KOMUNIKASI

/
2 Comments




hai....penat baru balik kene maki, eh silap silap, habis belajar memandu. bukan penat fizikal, penat mental.

biasalah budak zero tiba-tiba kene bawak kapal terbang, bagaimanalah hamba nak tahu....
*aku terfikir macammana diorang2 yg aku nampak kereta mereka meluncur gah di jalan raya itu tahu memandu sehebat itu*

kenapa aku cerita pasal ni? sebab ada kaitannya dengan masalah KO-MU-NI-KA-SI

apa kaitannya?

aku tak paham kadang-kadang orang yang berkomunikasi dengan perasaan semoga-kau-paham-paham-sendiri ni.

contoh kalau aku kat kedai(jaga kedai), ada pelanggan datang dengan muka orang sembelit, tapi memandangkan dia pelanggan, aku sabarkan je. customers always right. lepastu berhajat nak beli rokok misalnya, lalu dia pon berkata dengan aku dengan suara bak semut. mulut tu macam tak terbuka. mata tak ada connection. ambooi bukan aku nak mengurat pon, paling2 orang kata mata tu tak pandai berbohong. nak rokok, kat dunia ni ada berjuta jenis rokok, lalu aku pon tanyalah nak rokok apa? *yg beli rokok tu lelaki lah*, jadi mungkin die terlebih pandai menyangkakan yang aku ni paham 'bahasa rokok' lelaki-lelaki. selamba sajalah dia akan berkata contoh ayat lazimnya:

"nusan"____paham tak?*melopong*. ada dua warna . Hijau dan merah
"winston"_____bagi perempuan yg tak pernah beli rokok, winston ada merah dan putih. sekadar beritahu
"surya"____melopong lagi.
"canyon"____pon ada merah dan hijau
"petehr stevesin"____bahasa jerman. nak sebut pe-ter stuy-ver-sant pon susah sangat ke?

ini bahasa apa ni. binatang apa sahaja yang mereka katakan. bahasa isyarat antara lelaki-lelaki-si-penghisap-rokok????
berilah arahan dengan jelas dan terperinci. aku bukan manusia yang guna bahasa-paham-paham-sendiri tu.
lagi pula telinga aku ni bukanlah mampu mendengar suara ibarat semut kauhorang. kalau nak beli nusan cakaplah warna apa, canyon pun, winston pon, manchester pon, john pon, pe-ter stuy-ver-sant pon. manalah aku tahu korang menghisap rokok jenis ape. takde tulis kat bibir kalian yang gelap tu. "aku cuma cintakan surya 12"....TAK ADE!

AH penat kepala ni. pening melihat telatah manusia yang a
la-ala malu dengan 'wa-ni-ta' seperti aku. serius aku tak ngurat pon. tunjuk cool pon janganlah sampai aku menyampah dengan ke'perempuanan' suara dan ke'pelikan' bahasa isy
arat korang.

waktu belajar memandu pulak, adui cikgu aku anggap macam aku ni dah hebat bangat di jalan raya. ai kadang-kadang berlaku juga kegagalan komunikasi. macam dia suruh buat lain, lain yang aku buat. sebab kadang-kadang aku tak dengar
dan tak jelas dengan arahan dia. *berkerut muka*.

takpe, ibarat pantun dahulu kala:
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

yang ni aku tuju khas untuk eliza eh. sabar.....dah pandai nanti, ayuh kita melanggar peraturan.

apa-apa pon, komunikasi itu ibarat tali yang bersambung dari satu tempat ke satu tempat yang lain. andai tali itu terputus, adakah dapat maklumat sampai ke satu pihak yang lain. jadi cara berkomunikasi pon haruslah setiap daripada kita faham dan mahirkan supaya tidak menimbulkan tanda tanya terhadap pihak yang hendak kita sampaikan maklumat itu tadi. komunikasi itu penting. tak ada manusia yang tidak berkomunikasi dengan insan lain untuk satu hari , ye walaupun untuk satu hari. dan kita tak harap orang lain tidak dapat memahami bahasa dan arahan kita. tapi sendiri mahu ingat. ilmu untuk berkomunikasi tiu mesti ada, supaya kita tidak merasa fedap apabila orang tu tak paham kata-kata kita.

~tamat~


You may also like

2 comments:

Powered by Blogger.