Marah dari sisi KORIN

/
4 Comments
*entri ini ditulis oleh korin, segala explicit language ataupun pelanggaran etika penggunaan kata sila maafkan*

MARAH?
dah lama aku tak tulis pasal rasa marah aku dalam blog. tapi hari ni aku dah tak boleh sabar lagi. aku akan rasa tak berguna dan tertekan kalau tak tulis kat sini.

Aku rasa aku dah cukup 17 tahun. tahun ni pon umur sebenar aku 18 tahun cuma belum genap. logik ke budak umur 18 tahun nak kene marah macam budak 8 tahun. impossible lah...atas sebab2 tak munasabah pulak tu. bagi abah mungkin munasabah tapi bagi aku ini TIDAK MUNASABAH.

kes pertama :
semua sedia tahu budak lepasan SPM sekarang ni memang takkan jejak kakii kat sekolah lagi, belajar, kena maki dengan cikgu pasal tak buat homwek. tapi itu dulu, kini kami mencari hidup kami sendiri. mungkin orang dewasa akan salahkan aku kalau aku kata ni pada mereka;

" salahkah aku nak rasa bebas sikit. dan buat sesuatu yang aku suka. aku ada cara aku sendiri"

aku tak cukup besar ke untuk buat keputusan aku sendiri. tak cukup besar ke. sampai bila aku kena ikut telunjuk keluarga., sampai bila? cukuplah aku rasa diri aku tak berguna barang sesen dengan duduk kat rumah menganggur, buat keje2 surirumah...tak cukup ke aku korban masa remaja aku, dengan kejelesan melihat remaja lain bergembira, dapat peluang kerja, ada masa untuk diri sendiri, boleh buat segala urusan dengan cara sendiri dan tidak dikongkong dengan cara 'orang lain'? aku jugak ke yang salah. kadang-kadang aku rasa drama dan filem kat tv yang tayang betapa mak bapak diorang considerate dengan diorang, bila diorang ade masalah akan approach anak diorang dan tak beri tekanan pada anak tu merupakan DONGENG semata. tak wujud mak bapak yang macam gitu. APATAH lagi dalam komuniti mak bapak berasal dari kampung dengan anak2 sekali duduk kampung. jangan buat aku benci org kampung sedangkan aku sendiri org kampung

tapi kalau dah gayanya aku sendiri rasa kolot dengan cara hidup 'golongan ini', KONSERVATIF giler...SICK lah ....

contoh perbezaan pemikiran aku dan keluarga aku:

1. time nak ambik adek aku balik sekolah....aku rasa tak patut bapak aku nak marah aku semata-mata kerana aku ni'ontime' ambek adek aku. 12.50 tengah hari dia balik, pukul 12.50 lah aku stat motor dari rumah. tambah masa perjalanan mungkin dalam 2 3 minit, aku sampai dalam 12.53. aku budak sekolah, aku taulah, tak mungkinlah aku akan kjeluar tepat pukul 12.50. paling2 pon nak kemas barang, nak jalan lagi dari bangunan ni ke bangunan tu. salah ke aku ikut cara aku. itu pon masih dikira lambat. aku tau bapak aku jenis yang setia dengan masa, sampaikan aku sekali nak terbabit. rambut memang sama hitam hati lain2. aku ialah aku, mana boleh nak jadi macam org lain.

2. balik lambat dari sekolah dan ade kerje sampingan. ini pon nak jadi kes besar. topik hangat. tahun lepas je asal aku balik lambat, dah tu sampai rumah...elok je aku jejak kaki kat lantai beranda tu ade suare sumbang nak perli2 aku: "kau baleknye kok petang2. ain tu kok balik nye awal" ...ehhhSICK LAH...kekadang nak je aku jerit DIAMMMMMM!!!!!! ingat aku buat ape kat sekolah tu? aku ada kerje aku....kalau nak marah aku sebab aku pegi dating ke, melepak sampai tak ingat nak maghrib,,,AKU TERIMA ITU SALAH AKU. tapi untuk sebab aku bertugas kat library dan aku nak stay back sebab aku ada group discussion dengan membe PON NAK BISING....aku penatlah...INI HIDUP AKU....INI CARA AKU...tak suka boleh diam...bungkus diri dalam gua...tak payah campor dengan komuniti yg macam aku ni...selama aku hidup aku tak pernah lah nak persoal kenapa si polan tu pakai ketat, kenapa si polan tu asek dating, kenapa si polan tu gatal nak mampos, kenapa si polan tu mulut tak de insuran...NEVER KAY...diorang ADE OTAK YANG AKU OUT OF BUSINESS AKU HIDUP DENGAN AMAN DENGAN HIDUP AKU...

