Persiapan PDPR Guna Whatsapp Group & Canva (PKP 3.0 version)

/
0 Comments
Persediaan pdpr 3.0


Salam, hi. Saya Lina dan hari ini saya nak kongsi sikit apa yang saya buat untuk persediaan kelas PDPR yang berlangsung 5 minggu sempena PKP 3.0 ini. Untuk yang tidak ingat, tarikh PDPR 3.0 ialah daripada 13 Jun hingga 16 Julai 2021. 25 hari dan 5 minggu.

Download Takwim PDPR di bawah.

Takwim PDPR KPM PKP 3.0


Buat Jadual Kaedah Pengajaran 

Bahasa mudahnya, buat siap-siap satu jadual yang ada perancangan untuk 5 minggu terus. Tengok contoh di bawah untuk lebih faham.

Jadual perancangan PDPR
Kelas Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia 

Jadual perancangan PDPR

Cara guna jadual kaedah pengajaran

1. Saya akan upload jadual ini dalam setiap Whatsapp Grup kelas yang saya ajar untuk semester ini. Untuk sesi 1 tahun 2021, saya mengajar 4 kelas Sijil Vokasional Malaysia.

2. Saya akan maklumkan awal pada pelajar-pelajar saya yang mereka kena baca jadual ini dan rujuk pada setiap kali ada kelas English dengan saya.

3. Selepas habis kelas PDPR, saya akan edit jadual ini di Canva (nanti saya buatkan tutorial macam mana nak buat) dengan tanda ✔️

4. Saya upload semula jadual beberapa hari sebelum sesi kelas yang seterusnya. Kelas saya cuma sekali seminggu bagi satu kelas, kalau cikgu ada 2 kali maka cikgu punya jadual akan lebih panjang daripada saya.

Kenapa saya buat jadual kaedah pengajaran

1. Pelajar saya selalu bagi alasan kata tak ada line internet lah, buat alasan kata Google Meet banyak makan data internet merekalah dan banyak lagi. Cikgu pun dah tahu kan?

2. Tak perlu setiap minggu Google Meet. Ya betul juga sebenarnya kata pelajar saya, data banyak habis bila Google Meet daripada pagi sampai petang (saya mengajar pelajar kolej vokasional jadi jam pengajaran daripada 8.00 am - 5.00 pm) 

3. Dapat cuba pelbagai kaedah pengajaran jadi saya sendiri pun tak bosan! Kalau saya sendiri pun bosan, apatah lagi pelajar saya ðŸ˜º Jadi tak adalah sia-sia rakan-rakan guru kita buat video tutorial mengajar guna Quizziz, Padlet, Wakelet, Canva dan macam-macam lagilah kan.

4. Saya lebih bersedia dan bersemangat nak mengajar. Yelah, kalau setiap minggu guna Google Meet atau bagi arahan untuk buat latihan dalam Whatsapp group, saya bosan! Hehe.


Guna Whatsapp Group Khas Untuk Subjek Saya

Dulu saya guna saja Whatsapp Grup kelas rasmi. Tapi lepas tu saya perasan yang cikgu lain dapat tengok lesson saya dan respon pelajar. Masalahnya ialah cikgu lain dapat banyak sangat notifikasi yang tak berkaitan dengan mereka. Jadi, penyelesaiannya; Whatsapp Grup SENDIRI!

Whatsapp Group kelas


Macam tu lah saya masukkan jadual kaedah pengajaran dalam Whatsapp Grup kelas saya. Takwim PDPR pun saya hantar sekali biar students saya tahu sampai bila dia kena PDPR. 

Tutorial buat Jadual Kaedah Pengajaran guna Canva nanti saya tulis di post yang lain. (Link ke tutorial akan dikemaskini nanti)

Dah, itu sahaja. Semoga PDPR kali ini lebih bermakna ~~~~

#pdpr3.0



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.