Ku Jejak Bumi Aussie Bhg 3 (Langford Islamic College)

/
0 Comments
Assalam :)

Lama juga saya tak sambung cerita saya kat Perth tu. Entahlah saya rasa macam tak ada idea nak mula sambung cerita tu dari mana. Tapi hari ni, saya rasa bosan gila sampai dah tak ada benda menarik lain nak buat (cuaca pun freaking hot) sampai saya kena heatstroke dan tiba-tiba teringat nak tulis balik ;) Jadi cerita hari ni ialah tentang kanak-kanak comel yang ada kat LIC. 


Jalan nak ke sana adalah dalam 40 minit dari apartment saya. (jangan tanya apartment saya kat mana). Naik bas 40 orang daripada semua peringkat usia ada. Campurkan budak uni dengan budak sekolah, pensyarah dengan cikgu-cikgu lagi. ==''.




Sedikitlah saya nak tunjuk suasana sekolah mereka. Ah jangan tak tahu sekolah ni sekolah rendah. Jadi, niat nak cari jodoh tu bungkus la siap-siap dalam roket kertas campak balik Malaysia. Jangan nak berangan. 0..o




Ini pintu masuk ke kelas. Lain tak macam kat tadika saya dulu. Pintu dah nak roboh tu ha. Heheh. 



Saya terjumpa gadis-gadis ni masa diorang nak masuk kelas. Yang tengah tu dari Indonesia yang sebelah lagi Iraq kalau tak silap la. Sama tinggi dengan saya kan, maklumlah makan keju dengan susu hari2 mana tak badan kaya kalsium walaupun baru umur 12 TAHUN. Iyok!


Yang dua orang kecik ni nak pergi tandas. Mula-mula saya pelik kenapa diorang ni main kereta api, dan nak ke mana. Budak-budak yang lain elok je kat tempat masing-masing. Ley rupanya cikgu diorang ajar masa pergi tandas pun ada dan kena berdua-dua atau bertiga-tiga. Hai...teringat waktu sekolah rendah dulu sebelum masuk kelas kena beratur. Sampai sekarang saya tak paham kenapa kena beratur bagai padahal nak masuk kelas je pun. =..=''


Pintu masuk kelas darjah 1!!! Kiut




Darjah 1 yang sangat antarabangsa. Ada yang dari Indonesia (yang pakai tudung depan sekali), Syria, Malaysia (budak lelaki paling nakal kat belakang sekali), dan macam-macam lagi lah. Bes kan diorang. Mak bapak belajar @kerja kat luar negara, dapat peluang kenal macam-macam kawan. Kalaulah...(tak bersyukur sangat dapat pergi tadika kat Malaysia)


Ini pula kelas untuk budak tadika. Sekali lagi, tertarik gila dengan konsep growing as one in a diverse community. Macam diorang la. Tak kenal pun beza aku Melayu, ko kulit hitam, ko arab, ko Jepun, ko Cina. Diorang...berkawan sebab mereka nak berkawan. Itu je. Kiut kan...:)



Breakfast si cilik cilik ni ialah BUAH BUAHAN! Healthy cautious sangat. 




Si kecik ni dari Singapura dan as expected way not able to speak malay at all. =..=


Saya pegang tau rambut si kecik ni. Dia pemalu duduk diam-diam makan pisang. Heheh. Kiut sangat. Dan yang ironinya rambut dia tak keras pun macam yang saya sangka selama ni, apparently someone should not judge a book by it's cover. Rambut dia lembut sangat....



Again...kalau lah...saya ada mainan yang super cool macam ni waktu kecik dulu. 


Section I was born in....at the month of....I really want to stick m'picture der. 


Menarik perhatian saya mula-mula saya langkah kaki dalam kelas ni lagi. Hanging bags!!!!



A quick Self-potrait time right before left LIC. Ouou...there's someone interframed behind me eagerly with the blooms. 


Giving the LIC my final gaze. Bes mana pun hidup kita, tapi kita tak boleh berhenti kat satu checkpoint dan kata "this is good. am gonna settle down 'er". Just because life's a never ending journey before the right time come, keep on living. 

Bibinamet -----@






You may also like

Powered by Blogger.