3. satu lagi ialah nak beza-bezakan aku dengan insan lain...alohai kalau semua orang pon same je dalam dunia ni hilanglah kepelbagaian dan seninya....ye aku mengaku AKU SUKA BANGUN LAMBAT...AKU SUKA TIDO LEPAS SUBUH...AKU SUKA MEMERAP DALAM BILIK...AKU MALAS NAK BERGOSIP DENGAN ORANG...AKU MALAS NAK BAWA HANBAG KELUAR RUMAH...AKU MALAS NAK BUAT KERJE BERAT DAN TERPAKSA PEGI KE KEBUN KE ....itulah aku...itulah identiti aku yang orang akan kenal...itulah aku. tapi bila ade suara-suara hangit macam : "si s***dengan si a*** tu bangunnya pagi. dia je dengan si n*** suka bangun lambat. l**** pon bangun pukul 7 mandi terus lagi." ...." alah a*n tu pon suke je makan peria...tak tolak lah die"....itu ME-RE-KA PU-NYE PA-SAL....

kes 2:
selama aku hidup terutama selepas aku melepasi usia 10 tahun aku belajar menerima hakikat bahawa aku bukan algi geng budak kurus ayu jelita. aku juga baligh dengan umur yang awal iaitu 11 tahun. dan aku tak salahkan diri aku kalau badan aku naik mendadak dan ciri2 perempuan aku mula menampak dari hari ke sehari. aku TERIMA. dan stat dari hari itu juga aku terima hakikat aku masih ade pakwe hensem yang aku sangat sayangi tapi aku tak tonjolkan kerana prinsip aku : BILA KAU SUKA SESEORANG KAU JANGAN TERLALU SUKA KERANA KALAU APA 2 TERJADI PADA HUBUNGAN KO, KO YANG AKAN FRAS MENONGGENG. *ini falsafah aku*dan aku mula rasa rendah diri pada pakwe aku yang hensem tu kerana aku rasa aku tak layak...dengan nak mengaku " EH ITU PAKWE AKU EH" TI-DAK/ NE-HI/ NE-VER. ...jadi aku cuba bina kekuatan dalaman yang kentak dengan hanya senyum dan cuba melawak dengan sesiapon yang menegor kegendutan aku pada usia itu walaupun aku rasakan *masa tu umur aku dalam 12 tahun* adalah normal aku berbadan dengan saiz begitu, dengan aku yg dah menjadi ga-dis @ wa-ni-ta. aku rasa hidup aku cukup perfek. ditambah elemen kehebatan dalam akademik, orang lain TUTUP MULUT KORANG daripada nak mengata aku. contohnya ade cikgu aku yg vogue masa aku darjah enam..nama cikgu tu puan moliyana...dia perasan lawa...HAHA AMBEK KAU, die pernah cakap kat aku time aku dipaksa memakai skirt labuh kerana aku seorang pengawas masa aku darjah nam:

"eh irsalina saya rasa kain awak kene besar lagilah."

SU-DAH-LAH. ....ingat aku nak peduli...aku sengih je...tambahkan lgi rasa puas hati cikgu tu lepas die berjaya mengutuk aku secara terang-terangan. tape kita biar die puas dengan kesukaan hati die tu....aku tak suka nak cari gadoh....kenapa? memang aku BUKAN JENIS MACAMTU.

dan kini pulak bila aku rasa, orang 2 yang profesional takkan menilai kehebatan kau dengan hanya melihat daripada luaran kau tu semakin mengukuh, ada batu besar yang jatuh hempap kepala aku dan kemudian campak jasad aku kat jalan rya...biar steamroll lenyek aku....

MAK BAPAK aku sendiri. kenapa mesti mereka pon nak malu dengan bentuk badan aku. kenapa nak mempersoalkan samada aku ni nanti akan dapat jodoh ke tak? ??? kenapa mesti nak beri alasan aku ni perempuan makanya aku kena nampak cantik sentiasa....ADIL KE MACAM NI????AKUingat selama ni dengan aku jaga reputasi aku dalam akademik, aku tak kasi hangit nama diorang dengan buat perkara tak senonoh, aku dah cukup gembirakan hati diorang dan diorang dah cukup berterima kasih dengan aku. ternyata aku SA-LAH....mereka juga termasuk kategori melihat seseorang dari luaran....perasaan aku? jangan tanya. aku boleh tadah lagi orang lain nak kata aku pendek...berat macam anak gajah...hitam macam keling...gigi kedepan...jeber...n so on. AKU BOLEH TERIMA DAN PERSETANKAN KATA-KATA ITU....tapi ini ialah mak bapak aku...MAK BAPAK AKU....Yang bawa aku ke dunia ni....


kesimpulannya....janganlah tolonglah aku merayu dengan kau YA ALLAH...aku rasakan cuma kau seorang yang dapat faham aku walaupun kau takkan bercakap dengan aku, pandang muka aku dengan keadaan aku nampak zat kau...supaya aku mampu tenang semula...
bagitau aku YAALLAH...aku ke yang salah...aku ke yang terlalu manja..aku ke yng tak pernah dewasa...aku ke yang bodoh...aku ke yang hodoh...aku ke yang tak patut ada dalam dunia ni...aku ke yang tak berguna.....

kau belum pernah bagi aku peluang berdikari dengan cara aku sendiri....aku tunggu ALLAH...AKU TUNGGU....aku tunggu kau akan beri aku dan pulangkan setiap sakit hati aku...setiap air mata aku dengan satu HADIAH PALING BERHARGA PALING BERMAKNA...kau tahu apa yang aku nak dalam hidup aku...kau dengar semua doa aku selama ni....aku TERIMA ya ALLAH kau belum kabulkan semua nya...aku terima ....aku tunggu ya ALLAH kerana kau takkan mungkir janji...kau takkan hampakan aku....




You may also like

Powered by Blogger.