Ku Jejak Bumi Aussie Bhg 5 (University of Western Australia)

/
0 Comments
Assalam...
Kembali lagi untuk bahagian 5 pulak. Recently, I find myself miss words easily. Jadi, kerja-kerja macam berkomunikasi dan menulis jadi su-sah. Ironinya, sekarang nilah saya perlukan words. Entahlah apa saya merepek, tapi itulah yang saya rasa. BTW, kali ni cerita saya akan berkisar tentang UWA. University life, sight-seeing, weather, view, students, dan apa-apa lagilah. 


Saya pergi waktu petang naik MPV dengan geng-geng yang tak pergi berjalan waktu tu. Sumpah, saya bukan orang yang suka rancang2 nak pergi mana, nak buat apa bila gather dengan kawan. Jadi, sebelum tu saya cucuk external kat TV layan Runningman kat AUSTRALIA yang saya cuma ada masa seminggu je nak pi jenguk2. Huih, untunglah ada orang nak paksa pi jalan, kalau tak saya takkan pernah dapat pegi UWA. 

Kat bawah ni antara gambar-gambar bangunan yang ada kat UWA. Macam biasa tak ada tanah pun nak pijak. Semuanya berjubin, berumput, berbatu, dan berkayu. Hem, saya tahu kenapa matsaleh tak buka kasut masuk rumah. 




Rasanya Teater ni macam Dewan Budaya kalau kat USM. 


Dalam gambar memang nampak cantik, tapi percayalah kalau berdiri kat depan tu dengan suasana dah remang-remang nak maghrib, naik bulu roma. 


Kat shopping mall pun ada. Jadi, jangan risau nak solat kat mana. Saya rasa pada pandangan mata kasar sayalah, orang Australia masih hormat sensitiviti muslim kat sini. Buktinya bila saya nk beli coklat yang ada gelatin dia beritau yang coklat tu ada gelatin. Tekijut mak...nasib baik tak terbeli. 



Tak ingatlah apa benda ni. 


Bila saya ternampak pokok ni, saya teringat cerita Kampung Boy episod yang Mat kena sumpah tu. Sebijik pokok dalam TV tu dengan pokok ni. 




Dari jauh dah boleh bau wangi bunga walaupun saya tak tahu bau tu ialah bunga ros. Ah rasa macam dalam cerita Beauty and The Beast.


Fallen maple leaves. Kalau kat depan rumah mau mak menjerit suruh sapu, tapi kat sini, siap kumpul lagi. =..+


Universiti ni memang sesuai dengan konsep kampus dalam taman. Macam kat USM jugak yang banyak pokok besar-besar. Cuma tak ada la padang luas menghjau macam ni. Boleh buat filem Chalte-Chalte sambil goleng-goleng ni...Teruja...




Kat tepi deretan bunga ros, ada bench yang boleh kita buat duduk-duduk dengan kawan-kawan sambil minum milo ke cappucino ke kopi ke sambil tunggu kelas. Takpun boleh baca nota dengan buat small discussion sambil duduk ramai-ramai atas lantai. Hai...sweetnya...Ataupun boleh membicarakan masa hadapan dan saat perkenalan pertama dengan kekasih hati. Melakar impian, mencipta bahagia. Cewah...



Maple leaves yang hampir falling. Masa saya fergi musim fall. Sebab lepastu musim salji pulak. Kalau pergi waktu macam ni, memang berangin dan windy the whole day. Kita akan rasa macam kita berada dalam waktu pagi je sampai ke petang. Malam pulak lagi sejuk. 


Art of mighty maple leaf. 



Students walking leasurely to class. Some did chatter like what we did in USM. They are people somehow. 


Boleh dikatakan setiap bench yang ada kat sini ada ukiran kata-kata pujangga@quotes daripada ikon-ikon terkenal dunia. Jadi bila kita duduk-duduk bosan atau tengah sedih, kita baca, sekurang-kurangnya kita akan semangat balik. Betul tak?


Batu ni akan berguling pada paksinya selagi air itu bergerak. Ciptaan seorang profesor sains fizik dekat UWA. Kagum sangat melihat.


Pengecas kereta dengan kuasa elektrik. Macam hp galaxy pulak..



Orang Australia suka outdoor game macam boomerang. Kalau kita datang Australia, sangat common bila kita sibuk-sibuk nak cari boomerang. Hatta, replika dengan key-chain dah memadai. 


Stick-it wall agaknya. Tapi memang sekian banyaknya kertas pemberitahuan yang tertampal kat situ. Sampai kita pun tak tahu mana latest, mana dari zaman tuk kaduk. 


"Know Thy Self", nasib baik ambik subjek HXE sem lepas jadi takdelah terpinga-pinga mencerna maksud THY tu. Thy= your.


Pensyarah saya kasi assignment on the spot : define the poster. Penat jugak memikir akhirnya faham jugak rupanya kempen galakan makan dalam universiti. Nak jana ekonomi universiti la tu. 


Saya perasan kan, bangunan-bangunan kat sini suka mengambil nama seseorang dan bangunan tu ada nama-nama tertentu. Macam atas ni Love House. Saya ingat Love Hotel. Hihi. 


Kelas tutorial kot sebab tak luas macam dewan. 


Kawasan parkir kereta. Suasana damai kan. Macam kawasan Fork dalam cerita Twilight Saga. Sebenarnya masa kami pi sana, gerimis renyai-renyai. 


Lepas meronda universiti pergi pekan keliling universiti pulak. Kat sini ada supermarket pelajar sebab keliling kawasan ni semua kawasan kediaman pelajar. Depan saya tu jangan tak tau ialah bar ye. Ada ramai orang tengah teguk arak sambil ketawa-ketawa, peluk-peluk, ci*m-ci*m. Meluat nyah nengok. Kuatkan iman je lah. Dah singgah kedai ni, belilah sikit barang dapur. Saya beli buah limau, air susu 2 kotak, cornflakes dengan cheese. Itu je yang agak reasonable dengan poket saya. Apa sajalah janji makan. Lepastu duduk-duduk sekejap dengan member-member, pensyarah sambil makan kebab bersulam jus limau segar dari ladang. Sampai sini saja dulu cerita sekilat UWA. 


Pergi ngan deme ni la kat UWA ni. Kalau deme ni tak ngajak masih ngadap Runningman sambil makan cornflakes lah jawabnya. 

Bibi namet -------@




You may also like

No comments:

Powered by Blogger.