinggal beli warna hijau je. Tak payah fikir banyak. Lepas tu, saya nak tanya kat kawan-kawan kalau mereka mahu beli cookies saya yang comel ni. Erm, mungkin akan mintak mak tanyakan kat sekolah ada ke cikgu-cikgu nak beli (ergh malunye). Nanti lepas saya dah mahir dengan decorating, saya boleh move on dengan projek lain. Ye dak?


WRITING NOVEL & SHORT STORIES
Ni pun, payah jugak. Saya ada projek baru sebenarnya untuk novel. Kali ni saya buat cerita pasal persahabatan sebab saya tak pandai lah nak elaborate cerita yang latarnya romantik. Saya tak ada pengalaman dan imaginasi tak kreatif sangat. Jadi, saya hold dulu projek yang settingnya romantik sampai saya dah berpengalaman sikit. Hihi. 

Untuk publish dekat Penulisan2u saya serba salah lah. Sebab idea dan gaya penulisan saya ni tak ikut kronologi. Macam mana nak kata eh, kadang saya punya novel dah siap pun endingnya. Perkembangan cerita tu yang lambat. Saya jenis suka fikir kata-kata (dialog & monolog) dulu apabila saya menulis. Jadi macam mana nak publish. Ye dak?

Setakat ni, projek novel tertangguh saya ada dekat 3, 4 gitulah. Ni bendanya. 

1)  Pelangi Senja (paling tua dan susah nak sambung sebab hero mat saleh)
2)  Bintang-Bintang Dari Tanah Selatan (ni pun susah nak kena cari aspirasi)
3)  Reset (ni cerita pasal binatang, saya tak jumpa konflik lagi tapi ending dah siap)
4)  Merenung Ke Langit (yang ni lah yang saya nak fokus sekarang ni sebab yang ni tak romantik)
5)  Sebelum Itu (yang ni pun kena tangguh dulu sebab kena buat research pasal penulisan)

Projek short stories pun ada 2 ke 3 macam tu. Ni bendanya.

1)  Dunia Kecil Itu (ni saya nak buat sequel tapi tak jadi lagi. Idea belum murni)
2)  Kerria Si Kembang Kuning (yang ni sebab saya tak jumpa konflik jugak)
3)  Page 216 (ni pun takde idea lagi)

Banyak betul kan? Idea tu banyak. Tapi susah nak susun. Haish.


Rasanya itu sahaja dulu plan cuti panjang saya. 

Goodluck to me.

Bibinamet -----@



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.