INDIGO atau KRISTAL

/
0 Comments
pernah dengar perkataan INDIGO?

aku pernah dengar dan pernah tengok satu buku tajuknya 'DETEKTIF INDIGO' karya FAISAL TEHRANI.

dan tahun lepas dalam keluaran Feb 2009 DEWAN KOSMIK ada terbit artikel tentang Kanak-kanak Indigo.

apa indigo ni sebenarnya. kanak-kanak indigo dikaitkan pada awalnya dengan masalah ADD, tanpa diketahui ramai doktor pada ketika itu dunia telah muncul satu revolusi baru kanak-kanak yang lahir dengan tugas atau tujuan memulihkan bumi. hal ini bukan berkaitan dengan kelahiran nabi palsu ke john connor penyelamat akhir dunia ke...tidak sama sekali. tapi mereka ada aura dan warna hidup yang berbeza atau baru. dan warna mereka ialah indigo yang terletak antara cakera warna biru dan putih. dekat Indonesia misalnya dah ada KPSII (Komunitas dan Pusat Studi Indigo Indonesia).

isu ni bukan benda baru tetapi dah lama dibincangkan sejak tahun 1980-an lagi. menurut Nancy Ann Tappe dalam bukunya Understanding Your Life Through Colour, kebanyakan kanak-kanak indigo lahir pada tahun 1960-an.

kanak-kanak indigo mengalami 'penuaan jiwa' sampai ada sesetengah agama seperti Budisme, Hinduisme, Jainisme, Sikhisme, dan Taoisme percaya indigo sebenarnya terjadi melalui proses reinkarnasi. walaubagaimanapun, Islam menolak pendapat ini sebab manusia tidak boleh dijelmakan kembali sesudah mati seperti hukum karma yang dipercayai dalam kepercayaan Hindu.

ciri - ciri kanak-kanak indigo dilihat melalui empat kumpulan:

  1. kanak-kanak indigo dengan keupayaan indera keenam
  2. kanak-kanak dengan kecenderungan bidang seni dan sastera (kepetahan bertutur dan tulisan untuk mengubah suasana)
  3. kanak-kanak dengan kelebihan menyembuhkan pelbagai penyakit
  4. kanak-kanak yang bijak mengkoordinasi program dan merangka usaha pembinaan projek

ciri-ciri kanak-kanak indigo:

  • mereka kreatif dan berfikir di luar kotak pemikiran
  • selalu membantah sesuatu peraturan yang sedia ada
  • sangat matang dan lebih tinggi kesedaran
  • datang ke dunia dengan niat ingin berbakti
  • ada perasaan menghayati hak mereka di dunia
  • tak suka buat sesuatu ritual lama dan tidak perlu kekreatifan(terkongkong)
  • nampak macam antisosial
  • tidak malu buat atau minta apa yang mereka nak(berani lebih-lebih)

senang kata kat sini, kanak-kanak indigo ni lebih ke hadapan pemikirannya, usia pulak tak macam usia yang tertulis kat surat beranak(macam orang tua)

contohnya kalau belajar tu, ada budak yang dengar je apa cikgu suruh buat, kalau belajar matematik tambahan contohnya, kanak-kanak indigo ni suka mempertikai, " belajar macam ni semata-mata nak biar aku pandai buat kira-kira masa periksa je ke?" "manade setiap hari kat rumah buat kira-kira macam ni" " f(x) ni mende ape, dy/dx ni mende ape. tujuannye ape?"

bila asyik banyak tanye, banyak songeh, buat semua bende nak kene tau tujuannya, selagi tak nampak, nak memberontak

pada pandangan aku, orang-orang indigo ni memang adalah. contoh paling latest sekali Adi Putra lah... lagi macam Pak Sako, Leonardo da Vinci, Aristotle, ntah-ntah Tun Dr Mahathir tu pon sebenarnya indigo. sebab dia ish lainlah...

pemikkiran mereka ni kompleks sangat dan terlalu jauh sampai tak tercapai akal kadang-kadang.

jadi, fikir-fikirkanlah....kalau yang nak ambik periksa SPM tu....yang rajin sangat belajar tu
sebenarnya apa tujuan korang belaja bagai nak rak semata-mata nak keputusan cemerlang giler dlam SPM. ramai graduan kita takdekeje. budak nerd ni sebenarnya dipergunakan je. bagi aku mereka yang pandai itu bukan hanya mereka yang hebat dalam ilmu sains dan matematik sahaja.

tak adil mengatakan budak sastera ialah bodoh. umpamanya mengutuk pejuang kemerdekaan negara yang kebanyakannya merupakan golongan guru dan wartawan yang terlebih awal mempunyai kesedaran tentang erti ketuanan atas tanah air sendiri. siapa mereka macam ishak haji muhammad, A. Samad said, pendeta za'ba, kalau bukan penulis(orang yang melontarkan ideologi). keupayaan otak kanan mereka sangat hebat.

kesimpulannya kat sini, aku salute orang otak kanan. mereka kreatif, bijak, berpandangan jauh, melihat sesuatu pada keseluruhannya(penulis hebat seperti khaled hosseini yang boleh buat pembaca macam berada di afghanistan), ada ketokohan untuk memerintah, pandai berkata-kata

aku cuma ambil iktibar daripada kisah kanak-kanak indigo nih. tak salah orang yang bukan indigo pon ingin berfikir seperti mereka. sebab pada dasarnya mereka ni pemudah cara, dan tahu apa yang mereka mahu. jadi, budak sekolah macam aku yang tak lama lagi akan terdedah dengan dunia , akan kenal 'siapa dunia ni sebenarnya', sepatutnya lebih jelas dengan matlamat aku. aku belajar sebab apa? aku hidup sebab apa? aku ibadah sebab apa?

*kanak-kanak kristal masih dalam proses kumpul maklumat


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.